Oh, Cafe!

Assalamualaikum W.B.T!
Hari ni, saya nak rebel sikit..
Saya tak puas hati dengan cafe kat suatu tempat tu beb!
Saya tak dapat nak makan kat luar sebab masa kurang mengizinkan..
Saya terpaksalah makan kat suatu tempat ni..
Ini bukan kali pertama.. Dah berkali-kali macam ni..
Makanan hampeh! Minyak banyak! Nasi keras! Lauk-pauk langsung tak menyelerakan!
Mereka ingat kitorang perut getah kot!
Okay, saya tak perlu nak mention nama cafe tu! lu fikir la sendiri!

"Gambar hiasan ke tu?"
"Yea la! Muka mereka nak prepare makanan macam ni? Jangan harap la!"
"Yea tak Yea jugak! Dorang tuh asal ada je!"
"Saya rela makan luar!"
"Saya rela tak makan! Saya nak puasa hari ni!"
Oh, Cafe!
Dahulu kami suka lepak kat sana.. Kami suka belajar kat sana..
Kami suka breakfast dan lunch kat sana..
Makananmu sungguh murah dan kami mampu untuk membayarnya..
Kami suka dengan kualitinya..
Kami rasa berbaloi dan gembira..

Oh, Cafe!
Kini, kau telah bertukar tangan.. Makanan yang disediakan asal ada sahaja..
Western, kampung, bla.. bla.. bla.. Semua sama sahaja..
Harga naik, kualiti turun..
Student, lecturer dan staff lebih rela keluar mencari makan di tempat lain..

Oh, Cafe!
Kami faham falsampah "Take It Or Leave It!"..
Tapi, tiadakah sedikit pun ruang untuk kami bersuara?
"Kau buat ikut suka kau je!"
"Kau ingat kau pandai sangat bab-bab makanan!"
Kerana keegoaan pengurusmu, kau jadi bahan cacian mereka..

Oh, Cafe!
Apa bezanya kau dengan restoran mamak?
Apa bezanya kau dengan restoran lain?
Kau cuba katakan di telingaku agar aku bisa mengerti segalanya..
Perutku sakit selepas ke sana, hanya aku yang tahu..
Akankah pengurusmu bertanggungjawab di atas kesakitanku?

Oh, Cafe!
Banyak sangat aduan yang aku dengari..
"Saya rela makan kat luar..!"
"Saya tak kisah, kalo gap sejam pun, saya tahan jugak! Saya tetap tak nak makan kat situ..!"
Pekerjamu sungguh tak mesra.. Mereka fikir hanya mereka yang penat..
Habis, kami yang penat beratur sebab mereka lembab tu, apa kes pulak?
Sungguh tak efficient!
Apa susah kamu hadiahkan senyuman kepada kami semua?
Hanya lecturer ke kamu kena hormati?

Oh, Cafe!
Aku kasihan melihat kamu..
Kamu semakin buruk dan tak disukai..
Silap student dan management jugak!
Student makan tak bayar!
"Bukan aku! Bukan aku!"
Aku rela menahan perut dari makan tak bayar macam si bahlul tu!
Jangan salahkan aku, dia dan kami..
Kami tidak melakukan hal sedemikian rupa..
Management, sila pasang CCTV!
Tangkap pelajar bahlul tu!

Oh, Cafe!
Mana lagi berkesan, promosi kat TV atau dari mulut seseorang yang berpengalaman belajar kat sana?
Orang mana yang mampu menarik kepercayaan orang lain?
Kaunselor kamu atau kami yang belajar kat sana?
Dengan prestasi sedemikian, pasti banyak mulut yang berkata tak baik..
Silalah betulkan kesilapan anda sebelum terlambat..

Oh, Cafe!
Adakah kau akan berubah seperti mulanya?
Atau adakah kau akan berubah menjadi lebih baik?
Akankah minyak-minyak itu berkurangan?
Akankah lauk-pauk itu menyelerakan?
Akankah nasi-nasi itu tidak kekerasan?
Dan akankah air minuman itu akan menyegarkan?
Insyaallah..


Yup! Student ni miskin..
Yang kaya pun sebab duit mak bapak je..
Tak pun, ada bisnes sendiri..
Anda rasa anda kaya ke?
Syukurlah kalo mak bapak korang kaya..
Syukurlah kalo bisnes korang berjaya..
Tapi, saya nak bagitahu, saya ni miskin..
Duit saya, saya nak belanjakan untuk sesuatu yang berkualiti dan berbaloi..
Bukan untuk sampah-sampah..
Korang takyah nak gebang sangat la kekayaan korang tu!
So, siapa-siapa yang tak suka, boleh pegi mampus!