KAPAL TERBANG NAK MENDARAT!

Tersebutlah kisah di sebuah perkampungan di mana seorang dara dan teruna menemukan chenta sejati dan mereka pun membina mahligai perkahwinan~
Apa yang memeranjatkan mereka berdua memang sangat pemalu antara satu sama lain~
Si Syarafie tangkap chenta dengan si Suhana melalui chenta pandang pertama katanya~
Semasa majlis perkahwinan, kedua-dua mereka blushing dan saling tidak memandang antara satu sama lain~
Kedua-dua konon sibuk melayan tetamu~
Malu katanya~

Ketika berada di dalam bilik, kedua mereka tidur setilam namun menghadap ke tempat bertentangan~
Sungguh pemalu mereka kan~
Memanglah susah untuk memulakan babak malam pertama kalau kedua mereka macam tuh~
"Kapal terbang nak mendarat!"
Bisik Syarafie kepada isterinya~
Si Suhana yang terdengar hanya diam dan rasa sedikit hairan~
"Suami aku mengigau agaknya.."

Kemudian, hal yang sedemikian berulang untuk dua bulan lamanya membuat kan si Suhana berasa pelik~
Sudah pasti mereka berdua juga belum pernah projek sepertimana yang patut dilakukan untuk pasangan yang telah berkahwin~
He! He! He!
"Mak, peliklah abang Syarafie tuh! Setiap malam, asyik cakap kapal terbang nak mendarat.. Mengigau je keja dia!"
Mak Dania ibu kepada Si Suhana hanya mampu tersengih dan tergelak kecil~
"Itu bukan mengigau Ana.. Ada maksud tersirat tuh!"
"Lain kali, kalau abang kamu cakap Kapal Terbang Nak Mendarat, kamu jawab, Landasan Telah Tersedia.."
Kemudian, Mak Dania menerangkan hal sebenar kepada si Suhana di mana suaminya berkata demikian adalah suatu signal untuk mereka melakukan projek~
Betul jugak kan kalau kita fikirkan~
Kapal Terbang Nak Mendarat!
Landasan Tersedia!
Menjadi jugak!
Ha! Ha! Ha!

Kemudian, di suatu malam, si Suhana menantikan kata-kata itu daripada suaminya~
Hampir sebulan dia menantikan~
Namun, suaminya masih tidak berkata sepatah perkataanmu~
Hal yang demikian membuatkan Suhana tidak sabar~
"Aku harus memulakan balik gerakan ini.. Mungkin Abang Syarafie dah fedup sebab aku tak melayan signalnya~"

Tibalah malam itu di mana si Suhana sudah nekad untuk memulakan gerakan~
He! He! He!
Tak semestinya lelaki yang kena mulakan gerakan~
Perempuan pun sekali-sekala kena memulakannya~

Senyap sepi malam itu~
"Memang sangat sesuai untuk memulakan projek.."
Bisik si Suhana kepada dirinya~
"Ehem! Ehem!"
Si Syarafie hanya diam seakan-akan tidur~
"LANDASAN TELAH TERSEDIA!"
Bisik si Suhana ke telinga suaminya~

Keadaan bertambah senyap seketika~
Kemudian si Syarafie menjawab~
"KAPAL TERBANG ROSAK!!"
Nampaknya, projek masih tak dapat dilaksanakan~
Misi gagal~
Kelihatannya, si Syarafie memang sangat fedup setelah dua bulan signalnya tidak dilayan~

WaKaKaKaKaKa!
P/s ; Cerita hanya rekaan semata-mata dan tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia~

Photobucket

More than 15000 thousand animals are slaughtered in Gadhimai Festival every year




















These horrible pictures are from the Gadhimai Festival which takes place in Nepal every year and thousands of (around 15000) animals including buffaloes, goats, chickens, pigeons, rabbits are slaughtered from the sake of sacrifice. There have been protest against this mass animal salughtering but despite all the protests the festival and the slaughtering of animals went on in 2009 festival. Around 20, 000 animals were slaughtered including the young ones of the animals.,

---------------------------
Brain Teasers Dirty Jobs Funny Stuff Amazing and funny ads For more funny and weird stuff visit Amazing and Amusing world

Please leave your comments

YES, I AM GAY!

