Jom Tutup Aurat!

Assalamualaikum W.B.T!
Indahnya perempuan yang tutup aurat..
Semakin panjang tudungnya, semakin indah la pada pandangan saya..

"Awek saya! Apa pendapat anda semua?"
"Muke ko! Mustahil ko dapat awek indah macam ni!"
"Siapa kata mustahil?"
"Kami semua!"
"Rancangan Allah itu misteri.. Hanya Allah yang tahu siapa jodoh kita.. Siapa tahu saya dijodohkan dengan awek sedemikian rupa?"
"Betul jugak.. Amin.. Semoga kitorang dijodohkan jugak dengan awek yang sedemikian rupa.."
Peringatan dan amaran keras dari saya! Nama saya Mazeer Mohamad!
Ingat baik-baik!
Kepada muslimin dan muslimah yang prihatin, silakan share post ini!

Jom kita renung-renungkan bersama!
Andai suatu hari kita mati, akaun BLOGGER, FACEBOOK, TUMBLR, MYSPACE, FRIENDSTER, TAGGED dan sebagainya akan ke mana?
Saya pasti, hanya kita yang boleh access account kita..
Mungkin juga makwe/pakwe kita boleh access kan..
Tapi, bila dah clash, terus tukar password..
Andai kita berkongsi kebaikan khususnya untuk Blogger, ia mampu memberikan keringanan dan pahala yang berterusan sekiranya kita mati kelak..
Andai akaun itu semua berteraskan keburukan? Apa akan jadi?
Pastinya, kita akan terseksa di alam kubur kelak dengan dosa yang semakin bertambah..
Facebook dan TUMBLR khususnya untuk para muslimah..
Masih tidak cukup lagi korang nak upload gambar-gambar mendedah aurat tu?

Selepas kita mati..
Apa yang jadi pada akaun Facebook kita?
Mungkin ada yang akan ucapkan takziah dan mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu..
Apa akan jadi pula pada akaun Blogger/TUMBLR kita?
Ada yang dah tahu kita mati, mungkin membukanya untuk melepas rindu dan untuk mengingati semula kenangan lama..
Tapi, yang tak kenal? Sudah pasti blog anda menjadi bahan tatapannya tanpa segan silu..

Tetapi..
Sedarkah kita gambar-gambar kita akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur?
Gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna tu, macam mana nanti?
Lelaki ajnabi terus-terusan melihat dan dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh delete gambar kita..
Walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada..
Saham dosa terus meningkat..

Macam mana?
Pernah terfikir tak?
Tudung singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti?
Jeans ketat dan semua yang ketat-ketat tu, boleh selamatkan kita?
Baju yang membalut aurat itu, bagaimana?

Mungkin kini..
Kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita dengan gambar-gambar yang cantik berlatar belakangkan tempat-tempat yang kita dah lawati di muka bumiNya..
 Tapi di akhirnya nanti..
Semua itu tidak akan membawa erti dan semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup..
Di alam kubur, semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita..
Cuba kita renung-renungkan..
SAHAM DOSA TERUS MENINGKAT walau setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari akhirat..

Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan..
Peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan..

Jagalah maruah diri sebagai seorang muslimin dan muslimah..
Mati itu pasti!
Persiapkan diri untuk mati itu perlu..
JANGAN BIARKAN DIRI TERUS MENERUS MELAKUKAN DOSA..

Anda faham kan?
Mungkin kesedaran kita masih tidak setinggi mana..
Tapi, percayalah.. Andai kita berada di alam kubur kelak, kesedaran kita mencapai kesedaran yang tak pernah kita jangkakan selama hidup di dunia..

"Siapa ni?"
"Awek no. 2 saya la! Siapa lagi!"
"Pergggh! Terbaik!"
"Jangan jealous tau!"
Di sini saya titipkan cara yang berkesan mengenai penggunaan akaun-akaun yang saya sebutkan di atas.. Sebaiknya, anda mencatatkan password dan email anda di dalam sebuah buku..
Tak kisah la, diary ke, buku resipi mak korang ke, Death Note ke, dan sebagainya..
At least, bila dah mati nanti, ada siapa-siapa akan jumpa dan deactivate atau terus menyambung perjuangan akaun anda tu..

Facebook/myspace!
Pasal facebook, korang jangan risau sangat.. Kitorang boleh report kat Mark yang akaun korang dah takde orang dia..
Tapi, kalo boleh, start la dari sekarang membuang gambar-gambar mendedah aurat korang tu..
Kenapa?
Adeyh, takkan dah mati baru nak berubah!
Pasal myspace pulak, saya pun dah lupa dah..
Dah lama tak jenguk..

Blogger!
Blog anda terus-terusan je on..
Earning pun terus-terusan bertambah..
Kalo korang dah mati nanti, sila datang ke mimpi saya dan bagi saya email ngan password korang!
Boleh saya tukar payee name..
Ha! Ha! Ha! Ha! Jokes!
Blog anda, anda yang corakkan..
So, saya sarankan anda share ngan orang-orang yang boleh dipercayai..

TUMBLR/TAGGED!
Lebih kurang macam blogger jugak, korang pandai-pandai la..

Tapi, memang TUMBLR neyh lagi hancur dari blogger..
Banyak sangat gambar korang share dari ilmu korang..
Saya pun sampai tak mampu nak tengok semua..
TAGGED lagi la teruk.. Saya namakan laman itu, laman perkongsian aurat..
Lu pikir la sendiri!

Heh! Sekian saja dari saya..
Renung-renungkan, selamat beramal..
Ingat, tiada siapa yang tahu bila ajal kita..
Persiapkan dirimu dari sekarang..

P/s : Mazeer mencari seseorang yang boleh dipercayai seperti mana dia mempercayai Mazeer untuk berkongsi semua akaun Mazeer.. So, bila Mazeer dah mati, dia boleh teruskan perjuangan dan mungkin juga boleh deactivatekan.. Ada siapa-siapa?