Showing posts with label Jari Mazeer Mohamad. Show all posts
Showing posts with label Jari Mazeer Mohamad. Show all posts

Tapi Bukan Aku..


Assalamualaikum..

Andai anda ada ramai member..
Perlukah asyik nak keluar lepak?
Mungkin perlu bagi kamu..
Tapi bukan aku..

Andai kamu ada duit..
Perlukah kamu makan mahal-mahal?
Perlukah barang mahal-mahal untuk tujuan menunjuk-nunjuk?
Mungkin perlu bagi kamu..
Tapi bukan aku..

Andai kamu ada makwe/pakwe..
Perlukah kamu berkepit 24 jam?
Perlukah buat orang lain menyampah dengan gelagat kamu?
Mungkin perlu bagi kamu..
Tapi bukan aku..

Andai kamu cantik/kacak..
Perlukah ada makwe/pakwe?
Perlukah ada skandal?
Perlukah jadi playboy/playgirl?
Tapi bukan aku..



Andai kamu dah baca post ni dan kamu terasa..
Perlukah kamu marah?
Perlukah kamu bengang?
Mungkin juga perlu..
Tapi bukan aku..

Oh, Teruna!


Assalamualaikum W.B.T!
Sekarang kita akan mengenal pasti seseorang itu teruna ataupun tidak..


Mungkin ada wanita yang berhajat untuk mempersuamikan lelaki yang masih “dara”/ “teruna” (tak ramai dah) walaupun kebanyakan wanita lebih suka memilih yang berpengalaman, ini panduan untuk anda mengenali sama ada seseorang lelaki itu masih teruna atau tidak..

1. lelaki teruna suka mengintai-intai (curi pandang) perempuan cantik pada wajah berbanding lelaki tak ada teruna gemar melihat tubuh wanita

2. lelaki teruna segera mengalihkan pandangan apabila ditentang wanita cantik manakala lelaki tak teruna mengekalkan pandangan

3. lelaki teruna menunduk apabila dipandang wanita cantik dan menunjukkan reaksi gembira (mengetap bibir untuk cover senyum) tetapi lelaki tak teruna menunjukkan reaksi bersahaja

4. lelaki teruna malu membuka mulut untuk makan atau bercakap di hadapan wanita yang cantik. lelaki teruna seperti “kena interview” apabila bercakap dan badannya kaku

5. lelaki teruna berdegup kencang jantungnya apabila mendapati wanita cantik menyukainya

6. lelaki teruna membosankan apabila bercinta. gayanya agak “nerd”. gemar berlagak untuk menarik pasangannya

7. lelaki teruna juga sanggup menghabiskan banyak wang untuk pasangannya untuk menambat hati pasangannya

8. lelaki teruna terlalu sensitif. Mereka akan sering menghubungi pasangannya sehingga dapat dan mereka akan rasa sedih yang amat sangat apabila diabaikan

9. lelaki teruna sering mengagung-agungkan pasangannya dan mengatakan orang lain tak cantik. mereka akan bercerita tentang pasangannya dan memuji-muji pasangan apabila berbual dengan kawan-kawan.



P/s : Teruna ke tak teruna ke, jika ingin memilih pasangan hidup, saya sarankan anda melihat kuku tangan dan kuku kaki seseorang lelaki itu kerana kuku merupakan lambang kebersihan seseorang itu..
Tidak kisah la jika seseorang itu ada banyak sangat jerawat kerana itu disebabkan oleh perubahan hormon..
Dan satu lagi, lihat pada dahi dan kakinya.. Jika dahinya menyinarkan keimanan ataupun bertompok hitam dan kakinya juga ada tompok-tompok hitam kerana rajin beribadat kepada Allah, insyaallah kamu akan bahagia bersamanya kelak..
Sekian dulu tips-tips mengenal teruna untuk masa ini..
Renung-renungkan selamat beramal!

Oh, Rokok!

Assalamualaikum W.B.T!

Oh, rokok!
Diri ini tak pernah ketagih,
Minta sepam bila dibakar!
Akibat "sepam" jadi ketagih,
Kini duit habis dibakar!


Oh, Rokok!
Tujuan hanya untuk merasa,
Menghisap rokok Marlboro hitam!
Akibat rokok badan binasa,
Gigi hitam, gusi pun hitam!


Oh, Rokok!
Diri bergelar perokok tegar,
Aku dan rokok takkan terpisah!
Kerana rokok, ku rasa segar,
Kanser mulut aku tak kisah!



Oh, Rokok!
Asyik merokok, bersengkang mata,
Malam jaga siang membuta!
Akibat hembus, asap ke mata,
Tolong mak! Aku dah buta!



Oh, Rokok!
Gigi dan gusi sudah menghitam,
Hisap Dunhill, perasan segak!
Paru-paru sudah menjadi hitam,
Biarlah hitam, tak nampak jugak!



Oh, Rokok!
Duduk lepak umpama mafia,
Takde rokok, pow rokok aku!
Hisap umpama tak ingat dunia,
Tolong! Apa dah jadi pada diriku?


Oh, Rokok!
Kurangkan manis dalam minuman,
Tambahkan manis dalam senyuman!
I never took much of sugar man!
But, what's wrong with my feet man?


Oh, Rokok!
Hisap kat toilet bersama Botak,
Cikgu disiplin, aku tak gentar!
Satu hari satu kotak,
Memang diriku perokok tegar!


Oh, Rokok!
Saya mengaku, saya juga seorang perokok..
Saya sedang berusaha hendak berhenti..
Ada orang cakap, "cakap tak serupa bikin" la, "cakap je, buat apa" la, dan macam-macam lagi..
Bajet dorang tahu sangat la pasal rokok tu..
Come on la, tak tahu apa-apa baik diam-diam..
Kang kita sound balik, marah..
Pastu, ada satu tahap tu, dorang cakap kita bawa kawan kita merokok sekali..
Come on la, dia dah besar la, dia tahu apa dia buat.. Nak menyibuk je beruang ni!
Malahan, member yang syok suci tu lagi addict dan tegar dari kita..
Lagi "power" hisap dan pow rokok kita!
So, saya nasihatkan kepada diri saya dan anda semua..
Berhentilah merokok sesungguhnya, merokok itu haram!


Bila Rakyat Dah Mula Naik Lemak!

