Saban hari, saban minggu, saban bulan aku memikirkannya~
Tak lena tidur aku dibuatnya~
"Okay tak kalo aku dedahkan gambar neyh?"
"Orang tak rasa aku GANAS ke?"
"Sedangkan memiliki sebatang benda neyh, dah boleh masuk penjara.. Apalagi banyak macam neyh?"
"Bingungnya aku dibuatnya.. Aku tak lena tidur sebab benda neyh.."
Gambar neyh aku amek masa aku balik raya puasa hari tuh~
Aku bongkar punya bongkar, tetiba jumpa benda neyh~
Aku sangat terkejut dan rasa sangat terharu~
KIH! KIH! KIH!
Jangan terkejut kalau aku yang bermuka baik neyh pun pernah terjebak dengan benda gaduh-gaduh neyh suatu ketika dulu~
(Ye ke muka baik? HA! HA! HA!)
Kemudian, aku mengambil FINAL DECISION untuk mendedahkan benda neyh~
Kalo polis baca post aku dan tengok gambar neyh, aku cakap lah aku dah buang~
(Bijak jugak aku kan.. KIH! KIH! KIH!)
Korang mesti nak tahu kisah benar mengenai benda neyh kan?
Yup! Sumpah, saya pernah melaluinya~
Gaduh sana sini macam orang gila~
Siang malam lepak menanti musuh yang tak kunjung tiba umpama CHIPSMORE~
(click an image to enlarge!)
|
Masih ingat lagi.. Sebelum di namakan pitik, nama benda neyh PLEM PADEL(flying paddle) dan iya dikatakan berasal dari FILIPINA~ Mengapa saya tahu? Saya tahu la sebab masa kecik-kecik dulu saya dah terdedah ngan benda neyh~ Habis paku bapak saya beb!
PITIK kelihatan seperti anak panah dengan hujung yang runcing dan terbelah~ Hujung terbelah tuh macam mata kail yang membuatkan ia agak sukar untuk ditarik keluar~ Makin banyak belahan, makin terseksalah si kawan~
CARA NAK BUAT PITIK??
BAHAN-BAHANNYA ; PAKU TALI GETAHPHILIPINE atau getah tayar basikal pun boleh pakai~ Kalau korang perasan, gambar kat atas tuh ada getah warna merah kan~ Itulah getah PHILIPINE dan sangat selesa daya lenturnya~> KAYU PENYAPU BAHAN-BAHAN LAIN
CARA-CARA MEMBUATNYA ; 1.Ketuk paku tadi sampai rata pada bahagian depannya yang tajam dengan menggunakan tukul besi sehingga rata~ Asah bahagian yang rata tadi sehingga tajam~ Dan buat sedikit belahan pada bahagian bawahnya dengan menggunakan kikir~ 2.Ambil tali dan ikatkan pada bahagian belakang paku tadi dan ikatkan dengan menggunakan getah sayur~ Kemudian belah-belahkan dan urai-uraikan tali tadi sehingga kelihatan sepeti tali penari POM-POM~ 4.Ambil kayu penyapu dan apa-apa jenis kayu lah yang panjangnya hanya sejengkal~ Ikatkan getah PHILIPINE ataupun getah tayar pada bahagian atasnya~ 5.Siap! Pandai-pandailah korang untuk buat padel dia tuh selesa~ Balut pakai kain ke, getah ke, sebab iya mampu memberi persembahan yang terbaik dan mungkin memuaskan hati~
P/S : Oleh kerana ayah saya seorang mekanik, saya mendapat bahan yang diperlukan dengan sangat mudah~ Orang main asah-asah dan kikir-kikir, saya pakai GREN bai! **MARI KITA IKUTI BABAK PERGADUHAN YANG PERNAH SAYA ALAMI..**
"OII!! BEJANGKARLAH KALAU BERANI!!" *Berjangkar? Maksud seperti kapal laut yang membawa erti STAY di suatu tempat~ "K*M*KMU LA MANDUR!!! SINI KAU BAH! KO PIKIR AKU TAKUT??" "SINI LA KAU KEMANG!" Sambil makian dari kedua-dua pihak bergema umpama salakan anjing bagi menaikkan amarah si pihak lawan, terbanglah benda yang dinamakan PITIK ini~ "OI! UNDUR! ADA PARAK OI! PARAK!" *PARAK membawa maksud polis~
Samurai? Parang? Pisau? Gerambit? Itu belakang cerita! Yang paling kuat, PITIK neyh la! Sekali kena, kau akan rasa pening-pening lalat dan rasa nak pitam pun ada~ Sekiranya kau dah kena, senang untuk kau di tangkap untuk diKEROYOK dan diGERODOK dengan ganasnya~ *KEROYOK/GERODOK membawa maksud dipukul beramai-ramai tanpa belas kasihan~
**MARI KITA TEMU RAMAH BEBERAPA ORANG SAKSI YANG PERNAH TERKENA PENANGAN BENDA NEYH**
*SAMPEL 1* "Kalo kenak kan, ko rasa macam mau pengsan woah.. Siapa kasi kenak aku? Kau kan hari tuh? Pitik pokok pisang konok.. Tengok, tembus suda pitik di kakiku!" Sham.
