Showing posts with label Media. Show all posts
Showing posts with label Media. Show all posts

Just English! No Malay!

Apa yang anda fikirkan?
Bagi saya..
Mungkin dia dah terel english bai!
Tapi, budak-budak kan..
Apa dia tahu..
Dia main bantai ikut suka hati dia je..
Tanpa memikirkan pelajar-pelajar pedalaman..
Budak bandar la katakan..
Apa-apa pun, tak salah rasanya kita meluahkan pendapat kita kan..
Hehehehe!

Gambar Bedah Siasat Michael Jackson!


Kematian MJ menghasilkan impak yang sangat mendalam bagi peminat muzik seluruh dunia..
Pihak pendakwaraya telah mendedahkan beberapa keping gambar autopsi Michael Jackson bagi menunjukkan bukti tuduhan untuk bekas doktor peribadi Michael Jackson, Dr Conrad Murray atas tuduhan membunuh MJ.





Kesian MJ kan..
Semoga roh Allayarham ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman..
Al-Fatihah..

Oh, Hutang!

Assalamualaikum!
Pagi-pagi saya jogging saya terjumpa kereta ni terlantar di Naza TTDI, Seksyen 13 Shah Alam!
Anda ada idea kenapa benda ni berlaku?
Saya sangat curious dan bertanya kepada mereka-mereka yang berada di sekeliling..

Saya : Mamak, kenapa ini boleh berlaku? Bila terbakar? Ayoyoyo!
Mamak : Tadi pagi terbakar dalam pukul 6.. Saya juga tidak tahu kenapa.. Ayoyoyo!

Saya : Sayang ini kereta.. Masih baru lagi.. Kenapa diabakar?
Mamak : Iya.. Saya sudah cakap saya tidak tahu, jangan tanya saya.. Ayoyoyo!

Saya : Teh Ais satu mamak!
Mamak : Siap!
Heh! Saya tak perlu la nak jadi Detective nak siasat kan..
Buang masa je!
Saya rasa ada kejadian lintar pintas la kat dalam kereta dia sampai jadi macam ni..
Tapi, mustahil la kan..
Hahahaha!
So, tepuk dada tanya selera..
Lu pikir La Sendiri!

P/s : Boleh kira kali pertama jugak benda-benda macam ni berlaku kat depan mata gua.. Ngeri siyot!! Hope pihak berkuasa dapat menyelesaikan kes ini..

Gereja Terbesar Di Bukit Jalil


Gereja yang akan menjadi gereja terbesar di asia ini diberi nama CCC atau Calvary Convention Centre akan siap dibina bersebelahan Bukit Jalil Golf & Country Club berhadapan Anjung Hijau Kondominium.

Kos untuk membina gereja ini ialah RM100 juta tidak termasuk kos tanah RM35 juta. Gereja 6 tingkat dan tercanggih di dunia ini dalam proses untuk menyiapkanya sekarang.

Dengan kapasiti auditoriumnya yang mampu memuatkan 5 ribu orang pada satu-satu masa, maka kawasan sempit ini dijangka akan mengalami kesesakan teruk apabila ia siap nanti.







Dengan kapasiti auditoriumnya yang mampu memuatkan 5 ribu orang pada satu-satu masa, maka kawasan sempit ini dijangka akan mengalami kesesakan teruk apabila ia siap nanti.


Mengejutkan juga.. Gereja ini mempunyai unsur-unsur freemason!

Jangan terkejut jika setelah selesai pembikinanya nanti, gereja ini akan diisi oleh anak-anak Melayu yang bukan beragama Islam.

Dikhuatiri juga akan lebih ramai lagi remaja Melayu yang beragama Islam yang akan murtad.

Lihatlah saja kepada misi-misinya:


The Mission Statement of the Calvary Convention Centre is:

* To be an inspiration and to benefit all in Malaysia and beyond
* To be a dynamic and positive influence in our society
* To care and to share with those who are without hope
* To equip and train those who desire to serve and help others
* To declare God’s love and His faithfulness to mankind



Persoalannya, perlu ke di negara kita ini dibina sebuah gereja yang sebegitu besar?
 Adakah pihak berkenaan mahu mencabar kedudukan Islam di negara ini?
 Adakah mereka tidak berpuas hati melihat Masjid Jamek Seri Petaling yang sangat besar?
 Namun, keluasan tapak masjid berkenaan tidak sebesar gereja ini.