Assalamualaikum W.B.T!
Apa khabar anda di sana? Sihat?
Selesa tak duduk negara kita?
Selesa tak belajar di negara kita?
Selesa tak berkerja di negara kita?
Pelajar dan pekerja asing pula macam mana?
Saya yakin, kita semua selesa dengan keadaan sekarang..
Orang lain je yang tak selesa tengok kita selesa..

"Weyh! Aku tak arrogant la! Aku ni polite tau!"
"Polite tu ape? Bunyi macam pulut je!"
"Itu la masalahnya kalo takde english education!"
"Oh, penting ye sekarang english education!"
Bila Rakyat Dah Mula Naik Lemak!
Itu tak kena, ini tak kena, semua tak kena!
Itu tak boleh, ini tak boleh, apa pun tak boleh!
Semua benda mereka nak kritik! Semua benda mereka tak puas hati!
Semua nak buat provokasi! Baling batu, sembunyi tangan!

Bila Rakyat Dah Mula Naik Lemak!
Mula la nak kritik pemimpin!
"Pentadbiran dia tak sedap la!"
"Tak Nak Najib!"
"Najib Letak Jawatan!"
"100,000 Orang Muda nak Najib Letak Jawatan!"
Pak Lah dah kena, Najib pula mangsa seterusnya..
Habis, korang nak siapa jadi pemimpin?

Bila Rakyat Dah Mula Naik Lemak!
Mula la nak buat demonstrasi sana sini!
Ikut sangat ketua mereka yang kononnya banyak pengaruh tu!
Pembangkang pun, mula la nak sibuk!
Cedera sana, cedera sini, konon mati seorang!
Nak meraih simpati rakyat la tu!
Oh, Raja Drama!

Bila Rakyat Dah Mula Naik Lemak!
Mereka yang nak bersuara, nak hasut orang lain!
Bila orang lain yang kena, mereka pura-pura tak tahu!
Pelajar-pelajar pun tak terlepas dari hasutan mereka!
Mereka fikir pelajar ni mudah sangat nak percaya kata mereka!

Bila Rakyat Dah Mula Naik Lemak!
Agong pun kena?
Mana prinsip rukun negaramu?
"Kesetiaan kepada Raja dan Negara!"
Benda tu yang kau ulang-ulang sejak bangku sekolah!
Namun, malangnya kau tak pernah menghayatinya!
Lagu "Negaraku" pun habis kau balun jadi lagu mengikut nafsumu sendiri!

"Aku memang sangat berani! Lantaklah! Aku peduli apa?"
"Bawak-bawaklah bertaubat!"
"Suka hati aku la!"
"Okay, ada apa-apa nanti, jangan nak mintak aku tolong! Ingat, kerana mulut badan binasa! Kerana jarimu yang liar tu, lokap tempatmu!"
Bila Rakyat Dah Mula Naik Lemak!
Pasukan keselamatan pun berani mereka nak tentang!
Bila pasukan keselamatan balas balik, mula la menimbulkan tuduhan!
Pasukan keselamatan tak bertanggungjawab! Pasukan keselamatan ganas!
Pasukan keselamatan gangster!
Kamu tu yang ganas macam mafia, kamu tak fikir pula!
Polis teriak sikit, dah mula la air mata nak mengalir..
Habis, kalau mereka cakap slow-slow, korang nak dengar ke?

"Cakap! Korang nak siapa jadi pemerintah! Cakap!"
"Siapa-siapa je la! Yang penting bukan Najib, Anwar Ibrahim atau Nik Aziz!"
"Apesal pulak?"
"Huh! Entah la! Hati ini mengatakan mereka-mereka ini penuh dengan konspirasi!"
Bila Rakyat Dah Mula Naik Lemak!
Nak buat itu ini, menyusahkan orang lain!
Fitnah sana, fitnah sini! Tipu sana, tipu sini!
Si pembangkang pula, kembang seluruh bulu dia bila rakyat mula kecam kerajaan!
"Inilah peluang kita! Ini masanya kita tunjukkan!"
"Jom kita hebohkan demonstrasi! Jom heboh-heboh!"
Penyudah? Rakyat sendiri yang susah..
Hak aku sebagai rakyat mana?
Memang anda ada hak untuk bersuara..
Tapi, gunakan medium yang betul..
Apa? Tak kena layan?
Jadi, kena buat demonstrasi la?

Okay, entri ni takda nak meyokong kerajaan mahupun pembangkang..
Tapi, saya sarankan, jangan percaya sangat apa yang korang lihat..
Buat kajian sendiri dan tanya kepada mereka yang lebih pakar..
Ada apa pada politik? Saya juga curious nak tahu!
Tapi tunggu saya dah lepas belajar la!
Pelajar tak boleh sertai mana-mana parti politik..
Nak ambil tahu tu boleh..
Tapi, apa jadi pada pelajar sekarang?
Nak juga menyibuk sokong-sokong sana sini..
Come on la, pinjaman kamu tu pun tak langsai lagi, nak kritik-kritik kerajaan buat apa?
Bagi saya, syukurlah kita hidup dengan selesa kat negara ni..
Kalau tak suka duduk negara ni, pegi cuba duduk negara lain..
Baru kamu tahu betapa amannya Malaysia..
Di sini saya ada titipkan video Bersih 2.0 yang mengecam tindakan pasukan keselamatan..
Korang lihat sendiri dan ulas mengikut logik akal pemikiran matang korang..


Video ni agak berat.. Ada baiknya korang tengok kat youtube je..
Mereka pakai camera video mahal beb!
Jangan tak kembali ke blog ni!
Ada banyak benda yang kita nak selongkar!
Sesungguhnya, semua itu hanya propaganda nak menjatuhkan imej pasukan polis semata-mata!
Okay, dari pengamatan dan pemikiran matang saya sebagai lelaki budiman..
Mereka yang buat demonstrasi ni, kita kena balas dengan cara apa?

Cara lembut..
"Bang, tepi sikit bang.. Tumpang lalu bang.."
"Please, jangan buat bising dah.. "
"Awak tolong jauh sikit.. Saya nak halang mereka tu.."

Cara kasar..
"Woi!! Blah la bangang!!"
"Tepi!! Tepi!! Nak kena sepak ke??"
"Nah, ambik kau pelempang sebijik!! Bising sangat!!"