HA! HA! HA! Teringat pulak hari tuh~ Aku dan abangku, orang yang aku mention kat atas ingin menghentikan kegiatan anjing liar yang semakin menular di kawasan rumah~ Kemudian, dua-dua asyik melepaskan PITIK pada sebarang benda konon untuk cuba,try,test dan ingin menunjukkan kehebatan melepaskan PITIK~ Kemudian, aku melihat sebatang pokok pisang tumbang seakan-akan minta untuk diPITIK dan tanpa berlengah lagi, aku menarik getah pitik dengan angkuhnya dan melepaskan PITIK pada pokok pisang dengan harapan akan terpacak dengan mantapnya~ Malangnya, pitik itu seakan-akan melencong sebab batang pisang tumbang itu masih teguh dan agak kuat~ "ARGH!" "Bodoknya ko! Ko tengok! Auw! Auw! Macam mana neyh, ndak mau tekeluar sudah!" Jerit abangku dengan suara sedikit sebak~ Aku yang ketika itu terpaku dan agak KAGET hanya mampu melihat dan melakukan tindakan reflex secepatnya~ "Mari aku tarik! Sori, kenapa jugak ko tiba-tiba muncul di sana?" Dengan pantasnya, aku menarik PITIK yang terbenam di kakinya itu~ Kemudian, kitorang pun baliklah~ Apa yang lagi menakutkan? Abang aku tuh jalan sudah tak betul bai~ Berapa kali jatuh teguling di bawah bukit~ Macam orang TELER pun ada~ Aku si adik bangang hanya melihat dan rasa nak tergelak pun ada~
Antara simptom yang dia rasakan pada saat kritikal itu ialah ; 1.PENING-PENING LALAT(kalo kena, ko terus rasa teler beb! Sebab benda tuh ada mengandungi karat~) 2.RASA PANAS SEJUK(intruder pada badan di mana antibodi badan aktif untuk melawan pathogen~) 3.BENGANG(bengang ngan orang yang kenakan ko!) 4.GERAM(mana mau rugi! Balaslah!)
(click an image to enlarge!) Cakap pasal PITIK, aku memang malas buat benda neyh dan aku ada seorang kawan pakar besi~ Aku mintak buat ngan dia je! Tak pun, kalo ada gaduh, aku POW pitik budak-budak~ HA! HA! HA! "SINI PITIKMU! KO KALO MEMITIK NDAK KENAK JUGAK!"
*SAMPEL 2* "Masa aku kenak tuh, balik rumah terus tidur aku.. Familyku bawak pi hospital.." Eman.
Itu kata-kata member aku~~ Kalo anda terkena, baik anda cabut sendiri~ Jangan bawak pegi hospital sebab doktor akan potong paku yang terpacak pada badan anda dan kemudian mengoyakkan kulit anda dan menarik muncung paku tadi~ Parut akibat jahitan pun kelihatan~
*SAMPEL 3* "Jahanam! Aku kenak PITIK oleh budak-budak!" Sabak.
Yup! Disebabkan kemunculan PITIK, budak-budak darjah tiga pun dah berani JOIN bapak budak pegi bertempur~ Bapak budak punya alasan, budak-budak, kalo MEMITIK lagi accurate ataupun lebih tepat~ Dorang tak sedar dorang menggalakkan lagi pergaduhan di masa-masa hadapan~ Si budak-budak pulak, buat benda gaduh-gaduh neyh macam suatu hobi~ Memang sangat bahaya~ Sebab sudah ada yang mati terbunuh akibat pergaduhan~ Geng-geng mereka yang terbunuh akan mencari orang yang membunuh~ Orang yang membunuh pula lari ke seberang untuk suatu ketika dan akan balik bila kes dah ditutup~ Then, kalau jumpa balik? Konpem gaduh lagi tumpah-tumpah darah! Memang takkan ada kesudahan!!
HA! HA! HA! HA! Kelakarlah kalo ingat balik~ Rasa seram pun ada jugak~ Kemudian saya mengambil keputusan untuk bersara dari alam pahlawan neyh~ Kenapa?
Sebab kejadian pertama di mana abang saya terkena sendiri PITIK buatan saya~
Kejadian kedua di mana saya hampir kena ketika mengejar pihak lawan~ Kelihatan percikan api yang sangat terang akibat geseran PITIK yang meluncur sangat laju pada jalan raya~
Dan kejadian ketiga di mana saya hampir, hampir dan sikit lagi hampir terkena PITIK member saya sendiri~ Bapak dia! Dah la tarikan PITIK dia sangat tegang dan jika kita bayangkan, boleh sampai ke Indonesia pada masa itu~ Kalau kena, konpem tembus ke sebelah!
HE! HE! HE! Saya taklah jahat sangat pun~ Saya saja je nak join-join pada masa tuh~ Sementara menunggu result STPM~ Nasib baik saya tak pernah kena benda tuh~ KIH! KIH! KIH! Professional beb! Syukurlah sekarang saya dah berada di perantauan dan dah tak ambil tahu pasal gaduh-gaduh semua tuh~ Nasihat saya, "Jangan Biarkan Badan Anda Dihinggapi PITIK..!"
|