Hidup Tanpa Tempurung Kepala!

Lelaki ini hidup tanpa tempurung kepala!
Anda cuba bayangkan bagaimana..
Kepala beliau pastinya lembut seperti baby yang baru lahir..
Carlos Rodriguez yang hidup tanpa tempurung kepala ini juga pernah ditangkap oleh Miami Police atas kesilapan menghisap Marijuana, merompak dan melanggan pelacur..




"Grrr... Apa tengok-tengok? Mau kena pancung ke?!"




"Grrrr.. Cepat la ambik gambar! Aku nak sambung hisap Marijuana ni!!"




"Cheers! Cute isn't it?"




"I'm High now! Ow yeah!"
P/s : Peganglah tempurung kepala korang dengan penuh keinsafan..
Bahahahahaha!

Bila Rakyat Dah Mula Naik Lemak!

Assalamualaikum W.B.T!
Apa khabar anda di sana? Sihat?
Selesa tak duduk negara kita?
Selesa tak belajar di negara kita?
Selesa tak berkerja di negara kita?
Pelajar dan pekerja asing pula macam mana?
Saya yakin, kita semua selesa dengan keadaan sekarang..
Orang lain je yang tak selesa tengok kita selesa..

"Weyh! Aku tak arrogant la! Aku ni polite tau!"
"Polite tu ape? Bunyi macam pulut je!"
"Itu la masalahnya kalo takde english education!"
"Oh, penting ye sekarang english education!"
Bila Rakyat Dah Mula Naik Lemak!
Itu tak kena, ini tak kena, semua tak kena!
Itu tak boleh, ini tak boleh, apa pun tak boleh!
Semua benda mereka nak kritik! Semua benda mereka tak puas hati!
Semua nak buat provokasi! Baling batu, sembunyi tangan!

Bila Rakyat Dah Mula Naik Lemak!
Mula la nak kritik pemimpin!
"Pentadbiran dia tak sedap la!"
"Tak Nak Najib!"
"Najib Letak Jawatan!"
"100,000 Orang Muda nak Najib Letak Jawatan!"
Pak Lah dah kena, Najib pula mangsa seterusnya..
Habis, korang nak siapa jadi pemimpin?

Bila Rakyat Dah Mula Naik Lemak!
Mula la nak buat demonstrasi sana sini!
Ikut sangat ketua mereka yang kononnya banyak pengaruh tu!
Pembangkang pun, mula la nak sibuk!
Cedera sana, cedera sini, konon mati seorang!
Nak meraih simpati rakyat la tu!
Oh, Raja Drama!

Bila Rakyat Dah Mula Naik Lemak!
Mereka yang nak bersuara, nak hasut orang lain!
Bila orang lain yang kena, mereka pura-pura tak tahu!
Pelajar-pelajar pun tak terlepas dari hasutan mereka!
Mereka fikir pelajar ni mudah sangat nak percaya kata mereka!

Bila Rakyat Dah Mula Naik Lemak!
Agong pun kena?
Mana prinsip rukun negaramu?
"Kesetiaan kepada Raja dan Negara!"
Benda tu yang kau ulang-ulang sejak bangku sekolah!
Namun, malangnya kau tak pernah menghayatinya!
Lagu "Negaraku" pun habis kau balun jadi lagu mengikut nafsumu sendiri!

"Aku memang sangat berani! Lantaklah! Aku peduli apa?"
"Bawak-bawaklah bertaubat!"
"Suka hati aku la!"
"Okay, ada apa-apa nanti, jangan nak mintak aku tolong! Ingat, kerana mulut badan binasa! Kerana jarimu yang liar tu, lokap tempatmu!"
Bila Rakyat Dah Mula Naik Lemak!
Pasukan keselamatan pun berani mereka nak tentang!
Bila pasukan keselamatan balas balik, mula la menimbulkan tuduhan!
Pasukan keselamatan tak bertanggungjawab! Pasukan keselamatan ganas!
Pasukan keselamatan gangster!
Kamu tu yang ganas macam mafia, kamu tak fikir pula!
Polis teriak sikit, dah mula la air mata nak mengalir..
Habis, kalau mereka cakap slow-slow, korang nak dengar ke?