YUP! SAYA GAY!
Perkataan itu yang sering aku ucapkan pada mana-mana perempuan yang aku tak kenali dan sometimes aku ucapkan juga pada mereka yang aku kenali~
Benarkah aku mempunyai nafsu terhadap makhluk sejenis aku?
Adakah aku sedikit pun tidak suka kepada perempuan?
Wahai manusia di luar sana~
Aku NORMAL okay!
Sungguh sedih rasanya menjadi manusia yang Nabi sendiri tidak mengaku umat~

Aku saja cakap begitu agar kamu tidak menggangguku~
Tuhan telah ciptakan perempuan untuk lelaki dengan seindah-indah kejadian~
Namun, mengapa aku katakan aku tidak berminat?
Ya, satu sebab yang membuatkan aku takut rapat dengan seseorang perempuan itu adalah aku mudah menyayangi~
Sayang bukan bermakna cinta~
Sayang sebagai kawan rasanya~
Sebab, aku masih tidak mampu untuk mencintai sesiapa~
Aku masih tidak mampu memberi komitmen sepenuhnya terhadap sesuatu percintaan~
Persoalannya, 
"MENGAPA AKU TIDAK SUKA MENGENALI DAN RAPAT DENGAN SESEORANG PEREMPUAN?"



Sebelum aku teruskan, aku sendiri tak tahu apa yang aku fikirkan pagi neyh~
Yang aku tahu, aku sangat merindui mak aku~
He! He! He! He!

Rapat dan akrab dengan seseorang perempuan sering kali membuatkan para lelaki mudah untuk menyayangi malah untuk mencintai~
Dalam kes aku, aku dah rapat dengan ramai perempuan~
Pattern aku dulu, rapat, kau suka aku, aku suka kau, kita couple!
Aku mengaku, aku PLAYBOY~
Tapi itu suatu ketika dulu~
Kini, aku taubat~
Taubat sebenar-benar taubat~
Apa yang aku dapat jadi player?
Dosa berlambak-lambak adalah!
Tipu sana tipu sini~
Kesian mak bapak aku nanti dah masuk syurga kena tarik balik sebab aku kan~
Aku tak sanggup semua itu berlaku~
Biar dosa aku, aku sendiri yang tanggung~

Mungkin aku juga agak nakal dalam dunia maya dan asyik tanya, kamu ada akak? kamu single? 
Namun, itu semua hiburan semata~

Lelaki memang fitrahnya mencari perempuan dan sebaliknya~
Saling memerlukan dan menyempurnakan antara satu sama lain~
Terus terang aku cakap, aku dah single untuk sekian lama selepas clash ngan awek cinta mati aku~
Ye ke cinta mati?
Kah! Kah! Kah!
Seriously! Aku letakkan hal perkahwinan aku pada mak aku sekarang~
(Opppss! Masih study dah gatal nak kawin? Tampo kang!)
Bukan bermakna aku putus asa~
Aku takut benda sama terjadi pada aku untuk kali kedua~
Cukuplah~
Aku tak nak! tak nak!

Namun, post ini bukan bertujuan untuk menceritakan kisah cinta~
Mungkin untuk menceritakan "ada cinta"~

Aku adalah rapat dengan beberapa perempuan~
Aku cuba untuk berlagak selamba agar aku takkan jatuh cinta pada mereka~
Bila yang satu tak layan, yang dua layan aku, bila yang tiga datang bulan marah-marah pada aku, yang empat sedia memberikan senyuman manis dan menghiburku dengan gurau sendanya~
Memang aku seolah-olah berlagak nice terhadap semua orang terutama mereka yang berada di alam maya~
Namun, semua bukan lakonan semata-mata dan aku bukan manusia hipokrit~
Macam mana aku di alam maya, begitulah jasad dan jiwa aku~
Aku memang layan semua orang tanpa diskriminasi dan bagi aku, perempuan ataupun lelaki sama saja~
Ada beberapa ketika aku hampir jadi mangsa GAY pun ada jugak~
Wow! Tak sama! Susah sikit kalau rapat sangat dengan lelaki except my bestfriends Lan, Raf, Doy, Ajik dan Onn~

Aku dan kamu semua manusia biasa~
Takkan mampu untuk mengawal perasaan terhadap perempuan~
Bila dah sayang, kita memang sangat sayang dan mungkin juga kita dah masukkan mereka ke dalam hati kita dan menjadi sebahagian dari hidup kita~
Menyempurnakan hari-hari kita dan mungkin hidup kita tidak sempurna tanpa perkhabaran dari mereka~
Mungkin juga kita tak lena tidur memikirkan mereka~
"Apa yang dia buat hari neyh?"
"Dia dah makan ke?"
"Dia sihat?"

Bila dah rapat, mulalah bermanja-manja~
Sungguh iya akan jadi kenangan yang sangat indah yang tak akan mampu dilupakan~
Namun, bila dia tinggalkanmu?
Apa yang kamu rasakan?
Ya, itulah persoalannya~
Apa yang sangat aku khuatiri bila rapat dengan seseorang~
Kebanyakannya, ada nak lost contact macam tuh je~
Tapi, bukankah kita start kenal dulu atas dasar sahabat?
Cakap kita kawan, kamu melakukan sedemikian seolah-olah ingin aku menjadi musuh kamu~
Apalah salahnya kita just jadi kawan dan teruskan keep in touch kan~

"Kita takyah contact dah la...!"
"Kita tak perlu jumpa dah!"
"Sampai sini saja...!"

Kemudian, untuk sekian lama dan mungkin juga dalam masa terdekat, perempuan yang kamu sayangi itu muncul kembali~
Berkata-kata kepadamu seolah-olah tiada apa yang terjadi dan seolah-olah segalanya normal~
MEMANG PEREMPUAN SUKAR UNTUK DIMENGERTI~
Pernahkah perempuan bertanya pula~
"SENANGKAH UNTUK MENGERTI HATI LELAKI? "
Memang taman hadir dalam setiap hati lelaki di dunia ini~
Jiwang dan romantik mereka semua akan kamu dapat huraikan setelah kamu benar-benar mengenali mereka dan sekiranya kamu dah menjadi sebahagian dari hidup mereka~
Sekiranya kamu melukakan hati mereka, memang sangat perit mereka rasakan~
Mungkin ada yang takkan memaafkanmu~
Dan mungkin juga ada yang berdendam dan ingin membalas kembali apa yang kamu lakukan~
Namun, aku bukan lelaki sekejam itu~
Bagi aku, kau nak aku jauh dari hidup ko, OKAY, FINE! Aku minta maaf jika ada salah silap dan terkasar bahasa pada ko dan menjumpaimu suatu keindahan bagi aku~
Kan aku dah cakap, kita just jadi normal friend dan tak perlu rapat cukup la~
Yang kamu nak cakap kita takyah contact la, SO LONG la~
Eih! Mengada-ngada betul~
Ntah mintak pujuk ke apa~
Tengok, kan kita dah betul-betul macam jadi musuh~
Bila jumpa, ada yang pura-pura tak kenal~
Bila tengok gambar, ada yang pura-pura tak nak tengok~
Padahal, kedua hati berdegup kencang~
Jika masih sayang, silakan baiki semua kesalahan lalu baik lelaki mahupun perempuan~
Jadilah kawan~
Tak perlu kamu nak lost contact ke apa ke~
Mengarut!
Pastu, si perempuan pulak, asyik cakap si lelaki yang tinggalkan dia~
Mana satu yang betul neyh?

Manusia lemah sepertiku tiada termampu untuk merasa benci pada sesiapa~
Bagi aku, kamu tak nak contact aku ke nak tinggalkan aku ke, suka hati kamulah~
Kamu berhak untuk melakukannya~
Apa yang mampu aku lakukan, adalah mendoakanmu agar kamu sentiasa hidup dalam keadaan sihat sejahtera~
Aku mintak maaf perempuan di luar sana yang mungkin suka untuk menjadi sahabatku~
Aku sangat suka untuk mengenali kamu~
Namun untuk rapat dengan kamu, maaflah~
Biar sekadar sahabat saja~
Sahabat karib tak perlulah!
cukuplah! :'{

Ayah cakap, perempuan memang susah untuk difahami!
Akak cakap, Takdelah susah sangat pun!
Abang cakap, try to be yourself!
Adik cakap, jangan jiwang sangat!
Mak cakap, perempuan umpama mawar berduri~
Amat cantik luarannya~
Namun, sekali kamu terkena durinya, meranalah kamu~
WARGGHH! Sakit! Sakit! Lariii!
Aku pun gelak, Ha! Ha! Ha!

Perempuan di luar sana, jadilah mawar yang berada di dalam kaca yang membuatkan si kumbang tak dapat untuk menyentuh atau merosakkannya~

My Famous Last Words Untuk Pagi Yang Indah Ini, Untuk Menemukan Seorang Sahabat Sejati Umpama Menemukan Sebiji Mutiara Suci Di Pasiran Pantai~





Photobucket

Aplikasi Survei Berhadiah di DETIK.COM

survei DETIK.COM berhadiah 1 buah iPad, 2 buah HP Samsung Galaxy 5 http://de.tk/KwPAE

The Truth About Rumah Bujang!

"Mau register sudah?"
"Kau okay jugak ka nak?"
"Ko okay bang? Ndak jugak keluar-keluar ka air matamu?"
Kata-kata ibu dan adiknya itu membuatkannya merasa sebak dan hanya mampu berdiam buat seketika~
Dengan air mata yang di tahan dari jatuh mengalir membasahi bumi, dengan rasa keliru yang teramat, handphone dimatikan dan bermulalah pengembaraan si perantau di dunia yang sangat asing di mana manusia hanya memikirkan hal diri masing-masing dan hanya menjaga kepentingan mereka~
Dengan budaya kampungnya yang suka membantu orang lain dan menganggap semua manusia adalah sama seperti orang-orang di kampungnya, dia memulakan hidup baru dalam dunia yang penuh provokasi ini~

"Betulkah pilihanku ini?"
"Inikah takdirku?"
"Mampukah aku melalui semua ini?"
"Mampukah aku mencari sahabat sejati seperti teman-temanku di kampung dahulu?"
Persoalan inilah yang sering bermain di dalam benak si perantau~
"Aku tak pernah tinggalkan rumah lebih dari satu minggu!"
"Paling lama pun empat hari! Itu pun kalo ada perkemahan atau lawatan yang wajib!"

"Sudah pack barang nak?"
"Kejap lagi mum!"
Setiap kali mak tanya pack barang, aku hanya mampu cakap kejap~
Sungguh gelisah hati ini meninggalkan rumah dan bilik serta bantal busuk aku~
Aku hanya mampu tersenyum mengenangkan dialog-dialogku dan emak~
"Ko bawak berapa baju, berapa seluar nak?"
Dengan bangga dan sepantas kilatnya aku menjawab,
"empat baju dan empat seluar!"
Dari jauh kedengaran suara bapak dan adikku gelak melihat karenahku~
"Kau fikir kau mau pigi bekhemah ka?"
"Ko mau pigi sana lama, bukan dua tiga hari!"
Emak hanya senyum dengan mata merahnya yang seakan-akan menahan tangis tapi aku tahu, dia mengantuk sebab penat masak makanan kegemaranku semalam~
He! He! He! He!
Namun, itu semua hanya ingatan semalam yang sering bermain di mindaku~

Dunia nyata adalah di mana tempat aku berpijak sekarang~
"Kamu ke budak baru tuh?"
Soal seorang lelaki yang aku tak kenali~
"Apasal mamat hodoh hitam rambut kerinting sebijik negro neyh cakap semenanjung dekat aku plak? Bisik hatiku yang menyangka dia orang dari sawah padi."
Aku hanya mampu menjawab ya dan dia membawaku ke rumah sewa mereka yang konon-kononnya seperti hostel.
"Ko asal Tawau kan? Cun la! Sebab orang sebilik ko neyh orang Tawau jugak!"
"Dia memang akan layan orang Tawau baik-baik!"
"Tapi dia bukan islam la."
"Dia TIMUR TATOR."
Mataku hanya mampu terbeliak sejenak~
Nampaknya, aku terpaksa duduk dengan OM (Ω) lah~
Ini bukan diskriminasi atau pun apa atas golongan tersebut~
Apa yang aku tahu di kampung mengenai mereka, membuat tidak berani untuk duduk apa lagi tinggal bersama mereka~
Kalau mereka beragama islam, aku okay rasanya~
Tapi, bukan islam??

Datanglah Ω itu dan siap slank semenanjung dengan aku~
Wow! Orang sekampung aku slank semenanjung! Memang aku dah mula menyampah!
"Mintak rokok sebatang!"
"Mintak minuman ko!"
"Mintak makanan ko!"
"Mintak itu, mintak ini!"
"Takpe, takpe, bapak aku kan TOWKEY BALAK! Apa da hal menderma.."
Kemudian, berterusan selama berbulan-bulan lamanya~
Bukan hanya Ω tuh orang-orang lain kat umah tuh pun sama jugak~
Di bagi peha nak betis~
Tapi bukan semua la~
Tak perlu aku nak cakapkan rasanya~
Berbulan-bulan kena  POW?
Siapa tahan?
ANAK TOWKEY BALAK PUN MENANGIS CALL BAPAK DIA!!

"Alamak! Phone aku tertinggal!"
"Sini phone ko jap! Aku nak call abang aku!"
Habis kredit aku~
Dia tengok aku habiskan kredit call member aku~
"Daripada ko habiskan kredit call member ko, baik aku call abang aku.."
Kata si Ω  yang muka buruk macam nak mampus~
"Eh, ko sapa, aku sapa?"
Suka hati akulah aku nak call sapa, kredit aku!
Yang dia pulak menyibuk lebih-lebih asyik nak call abang dia~
Semua pasal Ω orang yang tak tau malu tuh~
Kemudian, rumah kitorang di serang PIJAT a.K.a Bed Bug nak tahu siapa punca?
Aku dah buat kajian beb!
Ω tuh la yang bawak! Bukan nak tuduh! Realiti!
Skang, dia dah blah, syukur~
Bed Bug pun dah blah dengan dia sekali~
Tapi, dia muncul lagi~
Tak malu kan?
Baru-baru neyh dia ngan sorang kawannya buat kitorang berantakan~
Mula-mula tumpang~
Berminggu-minggu~
Pastu, baru reti nak bayar~
Oh, aku faham~
Duit aku, duit ko jugak~
Bajet orang lama~
Ko dah blah, buat cara blah~
Ko fikir orang baru suka tengok ko?
Then, dorang bajet nak pindah kononnya~
Habis budak rumah semua kecoh fikir nak pindah sana sini~
Dan ada yang keluar~
Last-last? Tak keluar-keluar jugak?
Bajet dah kerja, dah kaya~
POW barang orang jugak!
Tak malu!
Tak nak duduk ngan student konon~
Tak nak, blah lah bodoh!
Seriously, selama hidup ngan dua orang labu tuh, aku tak pernah belajar benda baru~
Sebabkan aku lepas exam ngan denggi adalah~
Takde guna aku bekawan ngan orang yang tak bagi manfaat pada aku~
Orang yang asyik nak ambil manfaat kat aku je~
Ye tak?
So, orang sekampung ke apa ke, sama je~
Untuk bakal-bakal perantau, berwaspada sikit~
Laptop kamu?
Barang-barang makanan dan barang-barang mandi kamu?
Baik simpan baik-baik~
Orang rumah bujang kengkadang ada yang tak tahu malu~
Main bantai je~
Mak bapak ko tak bagi duit ke?
Fikir mak bapak kitorang bagi korang duit untuk bagi kamu makan?
Orang kan dah cakap, orang bukan kedekut~
Kalau nak mintak! Jangan jadi pencuri~

So, jangan ulangi kesilapan yang sama macam saya~
Jangan berhati baik sangat~
Jangan risau, nak pukul, pukullah~
Kita tengok siapa menang~
Ko Taik Kwan Do ke apa ke, fikir aku takut?
Come on fucker! Son Of A Bitch! Shameless! Useless! ~
Kemudian, tak lepas beberapa bulan aku duduk, masa bulan puasa elektrik di potong~
Nice kan? Dah la esok ada kuiz apa semua~
Tak lama lepas tuh, asyik matilah elektrik~
Pasal apa? Tertunggak beb!
Sekali ngan aku terjebak~
Adil ke tak?
Diikuti dengan air pulak~

Jangan cakaplah pasal makanan korang yang korang letak kat kabinet dapur~
Tak sampai seminggu, dah habis~
Takde yang nak mengaku, hantu yang makan~
Kalo nak mintak~
Tak perlu orang nak menyumpah-nyumpah~
At least biar orang tahu benda tuh dah habis so bleh prepare untuk hari esok~
Mana la tahu orang dah kering sangat takde duit~
Ko nak belanja orang makan ke?
Nak belikan orang tuh barang makanan?
Damn!

