Oh, Teruna!


Assalamualaikum W.B.T!
Sekarang kita akan mengenal pasti seseorang itu teruna ataupun tidak..


Mungkin ada wanita yang berhajat untuk mempersuamikan lelaki yang masih “dara”/ “teruna” (tak ramai dah) walaupun kebanyakan wanita lebih suka memilih yang berpengalaman, ini panduan untuk anda mengenali sama ada seseorang lelaki itu masih teruna atau tidak..

1. lelaki teruna suka mengintai-intai (curi pandang) perempuan cantik pada wajah berbanding lelaki tak ada teruna gemar melihat tubuh wanita

2. lelaki teruna segera mengalihkan pandangan apabila ditentang wanita cantik manakala lelaki tak teruna mengekalkan pandangan

3. lelaki teruna menunduk apabila dipandang wanita cantik dan menunjukkan reaksi gembira (mengetap bibir untuk cover senyum) tetapi lelaki tak teruna menunjukkan reaksi bersahaja

4. lelaki teruna malu membuka mulut untuk makan atau bercakap di hadapan wanita yang cantik. lelaki teruna seperti “kena interview” apabila bercakap dan badannya kaku

5. lelaki teruna berdegup kencang jantungnya apabila mendapati wanita cantik menyukainya

6. lelaki teruna membosankan apabila bercinta. gayanya agak “nerd”. gemar berlagak untuk menarik pasangannya

7. lelaki teruna juga sanggup menghabiskan banyak wang untuk pasangannya untuk menambat hati pasangannya

8. lelaki teruna terlalu sensitif. Mereka akan sering menghubungi pasangannya sehingga dapat dan mereka akan rasa sedih yang amat sangat apabila diabaikan

9. lelaki teruna sering mengagung-agungkan pasangannya dan mengatakan orang lain tak cantik. mereka akan bercerita tentang pasangannya dan memuji-muji pasangan apabila berbual dengan kawan-kawan.



P/s : Teruna ke tak teruna ke, jika ingin memilih pasangan hidup, saya sarankan anda melihat kuku tangan dan kuku kaki seseorang lelaki itu kerana kuku merupakan lambang kebersihan seseorang itu..
Tidak kisah la jika seseorang itu ada banyak sangat jerawat kerana itu disebabkan oleh perubahan hormon..
Dan satu lagi, lihat pada dahi dan kakinya.. Jika dahinya menyinarkan keimanan ataupun bertompok hitam dan kakinya juga ada tompok-tompok hitam kerana rajin beribadat kepada Allah, insyaallah kamu akan bahagia bersamanya kelak..
Sekian dulu tips-tips mengenal teruna untuk masa ini..
Renung-renungkan selamat beramal!