Cara mana anda rasa yang paling efektif dalam situasi yang sangat kucar-kacir masa tu?
Atau anda nak pasukan keselamatan duduk diam je tengok macam tu..
Keluar la tanduk ahli demonstrasi tu!
Saya sebagai pelajar inginkan keamanan.. Inginkan keselamatan.. Tak sukakan keganasan..
Melalui video itu, sampai nak repeat dua kali polis pukul orang, buat apa?
Negara lain yang main tembak-tembak tak repeat pun!
Tembak-tembak lagi syok kot kalau repeat!


Mungkin anda tak lihat video seumpama ini kat stesen TV..
Tapi, anda bayangkan andai stesen TV menyiarkan video seumpama ini?
Pasti kucar-kacir satu negara!
Mak bapak korang pun tekejut melihat..
Katak kat rumah korang tu mati serta-merta kena serangan jantung!
Mati katak!

"Kitorang dipukul walaupun kitorang tak melawan!"
Habis, kalau tak pukul, macam ko nak ikut apa yang pasukan keselamatan arahkan!
Guna cara lembut, lagi ko menggeliat macam cacing kepanasan!
"Pemimpin kitorang kena tangkap!"
Kalau nak leraikan sesuatu demonstrasi, kita kena tangkap ketua dia!
Kalau kita fikirkan mengikut apa yang polis fikirkan, memang itu cara yang terbaik untuk meleraikan demonstrasi!
"OMG! Dia mati la! Haaaaaaa! (Mata ke atas, tangan ke bahu..)"
Ada juga yang pura-pura mati?
Berapa kau kena bayar? Berapa?
Kau sudah menyebarkan fitnah! Berapa orang anggota polis telah kau fitnah?
Berapa juta rakyat yang tertipu? Kau sanggup menanggung dosa itu?
"Mereka tak bawak First aid Kit la!"
Ada pula masa pasukan keselamatan nak sediakan barang-barang tu semua..
Kalau ada pun, mesti dah tertinggal kat mana-mana!
Lagi pun, mereka cakap demonstrasi ni aman.. Mesti la pasukan keselamatan tak nak sediakan benda alah tu semua!
Si pelakon yang mati masa tu, sesak nafas la konon-kononnya.. Apesal orang kat sekeliling dia tak buat CPR? Geli ke? Nyawa kot! Saya pun sanggup kalau dah sebut pasal nyawa..
Atau, semua itu hanya konspirasi?
Rakyat Malaysia terlalu dimanjakan..
Sampai terlupa betapa payahnya nak mencapai sesuatu kemerdekaan..
Wartawan pula time ni la nak cari makan..
Sebarkan semua keganasan pasukan keselamatan..
Hasut rakyat Malaysia..
Tapi, secara tak langsung, mereka membuka mata rakyat..
"Buat apa nak pegi sokong demonstrasi?"
"Tak nak aku kena lempang macam tu!"
"Demonstrasi bukan cara kita!"
Ambiga oh Ambiga oh Ambiga!
Kalau nak sangat Bersih 2.0, buat la dengan cara yang betul..
Kasihan sikit pada kami student-student ni..
Kami inginkan kedamaian! Kami tak sukakan keganasan!
Anda dah tunjuk contoh yang kurang baik!
Bersih 2.0 anda memang betul untuk kebaikan.. Tapi cara anda itu kurang efektif!
Andai kami ingin pinjaman kami ni menjadi biasiswa, perlukah kami menjalankan demonstrasi seperti anda?

P/s : Orang yang pura-pura mati tu ada kat hospital dan sekarang berada dalam tahanan polis untuk siasatan lanjut!

Okay, sekarang hayati video ini dan hayati setiap perkataan yang ingin disampaikan..
Insyaallah akan mendapat kebenaran..



Hah, korang dengarlah apa pak cik tua ni cakap pulak!
Buka mata, buka hati!
Insyaallah, ditunjukkan jalan kebenaran..
Berbaktilah untuk negara!
Bukan negara yang berbakti untuk korang!
Pak cik tua tu memang terbaik!!

Jadi, nasihat saya untuk pelajar-pelajar sekalian..
Korang tak payah nak masuk campur hal ini..
Nanti korang pula rasa macam mana payahnya menjadi pemimpin..
Nanti dah rasa, baru korang tahu..
"Alamak! Susahnya jadi pemimpin.."
"Apalah rakyat ni! Tak reti nak bersyukur ke?"
"Penat aku kerja untuk mereka! Ini yang mereka balas pada aku!"


Tak Perlu Nak Politik Sangat!

Assalamualaikum W.B.T!
Tak perlu nak libatkan diri dalam politik sangat!
Yup! Sekarang ni, di mana-mana ada je kita tengok orang nak kecam pentadbiran negara kita..
Facebook, blog, twitter dan sebagainya merupakan medium utama untuk mereka "bersuara"..
Kononlah.. Orang-orang macam ni memang sangat "berani"..
"Kami Tak Nak Najib!"
"Najib Letak Jawatan!"
Kalau berani sangat, jumpa la Najib sendiri beb!
Jangan nak baling batu sembunyi tangan..
Saya nak maklumkan, saya langsung tak minat politik..
So, saya tak sokong kerajaan maupun pihak pembangkang..


Bukan apa, orang-orang macam ni, kerja nak menghasut orang je..
Nanti bila orang yang mereka dah hasut tu kena musibah akibat hasutan dorang, ada dorang nak bantu?
Orang yang dah kena hasut tu pulak, jangan lupa pepatah "Kerana Mulut Badan Binasa"..
Jangan nanti dah binasa baru nak menyesal..
Nasi dah jadi bubur..
So, sebelum nak buat apa-apa, fikir baik-baik dulu..
Fikirkan masa depan dan perjalanan korang yang masih panjang tu..