Okay, cukup dengan Ω yang buat aku rasa sangat menyampah~
Aku tak pernah menyesal jumpa manusia selama neyh dan orang pertama adalah Ω tuh~
Sesungguhnya, aku bukan manusia yang baik~
Aku mengerti~
Aku juga tidak terlepas dari dosa~
Jika ini merupakan satu dosa, aku rela untuk share kepada anda semua agar korang berwaspada~

"Aku nak bawa awek aku masuk!"
"Semalam dia bawa awek dari kelab.. Cantik!"
Haaa~ Korang banggalah dengan dosa korang tuh~
Yang buat aku hairan, minum minuman keras, bejimak, jadi satu kebanggaan mereka~
Apa kes??
Kamu tak rasa malu dengan aku ke?
Tak malu dengan kawan-kawan lain?
Kau pulak perempuan, tengok muka aku~
Ko tak malu ke?
Tak takut aka bagitahu mak bapak ko?
Ko datang sini buat apa?
Belajar ke Cari jodoh sambil buat maksiat?
Kamu tak malu ke?
Tak kesian ngan mak bapak kamu kat umah?
Aku lepak luar balkoni nyanyi-nyanyi tak lama kemudian ada pulak pasangan bercumbu-bercumbuan~
Romantiklah konon~
"Bercanda Di Malam Indah~"
Peerrrgghh!! Sampah!
"Memanglah, ko tak faham, ko takde awek!"
Hotak ko! Sia-sia mak bapak ko lahirkan ko kalo ko jugak yang bawak mereka pi neraka kelak!
Makwe pakwe jadi kebanggan~
Kalo ikut jalan yang betul takpe~
Ini bukan takat pegang tangan je~
Dah buat benda yang suami isteri patut buat masa dorang couple~
So, apa maknanya kahwin?
Baik buat undang-undang tak payah kahwin kat dunia neyh!
Trend semasa?
Inikah dunia moden?
Then, I don't wanna live in it!
This is CITY OF THE DAMNED!!

Ada pulak manusia yang jaga solat dia~
Tapi, mulut takleh cover~
Lagi celupar dari mulut murai~
"Ko tua ke muda ke, aku nak maki jugak!"
Kerja dia asyik mengutuk orang je~
Habis datuk nenek mak bapak pakcik kamu dibantainya~

Oh My Goat!
Takut! Ada hantu! Budak kena serang histeria!
Memang sering terjadi~
Biasalah, perempuan, lemah semangat~
Kemudian, datanglah hero!
"Takpe, aku ada, aku bleh settle!"
Ada pulak pakar dalam kerja-kerja "Bercakap Dengan Jin"~
Tapi, sembahyang langsung tak pernah~
Berjimak lagi power~
Nice tak?
Loser~

Kaki lima, dapur dan tandas?
Kaki lima, memang sentiasa bersepah!
Dapur lagilah parah semacam bau najis pun ada~
Tandas, dah nak jadi simen najis-najis tuh~
Dapur aku rajin jugak nak bersihkan~
Tapi, asyik aku, aku je terus~
Mana tahan kan~
Even sebulan takpun dua bulan sekali, dah guna barang, pandailah basuh kan~
Tandas yang aku tak tahan~
Asyik aku, aku je~
Hotak ko Ω~
Ko fikir aku kuli baruah ko ke?