"Cakap! Korang nak siapa jadi pemerintah! Cakap!"
"Siapa-siapa je la! Yang penting bukan Najib, Anwar Ibrahim atau Nik Aziz!"
"Apesal pulak?"
"Huh! Entah la! Hati ini mengatakan mereka-mereka ini penuh dengan konspirasi!"
Bila Rakyat Dah Mula Naik Lemak!
Nak buat itu ini, menyusahkan orang lain!
Fitnah sana, fitnah sini! Tipu sana, tipu sini!
Si pembangkang pula, kembang seluruh bulu dia bila rakyat mula kecam kerajaan!
"Inilah peluang kita! Ini masanya kita tunjukkan!"
"Jom kita hebohkan demonstrasi! Jom heboh-heboh!"
Penyudah? Rakyat sendiri yang susah..
Hak aku sebagai rakyat mana?
Memang anda ada hak untuk bersuara..
Tapi, gunakan medium yang betul..
Apa? Tak kena layan?
Jadi, kena buat demonstrasi la?

Okay, entri ni takda nak meyokong kerajaan mahupun pembangkang..
Tapi, saya sarankan, jangan percaya sangat apa yang korang lihat..
Buat kajian sendiri dan tanya kepada mereka yang lebih pakar..
Ada apa pada politik? Saya juga curious nak tahu!
Tapi tunggu saya dah lepas belajar la!
Pelajar tak boleh sertai mana-mana parti politik..
Nak ambil tahu tu boleh..
Tapi, apa jadi pada pelajar sekarang?
Nak juga menyibuk sokong-sokong sana sini..
Come on la, pinjaman kamu tu pun tak langsai lagi, nak kritik-kritik kerajaan buat apa?
Bagi saya, syukurlah kita hidup dengan selesa kat negara ni..
Kalau tak suka duduk negara ni, pegi cuba duduk negara lain..
Baru kamu tahu betapa amannya Malaysia..
Di sini saya ada titipkan video Bersih 2.0 yang mengecam tindakan pasukan keselamatan..
Korang lihat sendiri dan ulas mengikut logik akal pemikiran matang korang..


Video ni agak berat.. Ada baiknya korang tengok kat youtube je..
Mereka pakai camera video mahal beb!
Jangan tak kembali ke blog ni!
Ada banyak benda yang kita nak selongkar!
Sesungguhnya, semua itu hanya propaganda nak menjatuhkan imej pasukan polis semata-mata!
Okay, dari pengamatan dan pemikiran matang saya sebagai lelaki budiman..
Mereka yang buat demonstrasi ni, kita kena balas dengan cara apa?

Cara lembut..
"Bang, tepi sikit bang.. Tumpang lalu bang.."
"Please, jangan buat bising dah.. "
"Awak tolong jauh sikit.. Saya nak halang mereka tu.."

Cara kasar..
"Woi!! Blah la bangang!!"
"Tepi!! Tepi!! Nak kena sepak ke??"
"Nah, ambik kau pelempang sebijik!! Bising sangat!!"

Cara mana anda rasa yang paling efektif dalam situasi yang sangat kucar-kacir masa tu?
Atau anda nak pasukan keselamatan duduk diam je tengok macam tu..
Keluar la tanduk ahli demonstrasi tu!
Saya sebagai pelajar inginkan keamanan.. Inginkan keselamatan.. Tak sukakan keganasan..
Melalui video itu, sampai nak repeat dua kali polis pukul orang, buat apa?
Negara lain yang main tembak-tembak tak repeat pun!
Tembak-tembak lagi syok kot kalau repeat!


Mungkin anda tak lihat video seumpama ini kat stesen TV..
Tapi, anda bayangkan andai stesen TV menyiarkan video seumpama ini?
Pasti kucar-kacir satu negara!
Mak bapak korang pun tekejut melihat..
Katak kat rumah korang tu mati serta-merta kena serangan jantung!
Mati katak!

"Kitorang dipukul walaupun kitorang tak melawan!"
Habis, kalau tak pukul, macam ko nak ikut apa yang pasukan keselamatan arahkan!
Guna cara lembut, lagi ko menggeliat macam cacing kepanasan!
"Pemimpin kitorang kena tangkap!"
Kalau nak leraikan sesuatu demonstrasi, kita kena tangkap ketua dia!
Kalau kita fikirkan mengikut apa yang polis fikirkan, memang itu cara yang terbaik untuk meleraikan demonstrasi!
"OMG! Dia mati la! Haaaaaaa! (Mata ke atas, tangan ke bahu..)"
Ada juga yang pura-pura mati?
Berapa kau kena bayar? Berapa?
Kau sudah menyebarkan fitnah! Berapa orang anggota polis telah kau fitnah?
Berapa juta rakyat yang tertipu? Kau sanggup menanggung dosa itu?
"Mereka tak bawak First aid Kit la!"
Ada pula masa pasukan keselamatan nak sediakan barang-barang tu semua..
Kalau ada pun, mesti dah tertinggal kat mana-mana!
Lagi pun, mereka cakap demonstrasi ni aman.. Mesti la pasukan keselamatan tak nak sediakan benda alah tu semua!
Si pelakon yang mati masa tu, sesak nafas la konon-kononnya.. Apesal orang kat sekeliling dia tak buat CPR? Geli ke? Nyawa kot! Saya pun sanggup kalau dah sebut pasal nyawa..
Atau, semua itu hanya konspirasi?
Rakyat Malaysia terlalu dimanjakan..
Sampai terlupa betapa payahnya nak mencapai sesuatu kemerdekaan..
Wartawan pula time ni la nak cari makan..
Sebarkan semua keganasan pasukan keselamatan..
Hasut rakyat Malaysia..
Tapi, secara tak langsung, mereka membuka mata rakyat..
"Buat apa nak pegi sokong demonstrasi?"
"Tak nak aku kena lempang macam tu!"
"Demonstrasi bukan cara kita!"
Ambiga oh Ambiga oh Ambiga!
Kalau nak sangat Bersih 2.0, buat la dengan cara yang betul..
Kasihan sikit pada kami student-student ni..
Kami inginkan kedamaian! Kami tak sukakan keganasan!
Anda dah tunjuk contoh yang kurang baik!
Bersih 2.0 anda memang betul untuk kebaikan.. Tapi cara anda itu kurang efektif!
Andai kami ingin pinjaman kami ni menjadi biasiswa, perlukah kami menjalankan demonstrasi seperti anda?

P/s : Orang yang pura-pura mati tu ada kat hospital dan sekarang berada dalam tahanan polis untuk siasatan lanjut!

Okay, sekarang hayati video ini dan hayati setiap perkataan yang ingin disampaikan..
Insyaallah akan mendapat kebenaran..



Hah, korang dengarlah apa pak cik tua ni cakap pulak!
Buka mata, buka hati!
Insyaallah, ditunjukkan jalan kebenaran..
Berbaktilah untuk negara!
Bukan negara yang berbakti untuk korang!
Pak cik tua tu memang terbaik!!

Jadi, nasihat saya untuk pelajar-pelajar sekalian..
Korang tak payah nak masuk campur hal ini..
Nanti korang pula rasa macam mana payahnya menjadi pemimpin..
Nanti dah rasa, baru korang tahu..
"Alamak! Susahnya jadi pemimpin.."
"Apalah rakyat ni! Tak reti nak bersyukur ke?"
"Penat aku kerja untuk mereka! Ini yang mereka balas pada aku!"


Tak Perlu Nak Politik Sangat!

Assalamualaikum W.B.T!
Tak perlu nak libatkan diri dalam politik sangat!
Yup! Sekarang ni, di mana-mana ada je kita tengok orang nak kecam pentadbiran negara kita..
Facebook, blog, twitter dan sebagainya merupakan medium utama untuk mereka "bersuara"..
Kononlah.. Orang-orang macam ni memang sangat "berani"..
"Kami Tak Nak Najib!"
"Najib Letak Jawatan!"
Kalau berani sangat, jumpa la Najib sendiri beb!
Jangan nak baling batu sembunyi tangan..
Saya nak maklumkan, saya langsung tak minat politik..
So, saya tak sokong kerajaan maupun pihak pembangkang..


Bukan apa, orang-orang macam ni, kerja nak menghasut orang je..
Nanti bila orang yang mereka dah hasut tu kena musibah akibat hasutan dorang, ada dorang nak bantu?
Orang yang dah kena hasut tu pulak, jangan lupa pepatah "Kerana Mulut Badan Binasa"..
Jangan nanti dah binasa baru nak menyesal..
Nasi dah jadi bubur..
So, sebelum nak buat apa-apa, fikir baik-baik dulu..
Fikirkan masa depan dan perjalanan korang yang masih panjang tu..

Okay, tujuan post ni sebenarnya nak menasihatkan budak-budak yang masih bersekolah mahupun yang masih belajar kat IPT/IPTS!
Epik politik ini bermula sejak lama dulu..
Tapi, budak-budak remaja ni kononnya mula la tak puas hati bila SKMM block 10 direct file sharing website..
Come on beb! Kerajaan block tu mesti ada sebabnya.. Apa yang anda tahu pasal negara?
Anda tahu sangat ke?
Tak perlu nak bengang sangat la!
Saya pun downloader tegar! Kerajaan block website tu, kita cari alternatif lain!
Okay, yang terkini, kes Bersih 2.0!
Saya tahu la Ambiga tu banyak pengaruh.. Tapi, hormat la kerajaan beb!
Fikir negara ni takde undang-undang ke?
Memang betul, demonstrasi tu untuk kebaikan..
Tapi, apa yang kita tengok, lagi banyak keburukan dari kebaikan dia..
Cedera sana sini, road block sana sini, baik ke tu?
Namun, kat situ jugak la pihak pembangkang ambil kesempatan tumpang sekaki..
Anda faham kan?
Sambil menyelam mereka minum air..
Provoke sana, provoke sini..
Bila dah cedera, tuduh pasukan keselamatan..
Pastu, pasukan keselamatan pulak yang jadi mangsa dunia..
Kritik sana, kritik sini..
Padahal, mereka hanya menjalankan tugas..
Tengok, anda sendiri pun dah kecam pasukan keselamatan..
Siapa kuasa tertinggi pasukan keselamatan?
Anda kecam anak buah dia, anda kecam dia jugak la!
Beraninya korang..


Okay, post ni bukan nak kecam siapa-siapa..
Hanya untuk menyedarkan korang..
Saya juga sokong Bersih 2.0 secara tidak langsung..
Tapi, cara nak sokong tu kita kena consider..
Saya nak student-student terutama yang ada akaun facebook mahupun blog..
Korang jangan nak kritik kerajaan sangat la!
Pinjaman korang dari mana?
Budak sekolah tu, jangan nak bising sangat la!
Fokus study dulu! Nanti dah langsai semua hutang pinjaman, lantak koranglah nak jadi apa!
So, jangan nak gatal-gatal kecam kerajaan..
Kita boleh belajar dengan selesa dah cukup baik dah..
Tak perlu nak sokong mana-mana parti politik..
Ambil tahu takpe, tapi jangan gatal-gatal nak declare korang penyokong mereka!
So, tak payah nak politik sangat lah!



Oh, Bersih 2.0!

Assalamualaikum W.B.T!
Apa yang anda tahu pasal BERSIH 2.0?
Bukan, langsung tiada kena-mengena dengan Jackass 3.5!
Sebelum kita nak tafsirkan BERSIH 2.0 ni, eloklah kita hayati dulu apa yang mereka-mereka semua tu perjuangkan..


Tuntutan BERSIH 2.0 cukup mudah difahami. Sebahagian besar daripada 8 tuntutan yang diutarakan oleh pihak BERSIH 2.0 itu adalah permintaan asas seorang rakyat biasa seperti saya. Saya sokong tuntutan-tuntutan ini. 8 tuntutan tersebut ialah:

1. Bersihkan senarai undi
2. Reformasikan undian Pos
3. Gunakan dakwat kekal
4. Masa kempen minima 21 hari
5. Akses media yang adil
6. Kukuhkan institusi awam
7. Hentikan rasuah
8. Hentikan politik kotor

Namun, amat menyedihkan apabila tuntutan ini direspon secara negatif oleh pihak Kerajaan. Alangkah bagusnya jika Kerajaan memilih pendekatan yang berhikmah dan bijaksana dalam menangani tuntutan-tuntutan ini. Semoga selepas ini pihak Kerajaan jadi Kerajaan yang lebih cerdik dan adil. Saya tidak mahu mengulas rentetan berlakunya isu ini, saya anggap ramai mengikutinya dan masing-masing mempunyai tanggapan masing-masing.  Tidak mengapalah, kita berlapang dada dalam hal ini.

"Tak kira! Saya nak pegi! Nak pegi! Lantaklah!"
"Please! Student tak boleh melibatkan diri dalam hal-hal politik dan seumpamanya!"
"Ingat, kalau kamu kena kick dari IPTA/IPTS, kamu jugak yang susah!"
"Betul jugak!"
"Takpelah, kita tengok kat TV je okay!"
"Okay..!"

Respon Rakyat
Walaupun telah diugut, dilakukan sekatan jalan raya di luar bandaraya bagi menghalang orang ramai masuk ke Kuala Lumpur, ditutup jalan-jalan raya sekitar Kuala Lumpur, ditangkap orang-orang yang berjalan kaki di stesen-stesen LRT dan pengangkutan awam, namun bilangan rakyat yang berjaya menyertai perhimpunan aman BERSIH 2.0 amat mengujakan.

Lihat sahaja gambar-gambar berikut yang saya petik dari pelbagai sumber.  Nilaikan sendiri.  Jumlah puluhan ribu ini menandakan sokongan rakyat terhadap 8 tuntutan kepada kerajaan, supaya ditambahbaikkan sistem pilihanraya di negara yang kita cintai ini.  Jika puluhan ribu ini adalah jumlah yang berjaya menembusi rintangan fizikal dan emosi yang dibuat oleh Kerajaan, bayangkan jika semua rintangan, ugutan dan sekatan tidak ada.  Tentu bilangannya mencecah jutaan orang.  Sungguh, sistem pilihanraya kita memerlukan penambahbaikkan.  Diharap pihak tertentu dapat memberi perhatian.


Awal pagi, Kuala Lumpur nampak lengang dan sunyi.. Road Block dijalankan bagi mengelak orang ramai memasuki bandaraya Kuala Lumpur..
Awal pagi.. Sekatan ada di mana-mana..

Antara mereka yang menginginkan sistem pentadbiran negara menjadi lebih baik..

Antara pemimpin PAS yang turun padang bagi memperjuangkan hasrat rakyat..

Sasterawan Negara.. A. Samad Said antara yang mengadiri dan menyokong BERSIH 2.0!

Lautan manusia yang memperjuangkan BERSIH 2.0!

TG Haji Hadi pemimpin berjiwa rakyat antara yang ditahan bersama ratusan rakyat yang lain..

Ribuan rakyat yang menyokong BERSIH 2.0!

Ribuan rakyat berarak ke Stadium Merdeka terpaksa berhadapan dengan anggota keselamatan..

Pelbagai lapisan masyarakat yang turun padang tanpa mengira kaum dan agama..

Ribuan rakyat berkumpul di hadapan Pudu Raya mendengar ucapan dari Dr. Hata Ramli..

Foreigners juga tidak terlepas menyokong.. Gembira mendapat baju patriot!

Ratusan patirot juga berkumpul bagi membantah BERSIH 2.0!

Rakyat biasa dengan anggota keselamatan memang tiada masalah di antara mereka. Yang bermasalah ialah pihak yang berada di atas kepala dua golongan ini. 

Mungkin apa yang dipaparkan di atas berlainan dengan apa yang dipaparkan di Media Perdana.  Gambar-gambar di atas adalah secubit gambaran sebenar apa yang berlaku di tengah-tengah Kuala Lumpur pada 9/7/2011.  Sekurang-kurangnya, saya dan anda tahu ‘the other side of the story’ pihak yang terlibat menyokong tuntutan BERSIH 2.0.

Tahniah buat semua yang terlibat dengan perhimpunan aman ini yang dapat menjaga diri dengan baik dan tidak bertindak kasar dan ganas. Moga-moga usaha kalian diterima ALLAH Ta`ala sebagai hasanah di sisiNYA, amin.

Marilah kita sama-sama berdoa agar negara kita terus menjadi aman, semakin bertambah baik pengurusan negaranya dan moga-moga pemimpin-pemimpin kita diberikan hidayah dan taufiq dari ALLAH seterusnya mudah-mudahan Malaysia menjadi ‘baldatun toiyibatun wa Rabbun ghafur’ (negara yang baik dan mendapat keampunan Tuhan), amin…



Cyber Security Malaysia Berjaya Halang ANONYMOUS!


Assalamualaikum w.b.t!
Yup! Mazeer juga excited nak tahu perkembangan Geng Anonymous ni..
Macam orang lain, saya pun asyik lepak kat laman web www.malaysia.gov.my nak tahu apa perkembangan.. 
Adakah Geng Anonymous berjaya menjalankan misi mereka?
Refresh punya refresh, kelihatan, laman web tu dah ditutup..
Heh! Mungkin sebagai langkah keselamatan yang di buat oleh Cyber Security Malaysia untuk mengelakan daripada di amik alih oleh Geng Anonymous..
Seperti yang dikhabarkan, Geng Anonymous akan mulakan operasi pada pukul 3.30 pagi waktu tempatan…
Ramai rakyat Malaysia yang celik IT terutamanya berjaga hari ini termasuk saya, semata-mata nak tahu, adakah  Geng Anonymous berjaya hack laman web www.malaysia.gov.my..
Buat masa sekarang ini, laman web www.malaysia.gov.my masih lagi selamat.. Tak percaya? Tengok la! 





This webpage is not available.

 Ha! Ha! Ha! 

Sampai bila laman web www.malaysia.gov.my akan selamat?
Saya takut je, nanti mereka bantai laman web kerajaan yang lain.. Ye la, Cyber Security Malaysia sibuk jaga web ini, dorang tak sedar Geng Anonymous bantai yang lain pulak!
Yup! Geng Anonymous mungkin sedang berusaha untuk menggodam laman web kerajaan..
Hope Cyber Security Malaysia sentiasa ambil langkah berjaga-jaga!
By the way, TAHNIAH Cyber Security Malaysia kerana berjaya menghalang Geng Anonymous!
Teruskan berjaga-jaga!
Huh! Rasa nak tukar kos gi komputer forensik ni!!




Ha! Ha! Ha!
Apa kena mengena dengan gerhana bulan?
Heh! Saja share!
Nak tengok gambar gerhana bulan, klik sini!
>>Eclipse Lunar Images Of June 2011>>
http://yes-cool-dude.blogspot.com/2011/06/eclipse-lunar-images-of-june-2011.html


Okay, sini saya masukkan info mengenai web-web kerajaan..

SabahTourism.com – Hacked + leaked
Tour Malaysia (Not Tourism Malaysia) – Hacked
Tourism Malaysia – Unaffected
UiTM Penang – Hacked
JBiotech - Hacked
Social Welfare Department (Ezi2Care) – Hacked
CIDB – Hacked but back up 12:20am
Land Public Transport Commision – Hacked but back up 12:15am
1Malaysia – DoS / Switched off 3:45am
Malaysian Communications and Multimedia Commission - Unaffected
ASEANConnect – DoS / Switched off
Malaysian Meteorological Service – DoS / Switched off
Ministry of Education – DoS / Switched off
Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia – DoS / Switched off
Bomba - DoS / Switched off
TMNet - Unaffected
Perbendaharaan Malaysia - DoS / Switched off
Kementerian Kerja Raya Malaysia - DoS / Switched off
Parlimen Malaysia – DoS / Switched off
Malaysian Treasury – DoS / Switched off
University Kebangsaan Malaysia – DoS / Switched off
Jobs Malaysia – DoS / Switched off
Information, Communications and Culture – DoS / Switched off
Human Resouce Ministry – DoS / Switched off 3:59am
National Sports Council – DoS / Switched off
Polis Diraja Malaysia (PDRM) – DoS / Switched off