Okay, tujuan post ni sebenarnya nak menasihatkan budak-budak yang masih bersekolah mahupun yang masih belajar kat IPT/IPTS!
Epik politik ini bermula sejak lama dulu..
Tapi, budak-budak remaja ni kononnya mula la tak puas hati bila SKMM block 10 direct file sharing website..
Come on beb! Kerajaan block tu mesti ada sebabnya.. Apa yang anda tahu pasal negara?
Anda tahu sangat ke?
Tak perlu nak bengang sangat la!
Saya pun downloader tegar! Kerajaan block website tu, kita cari alternatif lain!
Okay, yang terkini, kes Bersih 2.0!
Saya tahu la Ambiga tu banyak pengaruh.. Tapi, hormat la kerajaan beb!
Fikir negara ni takde undang-undang ke?
Memang betul, demonstrasi tu untuk kebaikan..
Tapi, apa yang kita tengok, lagi banyak keburukan dari kebaikan dia..
Cedera sana sini, road block sana sini, baik ke tu?
Namun, kat situ jugak la pihak pembangkang ambil kesempatan tumpang sekaki..
Anda faham kan?
Sambil menyelam mereka minum air..
Provoke sana, provoke sini..
Bila dah cedera, tuduh pasukan keselamatan..
Pastu, pasukan keselamatan pulak yang jadi mangsa dunia..
Kritik sana, kritik sini..
Padahal, mereka hanya menjalankan tugas..
Tengok, anda sendiri pun dah kecam pasukan keselamatan..
Siapa kuasa tertinggi pasukan keselamatan?
Anda kecam anak buah dia, anda kecam dia jugak la!
Beraninya korang..


Okay, post ni bukan nak kecam siapa-siapa..
Hanya untuk menyedarkan korang..
Saya juga sokong Bersih 2.0 secara tidak langsung..
Tapi, cara nak sokong tu kita kena consider..
Saya nak student-student terutama yang ada akaun facebook mahupun blog..
Korang jangan nak kritik kerajaan sangat la!
Pinjaman korang dari mana?
Budak sekolah tu, jangan nak bising sangat la!
Fokus study dulu! Nanti dah langsai semua hutang pinjaman, lantak koranglah nak jadi apa!
So, jangan nak gatal-gatal kecam kerajaan..
Kita boleh belajar dengan selesa dah cukup baik dah..
Tak perlu nak sokong mana-mana parti politik..
Ambil tahu takpe, tapi jangan gatal-gatal nak declare korang penyokong mereka!
So, tak payah nak politik sangat lah!



Oh, Dara!

Assalamualaikum W.B.T!
Topik ini memang banyak menimbulkan kontroversi baik dari lelaki mahupun wanita itu sendiri..
"Siapa tak nak beristerikan dara?"
"Siapa tak nak bersuamikan teruna?"
Kalau saya fikir-fikir, saya pun jadi takut..
Takut nak berchenta! Kang terjerumus ke lembah maksiat!
Bila dah terjerumus, risiko keris memasuki sarungnya sangat besar!
Ha! Ha! Ha! Ha!
Yakinlah dengan janji Allah S.W.T! Lelaki baik untuk perempuan baik, perempuan baik untuk lelaki baik dan sebaliknya..
Berikut merupakan tips bagi mengenal pasti status dara seseorang perempuan..
Next, saya akan come out dengan tips mengenal pasti teruna pulak!

1. DAHI
"Woah! Woah! Dahi dia tak licin beb! Konpem tak dara ni!"
"Alamak, ko janganlah cakap kuat sangat! Malu la dia!"
Gadis yang masih suci, dahinya licin. Bila selalu melakukan hubungan seksual, licinnya hilang, malah yang timbul kedutan (garis-garis) yang kadangkala nampak kadangkala tidak ketika sedang bercakap. Kedutan kerana sudah tidak suci, tidak sama dengan kedutan wajah yang disebabkan faktor usia. Kedutan suci yang telah hilang, tidak begitu ketara dan tidak begitu nampak, kecuali ketika muka menunjukkan reaksi tertentu seperti sedang ketawa dan bercakap, manakala kedutan disebabkan faktor usia sentiasa nampak jelas dan kekal. (Senang nak detect!)

2. HIDUNG
"Makk aiii! Hidung dia! Hidung dia kemerah-merahan! Dara! Konpem!"
"Mangkuk! Itu selesema la!"
Gadis yang masih suci atau tubuhnya belum disentuh oleh lelaki, hujung hidungnya berwarna kemerah-merahan, jika disentuh hujung hidungnya nampak merah. Gadis yang tidak suci hujung hidungnya merah tetapi merah pucat, terkadang warna merah tidak nampak, yang nampak hanyalah pucat. Kalau tak percaya, cuba lihat hujung hidung anak gadis, merahkan? Bagi lelaki yang suka merosakkan kesucian wanita, hidungnya berbelang, oleh kerena itu disebut lelaki hidung belang. (Senang nak detect!)


3. MATA
"Mata dia! Nampak macam Aisyah! Aisyah Ayat-Ayat Chenta!"
"Betul la! Malangnya, dia bini orang.."
Dari mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati.. Kita menggunakan mata untuk memandang dan melihat seseorang, cantik ke, seksi ke, menghairahkan ke, dan lain-lain. Selalunya kita memandang wanita cantik hanya dibahagian luar saja, tapi bahagian dalamnya sudah rosak, untuk mengetahui wanita itu masih suci atau tidak, cubalah tengok matanya. Bila bahagian bawah kelopak terlipat sedikit dan terdapat tanda lebam bererti gadis itu sudah tidak suci lagi, mungkin sudah bersuami. lebam yang menunjukkan tidak suci nampak seperti garis-garis hitam di bawah kelopak mata di samping warna hitam di bawah kelopak mata sedikit kelihatan berkedut (berkeriput). (Senang nak detect!)

4. BUAH DADA
"Mak aii! Besar kebaboooooommmm!!!"
"Dah tahu dah status dara dia kan?"
Peranan buah dada memang banyak, bukan sekadar menggoda nafsu lelaki saja, tapi buah dada sebagai bukti bahawa gadis itu pernah disentuh atau tidak. Buah dada gadis yang belum pernah disentuh, sentiasa tegang. Tetapi kalau sudah kena sentuhan, buah dada itu tegangnya berkurang dan membesar sedikit daripada ukuran asalnya, lebih kerap disentuh, lebih kendur. Perhatikan gadis ketika berjalan atau berlari, bergerak-gerak dan melambung jatuh (ke bawah) dan berbuai sekali bererti ketegangan sudah hilang. Kalau belum pernah kena sentuhan, walaupun buah dada berbuai disaat berlari tetapi buaiannya tidak terlalu melambung-lambung bererti ketegangan masih ada.
Puting buah dada yang pernah kena sentuhan menjadi panjang dan terjojol (keluar) sedikit dari tempat persembunyiannya. Buah dada yang selalu kena ramas akan menjadi lebih besar, dan jangan menuduh gadis yang berbuah dada besar itu kena ramas. Sebab, buah dada yang besar kena ramas dan yang besar kerana faktor semulajadi (alami) memang berbeza. (Senang nak detect!)

