Assalamualaikum W.B.T!
Oh, rokok!
Diri ini tak pernah ketagih,
Minta sepam bila dibakar!
Akibat "sepam" jadi ketagih,
Kini duit habis dibakar!
Oh, Rokok!
Tujuan hanya untuk merasa,
Menghisap rokok Marlboro hitam!
Akibat rokok badan binasa,
Gigi hitam, gusi pun hitam!
Oh, Rokok!
Diri bergelar perokok tegar,
Aku dan rokok takkan terpisah!
Kerana rokok, ku rasa segar,
Kanser mulut aku tak kisah!
Oh, Rokok!
Asyik merokok, bersengkang mata,
Malam jaga siang membuta!
Akibat hembus, asap ke mata,
Tolong mak! Aku dah buta!
Oh, Rokok!
Gigi dan gusi sudah menghitam,
Hisap Dunhill, perasan segak!
Paru-paru sudah menjadi hitam,
Biarlah hitam, tak nampak jugak!
Oh, Rokok!
Duduk lepak umpama mafia,
Takde rokok, pow rokok aku!
Hisap umpama tak ingat dunia,
Tolong! Apa dah jadi pada diriku?
Oh, Rokok!
Kurangkan manis dalam minuman,
Tambahkan manis dalam senyuman!
I never took much of sugar man!
But, what's wrong with my feet man?
Oh, Rokok!
Hisap kat toilet bersama Botak,
Cikgu disiplin, aku tak gentar!
Satu hari satu kotak,
Memang diriku perokok tegar!
Oh, Rokok!
Saya mengaku, saya juga seorang perokok..
Saya sedang berusaha hendak berhenti..
Ada orang cakap, "cakap tak serupa bikin" la, "cakap je, buat apa" la, dan macam-macam lagi..
Bajet dorang tahu sangat la pasal rokok tu..
Come on la, tak tahu apa-apa baik diam-diam..
Kang kita sound balik, marah..
Pastu, ada satu tahap tu, dorang cakap kita bawa kawan kita merokok sekali..
Come on la, dia dah besar la, dia tahu apa dia buat.. Nak menyibuk je beruang ni!
Malahan, member yang syok suci tu lagi addict dan tegar dari kita..
Lagi "power" hisap dan pow rokok kita!
So, saya nasihatkan kepada diri saya dan anda semua..
Berhentilah merokok sesungguhnya, merokok itu haram!