Tersebutlah kisah di sebuah perkampungan di mana seorang dara dan teruna menemukan chenta sejati dan mereka pun membina mahligai perkahwinan~
Apa yang memeranjatkan mereka berdua memang sangat pemalu antara satu sama lain~
Si Syarafie tangkap chenta dengan si Suhana melalui chenta pandang pertama katanya~
Semasa majlis perkahwinan, kedua-dua mereka blushing dan saling tidak memandang antara satu sama lain~
Kedua-dua konon sibuk melayan tetamu~
Malu katanya~
Ketika berada di dalam bilik, kedua mereka tidur setilam namun menghadap ke tempat bertentangan~
Sungguh pemalu mereka kan~
Memanglah susah untuk memulakan babak malam pertama kalau kedua mereka macam tuh~
"Kapal terbang nak mendarat!"
Bisik Syarafie kepada isterinya~
Si Suhana yang terdengar hanya diam dan rasa sedikit hairan~
"Suami aku mengigau agaknya.."
Kemudian, hal yang sedemikian berulang untuk dua bulan lamanya membuat kan si Suhana berasa pelik~
Sudah pasti mereka berdua juga belum pernah projek sepertimana yang patut dilakukan untuk pasangan yang telah berkahwin~
He! He! He!
"Mak, peliklah abang Syarafie tuh! Setiap malam, asyik cakap kapal terbang nak mendarat.. Mengigau je keja dia!"
Mak Dania ibu kepada Si Suhana hanya mampu tersengih dan tergelak kecil~
"Itu bukan mengigau Ana.. Ada maksud tersirat tuh!"
"Lain kali, kalau abang kamu cakap Kapal Terbang Nak Mendarat, kamu jawab, Landasan Telah Tersedia.."
Kemudian, Mak Dania menerangkan hal sebenar kepada si Suhana di mana suaminya berkata demikian adalah suatu signal untuk mereka melakukan projek~
Betul jugak kan kalau kita fikirkan~
Kapal Terbang Nak Mendarat!
Landasan Tersedia!
Menjadi jugak!
Ha! Ha! Ha!
Kemudian, di suatu malam, si Suhana menantikan kata-kata itu daripada suaminya~
Hampir sebulan dia menantikan~
Namun, suaminya masih tidak berkata sepatah perkataanmu~
Namun, suaminya masih tidak berkata sepatah perkataanmu~
Hal yang demikian membuatkan Suhana tidak sabar~
"Aku harus memulakan balik gerakan ini.. Mungkin Abang Syarafie dah fedup sebab aku tak melayan signalnya~"
Tibalah malam itu di mana si Suhana sudah nekad untuk memulakan gerakan~
He! He! He!
Tak semestinya lelaki yang kena mulakan gerakan~
Perempuan pun sekali-sekala kena memulakannya~
Senyap sepi malam itu~
"Memang sangat sesuai untuk memulakan projek.."
Bisik si Suhana kepada dirinya~
"Ehem! Ehem!"
Si Syarafie hanya diam seakan-akan tidur~
"LANDASAN TELAH TERSEDIA!"
Bisik si Suhana ke telinga suaminya~
Keadaan bertambah senyap seketika~
Kemudian si Syarafie menjawab~
"KAPAL TERBANG ROSAK!!"
Nampaknya, projek masih tak dapat dilaksanakan~
Misi gagal~
Kelihatannya, si Syarafie memang sangat fedup setelah dua bulan signalnya tidak dilayan~
WaKaKaKaKaKa!
P/s ; Cerita hanya rekaan semata-mata dan tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia~