YES, I AM GAY!

YUP! SAYA GAY!
Perkataan itu yang sering aku ucapkan pada mana-mana perempuan yang aku tak kenali dan sometimes aku ucapkan juga pada mereka yang aku kenali~
Benarkah aku mempunyai nafsu terhadap makhluk sejenis aku?
Adakah aku sedikit pun tidak suka kepada perempuan?
Wahai manusia di luar sana~
Aku NORMAL okay!
Sungguh sedih rasanya menjadi manusia yang Nabi sendiri tidak mengaku umat~

Aku saja cakap begitu agar kamu tidak menggangguku~
Tuhan telah ciptakan perempuan untuk lelaki dengan seindah-indah kejadian~
Namun, mengapa aku katakan aku tidak berminat?
Ya, satu sebab yang membuatkan aku takut rapat dengan seseorang perempuan itu adalah aku mudah menyayangi~
Sayang bukan bermakna cinta~
Sayang sebagai kawan rasanya~
Sebab, aku masih tidak mampu untuk mencintai sesiapa~
Aku masih tidak mampu memberi komitmen sepenuhnya terhadap sesuatu percintaan~
Persoalannya, 
"MENGAPA AKU TIDAK SUKA MENGENALI DAN RAPAT DENGAN SESEORANG PEREMPUAN?"



Sebelum aku teruskan, aku sendiri tak tahu apa yang aku fikirkan pagi neyh~
Yang aku tahu, aku sangat merindui mak aku~
He! He! He! He!

Rapat dan akrab dengan seseorang perempuan sering kali membuatkan para lelaki mudah untuk menyayangi malah untuk mencintai~
Dalam kes aku, aku dah rapat dengan ramai perempuan~
Pattern aku dulu, rapat, kau suka aku, aku suka kau, kita couple!
Aku mengaku, aku PLAYBOY~
Tapi itu suatu ketika dulu~
Kini, aku taubat~
Taubat sebenar-benar taubat~
Apa yang aku dapat jadi player?
Dosa berlambak-lambak adalah!
Tipu sana tipu sini~
Kesian mak bapak aku nanti dah masuk syurga kena tarik balik sebab aku kan~
Aku tak sanggup semua itu berlaku~
Biar dosa aku, aku sendiri yang tanggung~

Mungkin aku juga agak nakal dalam dunia maya dan asyik tanya, kamu ada akak? kamu single? 
Namun, itu semua hiburan semata~

Lelaki memang fitrahnya mencari perempuan dan sebaliknya~
Saling memerlukan dan menyempurnakan antara satu sama lain~
Terus terang aku cakap, aku dah single untuk sekian lama selepas clash ngan awek cinta mati aku~
Ye ke cinta mati?
Kah! Kah! Kah!
Seriously! Aku letakkan hal perkahwinan aku pada mak aku sekarang~
(Opppss! Masih study dah gatal nak kawin? Tampo kang!)
Bukan bermakna aku putus asa~
Aku takut benda sama terjadi pada aku untuk kali kedua~
Cukuplah~
Aku tak nak! tak nak!

Namun, post ini bukan bertujuan untuk menceritakan kisah cinta~
Mungkin untuk menceritakan "ada cinta"~

Aku adalah rapat dengan beberapa perempuan~
Aku cuba untuk berlagak selamba agar aku takkan jatuh cinta pada mereka~
Bila yang satu tak layan, yang dua layan aku, bila yang tiga datang bulan marah-marah pada aku, yang empat sedia memberikan senyuman manis dan menghiburku dengan gurau sendanya~
Memang aku seolah-olah berlagak nice terhadap semua orang terutama mereka yang berada di alam maya~
Namun, semua bukan lakonan semata-mata dan aku bukan manusia hipokrit~
Macam mana aku di alam maya, begitulah jasad dan jiwa aku~
Aku memang layan semua orang tanpa diskriminasi dan bagi aku, perempuan ataupun lelaki sama saja~
Ada beberapa ketika aku hampir jadi mangsa GAY pun ada jugak~
Wow! Tak sama! Susah sikit kalau rapat sangat dengan lelaki except my bestfriends Lan, Raf, Doy, Ajik dan Onn~

Aku dan kamu semua manusia biasa~
Takkan mampu untuk mengawal perasaan terhadap perempuan~
Bila dah sayang, kita memang sangat sayang dan mungkin juga kita dah masukkan mereka ke dalam hati kita dan menjadi sebahagian dari hidup kita~
Menyempurnakan hari-hari kita dan mungkin hidup kita tidak sempurna tanpa perkhabaran dari mereka~
Mungkin juga kita tak lena tidur memikirkan mereka~
"Apa yang dia buat hari neyh?"
"Dia dah makan ke?"
"Dia sihat?"

Bila dah rapat, mulalah bermanja-manja~
Sungguh iya akan jadi kenangan yang sangat indah yang tak akan mampu dilupakan~
Namun, bila dia tinggalkanmu?
Apa yang kamu rasakan?
Ya, itulah persoalannya~
Apa yang sangat aku khuatiri bila rapat dengan seseorang~
Kebanyakannya, ada nak lost contact macam tuh je~
Tapi, bukankah kita start kenal dulu atas dasar sahabat?
Cakap kita kawan, kamu melakukan sedemikian seolah-olah ingin aku menjadi musuh kamu~
Apalah salahnya kita just jadi kawan dan teruskan keep in touch kan~

"Kita takyah contact dah la...!"
"Kita tak perlu jumpa dah!"
"Sampai sini saja...!"

Kemudian, untuk sekian lama dan mungkin juga dalam masa terdekat, perempuan yang kamu sayangi itu muncul kembali~
Berkata-kata kepadamu seolah-olah tiada apa yang terjadi dan seolah-olah segalanya normal~
MEMANG PEREMPUAN SUKAR UNTUK DIMENGERTI~
Pernahkah perempuan bertanya pula~
"SENANGKAH UNTUK MENGERTI HATI LELAKI? "
Memang taman hadir dalam setiap hati lelaki di dunia ini~
Jiwang dan romantik mereka semua akan kamu dapat huraikan setelah kamu benar-benar mengenali mereka dan sekiranya kamu dah menjadi sebahagian dari hidup mereka~
Sekiranya kamu melukakan hati mereka, memang sangat perit mereka rasakan~
Mungkin ada yang takkan memaafkanmu~
Dan mungkin juga ada yang berdendam dan ingin membalas kembali apa yang kamu lakukan~
Namun, aku bukan lelaki sekejam itu~
Bagi aku, kau nak aku jauh dari hidup ko, OKAY, FINE! Aku minta maaf jika ada salah silap dan terkasar bahasa pada ko dan menjumpaimu suatu keindahan bagi aku~
Kan aku dah cakap, kita just jadi normal friend dan tak perlu rapat cukup la~
Yang kamu nak cakap kita takyah contact la, SO LONG la~
Eih! Mengada-ngada betul~
Ntah mintak pujuk ke apa~
Tengok, kan kita dah betul-betul macam jadi musuh~
Bila jumpa, ada yang pura-pura tak kenal~
Bila tengok gambar, ada yang pura-pura tak nak tengok~
Padahal, kedua hati berdegup kencang~
Jika masih sayang, silakan baiki semua kesalahan lalu baik lelaki mahupun perempuan~
Jadilah kawan~
Tak perlu kamu nak lost contact ke apa ke~
Mengarut!
Pastu, si perempuan pulak, asyik cakap si lelaki yang tinggalkan dia~
Mana satu yang betul neyh?

Manusia lemah sepertiku tiada termampu untuk merasa benci pada sesiapa~
Bagi aku, kamu tak nak contact aku ke nak tinggalkan aku ke, suka hati kamulah~
Kamu berhak untuk melakukannya~
Apa yang mampu aku lakukan, adalah mendoakanmu agar kamu sentiasa hidup dalam keadaan sihat sejahtera~
Aku mintak maaf perempuan di luar sana yang mungkin suka untuk menjadi sahabatku~
Aku sangat suka untuk mengenali kamu~
Namun untuk rapat dengan kamu, maaflah~
Biar sekadar sahabat saja~
Sahabat karib tak perlulah!
cukuplah! :'{

Ayah cakap, perempuan memang susah untuk difahami!
Akak cakap, Takdelah susah sangat pun!
Abang cakap, try to be yourself!
Adik cakap, jangan jiwang sangat!
Mak cakap, perempuan umpama mawar berduri~
Amat cantik luarannya~
Namun, sekali kamu terkena durinya, meranalah kamu~
WARGGHH! Sakit! Sakit! Lariii!
Aku pun gelak, Ha! Ha! Ha!

Perempuan di luar sana, jadilah mawar yang berada di dalam kaca yang membuatkan si kumbang tak dapat untuk menyentuh atau merosakkannya~

My Famous Last Words Untuk Pagi Yang Indah Ini, Untuk Menemukan Seorang Sahabat Sejati Umpama Menemukan Sebiji Mutiara Suci Di Pasiran Pantai~





Photobucket