5. GARIS TAPAK TANGAN
"Salam!"
"Wow! Halus dan lembut tangan awak!"
"Memanglah! Tak pernah bantu mak kat umah!"
Gadis yang berkulit tebal dan kasar, cuba perhatikan kedua tapak tangannya, jikalau retak (pecah urat, urat-urat yang menyerupai retak), bukan kerana disebabkan tidak tahan bahan pencuci yang mengandung kimia (alergik), bererti gadis itu sudah hilang kesuciannya.
Gadis yang masih suci, kedua tapak tangannya halus dan licin. Jika kesuciannya telah hilang, kedua tapak tangannya ketika ditekan warnanya pucat tidak merah, jika dipicit terus ia menganjal balik. Satu cara lagi, cuba perhatikan tapak tangan kanan, jika ada garis putus-putus dibahagian tengah bererti kesuciannya telah hilang, bila tidak terputus-putus bererti ada harapan kesuciannya belum hilang. setelah melihat tapak tangan yang kanan, cuba genggam ibu jari tangannya sekejap kira-kira satu minit. Bila disaat mengenggam terasa panas (hangat) dan ibu jarinya merah ketika dilepaskan, bererti ada harapan masih suci. Perhatikan pula ibu jarinya, bila nampak pucat sangat walaupun ada rasa panas (hangat) bererti kemungkinan besar kesuciannya sudah diserahkan pada lelaki lain.
Cuba pegang erat jari kelingkingnya kira-kira satu minit, kemudian lepaskan. Tanyalah bagaimana rasanya ketika dipegang erat dan dilepaskan? Kalau ia menjawab tak ada rasa, mintalah maaf sajalah, kemungkinan ia sudah tidak suci lagi. Tetapi kalau ia menjawab ada rasa rangsangan, jantungnya berdebar-debar atau ada rasa sakit seperti berdenyut-denyut. Alhamdulillah, nampaknya masih suci. (Susah nak detect! Saya mana pernah nak berpegangan dengan wanita! Awek pun takde nak buat eksperimen! Gila! Tanya kat kawan-kawan okay!)

6. JARI TAPAK TANGAN
"Saya malu la nak bersalaman dengan awak!"
"Takpe, kalo awak tak nak, saya bersalaman dengan orang lain!"
Dengan jari-jarilah lelaki suka memegang dan menggoda perempuan. Perempuan juga begitu. jari-jari adalah kawasan yang paling mudah untuk mengetahui gadis yang suci atau tidak. Caranya cukup mudah. Terlebih dahulu berjabat tangan, ketika berjabat tangan ramas-ramaslah tangannya, kalau lelaki bukan mahramnya boleh memegang tangan seorang gadis, itu menunjukkan dara kecil dibahagian tangannya sudah ternodai. Apabila tangan dan jari-jari gadis itu boleh di ramas-ramas bererti peluang untuk memegang tempat-tempat yang lain sudah terbuka luas. Cuba jari-jari gadis itu di belai-belai dan di ramas-ramas dengan lembut, bagaimana perasaan gadis itu?
Sentuhan lelaki dijarinya memang memberi satu rasa yang nikmat dan berahi yang tersendiri. Sentuhan tangan sentuhan ajaib, dari tanganlah akan menjalar ke daerah-daerah yang lain. Sentuhan tangan memang syahdu, kalau tak percaya cubalah betapa bahagianya berjalan sambil berpegangan tangan. Bila anda ingin mengetahui gadis itu sudah terbiasa disentuh atau tidak, cuba hulurkan tangan dan bersalaman dengannya, ketika bersalaman genggamlah tangannya dengan lembut dan cuba sentuh jari kelingking gadis itu. Ketika menyentuh jari kelingkingnya tengoklah wajah gadis itu, apakah dia nampak gelisah dan resah?, kalau dia terkejut dan berubah wajahnya, berkemungkinan besar dia masih suci. Walaupun mungkin dia pernah berasmara (ringan-ringan), tapi mungkin belum sampai tertebuk daranya. Jika ketika jari kelingkingnya disentuh kemudian dia nampak macam biasa saja dan tak mahu bersuara, kemungkinan besar kesuciannya sudah tiada. Wallahualam..
(Susah jugak nak detect! Saya mana nak bersalaman dengan wanita! Wanita yang masih dara biasanya golongan yang baik-baik dan terpelhara agamanya.. Hotak korang kalo dia nak bersalaman dengan lelaki!)

7. PERUT
"Adeyh! Boroinya! Konpem tak suci!"
"Hotak ko! Dia memang boroi dari bangku sekolah la!"
Peribahasa menyebut, biar pecah di perut jangan pecah di mulut. Begitulah kata peribahasa, tapi tubuh wanita bukanlah peribahasa. Kalau pecah daranya, pasti pecah perut. Bila seseorang gadis pernah melakukan hubungan badan, maka perutnya akan menjadi mengembang dan menjadi buncit sedikit.
(Senang nak detect! Tapi, kalo semulajadi wanita itu boroi? Lu Pikir La Sendiri!)

8. RAMBUT
"Jom! Dia tengah mandi tu! Jom Skodeng!"
"Takpe ke?"
"Takpe, kita buat research je pun!"
Rambut merupakan mahkota wanita tetapi juga berperanan dalam menentukan gadis itu masih suci atau tidak. Gadis yang masih suci, rambutnya kelhatan rapi, segar dan tidak kasar. manakala gadis yang sudah hilang kesuciannya, rambutnya kelihatan tidak bersemangat (kuyu).
(Susah nak detect! Wanita yang saya suka wanita bertudung! Takkan saya nak skodeng kan!)

9. BIBIR
"Pergh! Bibir dia merah jambu beb! Hebatnya kalo dapat kiss!"
"Kiss dalam mimpi ko je la!"
Percaya atau tidak bahawa bibir gadis yang pernah dicium lebih menarik dan cantik. Apabila bibir bertemu bibir, maka akan membuat pergerakan darah akan mengalir ke bibir dan membentuk bibir yang baru. Lebih kerap dicium, lebih cantik pula bibirnya. Tapi ada juga gadis yang mempunyai bibir mulut yang cantik walaupun tidak pernah dicium.
Gadis yang belum pernah dicium bibirnya kelihatan berwarna merah jambu dan tidak ada garis pucat atau hitam di sekitar bibirnya. Bibir gadis yang tidak pernah dicium tidak nampak lebam dan bibirnya licin dan basah. Bibir yang pernah dicium akan nampak lebam-lebam sedikit walaupun hanya sekali saja, dan juga dapat mengubah bibirnya dimana terdapat garis-garis kasar yang memperindah bentuk bibir. Bila gadis itu tidak suci lagi, bahagian tengah bibirnya nampak retak, seakan-akan terbahagi dua, retaknya tidak begitu jelas, akan tetapi boleh dilihat jika diperhatikan betul-betul.
(Senang nak detect! Tapi, kalo dia merokok macam mana? Adeyh! Mati la jugak! Perempuan merokok? OMG!! Haaaaaaaaaa...! *SEMPUT*)

10. FARAJ
"Jom! Jom! Dia nak buang air tu! Kita skodeng sekarang jugak!"
"Haha! Ko tak geli ke?"
"Takpe! Nak kaji status dara dia je kan!"
Ini sudah tentu hanya akan diketahui setelah bernikah. Permukaan gadis yang pernah melakukan hubungan badan, pintu kemaluannya tidak tertutup rapat, agak renggang sedikit dan lebih kembang. Kalau gadis yang masih perawan, kemaluannya sentiasa tertutup rapat. Sebenarnya selaput dara boleh dilihat terus kedalam kemaluan gadis. Bila kemaluan masih tertutup bererti gadis itu masih suci. Kalau lubang itu terbuka sedikit bererti gadis itu sudah tidak perawan lagi.
(Susah nak detect! Macam mana caranya supaya seseorang wanita itu bersetuju untuk menunjukkan farajnya kepada lelaki? Saya masih berfikir.. Hmm.. Macam mana ye?)

11. LEHER
"Makk aii! Leher dia panjang macam zirafah!"
"Leher yang itu pulak pendek macam biawak komodo!"
"Dara ke tak mereka ni??
Leher juga menjadi salah satu tempat yang dapat menunjukkan gadis itu masih suci atau tidak. Bila leher perempuan itu nampak berkedut-kedut, ertinya perempuan itu pernah disentuh lelaki. Garis kedutnya bukan seperti garis kedutan akibat dah tua, garisnya kecil-kecil, pendek-pendek dan putus-putus, bukan garis yang panjang. Kalau ingin melihat dengan jelas tunggulah gadis itu menundukkan kepalanya. Lihatlah dengan cepat dan cermat! Apabila gadis itu kerap keluar dengan lelaki, maka lehernya terdapat tanda-tanda hitam kecil diliang romanya dan warna pucat kecil seperti bintik-bintik. Adakalanya lubang dibulu roma nampak jelas di leher, ini juga bererti gadis itu selalu disentuh. Kalau gadis itu berleher panjang, cuba perhatikan dibahagian lehernya, jika terdapat garis-garis urat yang bersilang ertinya gadis itu masih suci. Jika terdapat garis-garis yang melintang, bukannya urat yang melintang, ini bererti perempuan itu sudah pernah beranak.
(Senang nak detect ko cakap? Kalo dia pakai tudung? Nak skodeng lagi? Cukup la!)

Tips menentukan dara mengikut pengalaman Mazeer Mohamad pulak.. Okay, korang tengok tahap sosialnya seseorang wanita tu! Memang betul, seseorang yang sosial tak semestinya dah pecah daranya.. Tapi, cuba korang fikir balik.. Perangai dia dah gedik macam tu! Salam sana salam sini dengan lelaki ikut suka.. Sentuh sana sentuh sini.. Ikut lelaki sana ikut lelaki sini.. So, probablity status daranya sudah hilang adalah lebih tinggi..
Kita fikirkan pulak mengenai perempuan bertudung.. Yup! Dia bertudung! Pernahkah kamu tengok dia solat? Adakah bibirnya hanya mengucapkan kata-kata yang bermanfaat? Dia dah ada pakwe ke? Selalu tengok dia keluar dengan pakwe dia? Selalu tengok dia berpegangan dan ikut masuk bilik dengan pakwe dia? Memang betul, perempuan bertudung sekarang sukar untuk dipercayai.. So, jangan tengok pada tudung je! Tengok jugak pada amalan dan akhlaknya.. Jika solatnya terpelihara, Insyaallah.. Dara la seseorang perempuan itu..
Ingatlah janji Allah..
"Lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik dan Perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik.. Lelaki yang jahat pula hanya untuk perempuan yang jahat dan perempuan yang jahat hanya untuk lelaki yang jahat.."
Masih ada banyak masa untuk muhasabah diri! Jom, muhasabah diri?


Oh, Cafe!

Assalamualaikum W.B.T!
Hari ni, saya nak rebel sikit..
Saya tak puas hati dengan cafe kat suatu tempat tu beb!
Saya tak dapat nak makan kat luar sebab masa kurang mengizinkan..
Saya terpaksalah makan kat suatu tempat ni..
Ini bukan kali pertama.. Dah berkali-kali macam ni..
Makanan hampeh! Minyak banyak! Nasi keras! Lauk-pauk langsung tak menyelerakan!
Mereka ingat kitorang perut getah kot!
Okay, saya tak perlu nak mention nama cafe tu! lu fikir la sendiri!

"Gambar hiasan ke tu?"
"Yea la! Muka mereka nak prepare makanan macam ni? Jangan harap la!"
"Yea tak Yea jugak! Dorang tuh asal ada je!"
"Saya rela makan luar!"
"Saya rela tak makan! Saya nak puasa hari ni!"
Oh, Cafe!
Dahulu kami suka lepak kat sana.. Kami suka belajar kat sana..
Kami suka breakfast dan lunch kat sana..
Makananmu sungguh murah dan kami mampu untuk membayarnya..
Kami suka dengan kualitinya..
Kami rasa berbaloi dan gembira..

Oh, Cafe!
Kini, kau telah bertukar tangan.. Makanan yang disediakan asal ada sahaja..
Western, kampung, bla.. bla.. bla.. Semua sama sahaja..
Harga naik, kualiti turun..
Student, lecturer dan staff lebih rela keluar mencari makan di tempat lain..

Oh, Cafe!
Kami faham falsampah "Take It Or Leave It!"..
Tapi, tiadakah sedikit pun ruang untuk kami bersuara?
"Kau buat ikut suka kau je!"
"Kau ingat kau pandai sangat bab-bab makanan!"
Kerana keegoaan pengurusmu, kau jadi bahan cacian mereka..

Oh, Cafe!
Apa bezanya kau dengan restoran mamak?
Apa bezanya kau dengan restoran lain?
Kau cuba katakan di telingaku agar aku bisa mengerti segalanya..
Perutku sakit selepas ke sana, hanya aku yang tahu..
Akankah pengurusmu bertanggungjawab di atas kesakitanku?

Oh, Cafe!
Banyak sangat aduan yang aku dengari..
"Saya rela makan kat luar..!"
"Saya tak kisah, kalo gap sejam pun, saya tahan jugak! Saya tetap tak nak makan kat situ..!"
Pekerjamu sungguh tak mesra.. Mereka fikir hanya mereka yang penat..
Habis, kami yang penat beratur sebab mereka lembab tu, apa kes pulak?
Sungguh tak efficient!
Apa susah kamu hadiahkan senyuman kepada kami semua?
Hanya lecturer ke kamu kena hormati?

Oh, Cafe!
Aku kasihan melihat kamu..
Kamu semakin buruk dan tak disukai..
Silap student dan management jugak!
Student makan tak bayar!
"Bukan aku! Bukan aku!"
Aku rela menahan perut dari makan tak bayar macam si bahlul tu!
Jangan salahkan aku, dia dan kami..
Kami tidak melakukan hal sedemikian rupa..
Management, sila pasang CCTV!
Tangkap pelajar bahlul tu!

Oh, Cafe!
Mana lagi berkesan, promosi kat TV atau dari mulut seseorang yang berpengalaman belajar kat sana?
Orang mana yang mampu menarik kepercayaan orang lain?
Kaunselor kamu atau kami yang belajar kat sana?
Dengan prestasi sedemikian, pasti banyak mulut yang berkata tak baik..
Silalah betulkan kesilapan anda sebelum terlambat..

Oh, Cafe!
Adakah kau akan berubah seperti mulanya?
Atau adakah kau akan berubah menjadi lebih baik?
Akankah minyak-minyak itu berkurangan?
Akankah lauk-pauk itu menyelerakan?
Akankah nasi-nasi itu tidak kekerasan?
Dan akankah air minuman itu akan menyegarkan?
Insyaallah..


Yup! Student ni miskin..
Yang kaya pun sebab duit mak bapak je..
Tak pun, ada bisnes sendiri..
Anda rasa anda kaya ke?
Syukurlah kalo mak bapak korang kaya..
Syukurlah kalo bisnes korang berjaya..
Tapi, saya nak bagitahu, saya ni miskin..
Duit saya, saya nak belanjakan untuk sesuatu yang berkualiti dan berbaloi..
Bukan untuk sampah-sampah..
Korang takyah nak gebang sangat la kekayaan korang tu!
So, siapa-siapa yang tak suka, boleh pegi mampus!

Jom Tutup Aurat!

Assalamualaikum W.B.T!
Indahnya perempuan yang tutup aurat..
Semakin panjang tudungnya, semakin indah la pada pandangan saya..

"Awek saya! Apa pendapat anda semua?"
"Muke ko! Mustahil ko dapat awek indah macam ni!"
"Siapa kata mustahil?"
"Kami semua!"
"Rancangan Allah itu misteri.. Hanya Allah yang tahu siapa jodoh kita.. Siapa tahu saya dijodohkan dengan awek sedemikian rupa?"
"Betul jugak.. Amin.. Semoga kitorang dijodohkan jugak dengan awek yang sedemikian rupa.."
Peringatan dan amaran keras dari saya! Nama saya Mazeer Mohamad!
Ingat baik-baik!
Kepada muslimin dan muslimah yang prihatin, silakan share post ini!

Jom kita renung-renungkan bersama!
Andai suatu hari kita mati, akaun BLOGGER, FACEBOOK, TUMBLR, MYSPACE, FRIENDSTER, TAGGED dan sebagainya akan ke mana?
Saya pasti, hanya kita yang boleh access account kita..
Mungkin juga makwe/pakwe kita boleh access kan..
Tapi, bila dah clash, terus tukar password..
Andai kita berkongsi kebaikan khususnya untuk Blogger, ia mampu memberikan keringanan dan pahala yang berterusan sekiranya kita mati kelak..
Andai akaun itu semua berteraskan keburukan? Apa akan jadi?
Pastinya, kita akan terseksa di alam kubur kelak dengan dosa yang semakin bertambah..
Facebook dan TUMBLR khususnya untuk para muslimah..
Masih tidak cukup lagi korang nak upload gambar-gambar mendedah aurat tu?

Selepas kita mati..
Apa yang jadi pada akaun Facebook kita?
Mungkin ada yang akan ucapkan takziah dan mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu..
Apa akan jadi pula pada akaun Blogger/TUMBLR kita?
Ada yang dah tahu kita mati, mungkin membukanya untuk melepas rindu dan untuk mengingati semula kenangan lama..
Tapi, yang tak kenal? Sudah pasti blog anda menjadi bahan tatapannya tanpa segan silu..

Tetapi..
Sedarkah kita gambar-gambar kita akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur?
Gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna tu, macam mana nanti?
Lelaki ajnabi terus-terusan melihat dan dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh delete gambar kita..
Walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada..
Saham dosa terus meningkat..

Macam mana?
Pernah terfikir tak?
Tudung singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti?
Jeans ketat dan semua yang ketat-ketat tu, boleh selamatkan kita?
Baju yang membalut aurat itu, bagaimana?

Mungkin kini..
Kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita dengan gambar-gambar yang cantik berlatar belakangkan tempat-tempat yang kita dah lawati di muka bumiNya..
 Tapi di akhirnya nanti..
Semua itu tidak akan membawa erti dan semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup..
Di alam kubur, semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita..
Cuba kita renung-renungkan..
SAHAM DOSA TERUS MENINGKAT walau setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari akhirat..

Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan..
Peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan..

Jagalah maruah diri sebagai seorang muslimin dan muslimah..
Mati itu pasti!
Persiapkan diri untuk mati itu perlu..
JANGAN BIARKAN DIRI TERUS MENERUS MELAKUKAN DOSA..

Anda faham kan?
Mungkin kesedaran kita masih tidak setinggi mana..
Tapi, percayalah.. Andai kita berada di alam kubur kelak, kesedaran kita mencapai kesedaran yang tak pernah kita jangkakan selama hidup di dunia..

"Siapa ni?"
"Awek no. 2 saya la! Siapa lagi!"
"Pergggh! Terbaik!"
"Jangan jealous tau!"
Di sini saya titipkan cara yang berkesan mengenai penggunaan akaun-akaun yang saya sebutkan di atas.. Sebaiknya, anda mencatatkan password dan email anda di dalam sebuah buku..
Tak kisah la, diary ke, buku resipi mak korang ke, Death Note ke, dan sebagainya..
At least, bila dah mati nanti, ada siapa-siapa akan jumpa dan deactivate atau terus menyambung perjuangan akaun anda tu..

Facebook/myspace!
Pasal facebook, korang jangan risau sangat.. Kitorang boleh report kat Mark yang akaun korang dah takde orang dia..
Tapi, kalo boleh, start la dari sekarang membuang gambar-gambar mendedah aurat korang tu..
Kenapa?
Adeyh, takkan dah mati baru nak berubah!
Pasal myspace pulak, saya pun dah lupa dah..
Dah lama tak jenguk..

Blogger!
Blog anda terus-terusan je on..
Earning pun terus-terusan bertambah..
Kalo korang dah mati nanti, sila datang ke mimpi saya dan bagi saya email ngan password korang!
Boleh saya tukar payee name..
Ha! Ha! Ha! Ha! Jokes!
Blog anda, anda yang corakkan..
So, saya sarankan anda share ngan orang-orang yang boleh dipercayai..

TUMBLR/TAGGED!
Lebih kurang macam blogger jugak, korang pandai-pandai la..

Tapi, memang TUMBLR neyh lagi hancur dari blogger..
Banyak sangat gambar korang share dari ilmu korang..
Saya pun sampai tak mampu nak tengok semua..
TAGGED lagi la teruk.. Saya namakan laman itu, laman perkongsian aurat..
Lu pikir la sendiri!

Heh! Sekian saja dari saya..
Renung-renungkan, selamat beramal..
Ingat, tiada siapa yang tahu bila ajal kita..
Persiapkan dirimu dari sekarang..

P/s : Mazeer mencari seseorang yang boleh dipercayai seperti mana dia mempercayai Mazeer untuk berkongsi semua akaun Mazeer.. So, bila Mazeer dah mati, dia boleh teruskan perjuangan dan mungkin juga boleh deactivatekan.. Ada siapa-siapa?

Senarai 5 Orang Yang Terkaya Di Dunia!

Assalamualaikum W.B.T!
Apa khabar anda semua? Semoga anda sihat dan senantiasa berada di bawah rahmat Allah S.W.T!
Saya nak tanya, adakah anda kaya?
Atau, mungkin keluarga anda kaya?
Kaya budi bahasa, kaya bulu ketiak, kaya bulu hidung dan sebagainya, tak termasuk dalam list okay!
Well, kalo anda rasa anda cukup kaya, anda compare la kekayaan anda dengan mereka-mereka kat bawah ni..

 صـــــــور لخمــــــســـه من أغــــنـــــــى أغــــنــــــــيــــــــــــاء الــــعـــــــــــــالـــــم


        نـــــــــبــــــــــــــــدأ بالــــــــخــــــــــــــــــــا مس ...
        Gambar-gambar 5 orang yang paling kaya di dunia..


#5
Nama: Ingvar Kamprad
        Negara: Sweden
        Kekayaan: USD 28 billion
        Bisnes: Pemilik syarikat IKEA





#4 الـــــــــــــــرابــــــع..
 Nama: Carlos Slim Helu
        Negara: Mexico
        Kekayaan: USD 30 billion
        Bisnes: Telekomunikasi



#3  الــــــــــثـــــــــــــــــالـــث..
Nama: Warren Buffet
        Negara: USA
        Kekayaan: USD 42 billion
        Bisnes: Perniagaan dan pekerjaan khusus


#2 الثـــــــاني..
Nama: Bill Gates
        Negara: USA
        Kekayaan: USD 50 billion
        Bisnes: Pemilik syarikat Microsoft


#1  الأولـــــــــــــــــ ..


أنت الغنـي بدعائك وصلاتك لربك .... وهم الفقـراء ...
Kamulah yang kaya dengan doamu dan solatmu kepada Tuhanmu...
Merekalah yang miskin....

قال الله سبحانه وتعالى
(( يعلمون ظاهرا من الحياة الدنيا وهم عن الاخرة هم غافلون ))
Firman Allah:
“Mereka hanya mengetahui yang lahir (saja) dari kehidupan dunia; sedang mereka tentang (kehidupan) akhirat adalah lalai.”

اللهم اجعلنا اغنى خلقك بك .... وأفقر عبادك إليك ...
Ya Allah, jadikanlah kami orang yang paling kaya (tidak memerlukan selain Allah) denganMu...
Dan yang paling faqir (memerlukan RahmatNya) di antara hamba-hambamu kepadaMu...

So, sekarang anda dah tahu siapa sebenarnya yang paling kaya kan..
Jadi, marilah kita bersama-sama mengejar kekayaan..
Bagi saya la, hidup ni tak perlulah nak kaya sangat..
Cukup makan, cukup pakai, kesihatan dan keselamatan di tahap yang baik, dah cukup bagi saya..
Saya tak perlukan Porsche atau Ferrari..
Cukup Proton buatan Malaysia..
Saya tak perlukan awek Japanese untuk dijadikan isteri..
Cukup awek Malaysian yang menawan..
Saya tak perlukan Alienware untuk blogging..
Cukup Acer yang membantu saya untuk buat assignment..
Saya tak perlu makan makanan orang-orang kaya..
Cukup makanan tepi jalan yang lagi murah dan berbaloi..
Saya tak perlukan motor atau kereta untuk ke kelas..
Cukup kaki yang masih mampu berjalan..
Dan saya tak perlukan kawan-kawan yang high-class..
Cukup mereka-mereka yang standard yang menerima saya apa adanya..
Credit buat kawan saya yang email saya info ni..