Bilik?
Bilik aku memang bersih~
Even ada habuk-habuk itu tanda spider ada~
Aku kan nak jadi spiderman~
Ha! Ha! Ha!
Ko tak bengang asyik ko je buang sawang semua tuh?
Haraplah~
Aku bukannya rajin sangat~

Sampah?
Aku dah buang tong sampah!
Biar dorang buang sampah terus ke tong sampah besar kat luar sana~
Kalo tak, muntah-muntah tong sampah tuh dibuat mereka~
Habis, takde sapa nak buang~
Tahu penuhkan je~

Stokin ko jaga baik-baik!
"Akulah hero futsal! Adik Ronaldhino!"
Main macam haprak ada hati~
Habis stokin orang di bantainya~
Oh, dah lupa~
Mak dia belikan untuk aku hari tuh~
Kan aku dah cakap, kalo nak pakai, bagitahu~
Aku tak kedekut~
Aku bagi pinjam lagi dengan senyuman~
Kan senang?
Kita dua-dua pun senang~
Ini?
Stokin aku tinggal sebelah~
Sebelah ntah ke mana~
Pernah tengok orang pakai stokin sebelah je ke bang?
Umur dah 2-3 tahun tua dari aku~
Aku jugak kena mengajar satu-satu?
Cakap dah la tua, ambik diploma, bodoh lagi, pandai marah~
Tapi, hakikat memang bodoh~
Kan dah tunjuk kebodohan tuh~

Kalo nak borak pasal agama plak, ada jugak yang nak menang je kerja dia~
Bang, sila check kat internet~
Tak pun, semak kat buku SPM!
Tak nak jugak!
Nak jugak menegakkan benang yang basah~
Apa kes?
Ko dah salah, salah la!
Tak ke bodoh tuh?

Elektrik tak habis cerita lagi!
Orang lama tertunggak, ikut-ikut aku sekali kena bayar~
Air?
Dari mula mereka duduk sini, tak pernah bayar~
So, macam nak kira?
Penyangak betul punya manusia~

Sekarang, ramai yang perangai macam hantu dah blah~
So, aman sikit~
Harap rumah neyh makin majulah~
Semoga semua bil-bil letrik dan air serta internet dapat dilangsaikan~
Semoga mereka yang belajar ada mood untuk belajar~
Letrik mati, macam mana nak study?
Kedai mamak?
Ha! Ha! Ha!

Untuk semua POWER-POWER kat luar sana, aku memang tak suka kamu!
Kamu semua racun dalam masyarakat!!
Aku ada kata-kata special untuk kamu semua!!!
Bukan! bukan fuck! Damn! Atau Bitch!!!!

KAMU SEMUA PERGI MANGKAT!!!!!

My Famous Last Words untuk malam neyh, hidup di perantauan umpama hidup segan mati tak mahu sekiranya kamu sebenar-benar perantau tanpa seorang pun keluarga kamu di rantauan itu~
"Jangan mudah mempercayai orang~"
"Jangan mudah jatuh cinta~"
"Layanlah manusia lain sekadar sahaja hingga kamu mengerti hati budinya~"


Photobucket

AL-KISAH MALAM PERTAMA!

"Mak nak kahwinkan saya?"
Soal Bechek kepada ibunya yang sedang sibuk menyiapkan makanan untuk mereka seisi keluarga~
"Ya la.. Takkan kamu nak jadi ANDARTU pulak!"
Kata Mak Rogayah sambil mengusap peluh di dahi~
Bechek berlalu pergi dan berlari-lari anak masuk ke dalam biliknya~
Bechek kemudiannya memandang wajahnya di dalam cermin sambil menyikat rambutnya~
"Yes! Yahoo! Tak sabar rasanya nak kahwin! Apa agaknya yang ada di malam pertama yang kawan-kawanku selalu katakan kehebatannya?"
"Cantiknya aku! Siapalah bakal suamiku! Dia takkan pernah menyesal mempunyai seorang isteri yang cantik dan solehah sepertiku! Sungguh!"
Dia berkata di dalam hatinya sambil menyanyi dengan nada yang agak perlahan~
Anak dara Mak Rogayah ini dididik dengan begitu sempurna sekali dengan pelajaran agama dan sama sekali tidak mengenal erti cinta semasa hidupnya~
Baginya, biar ibu bapa yang menentukan jodohnya dan itu adalah yang terbaik~

Mengikut Imaginasi Penulis, Buku Sebeginilah Yang Sering Menjadi Pendamping Bechek Agar Dapat Bersedia Di Malam Pertama Kelak~
(Gambar Sekadar Hiasan)
Bakal pengantin lelakinya bernama Achok, seorang teruna yang berjaya dan anak kepada Mak Salima~
Hal perkahwinan mereka adalah perancangan antara ibu mereka~
Hal perkahwinan ini dirahsiakan daripada kedua bakal mempelai~
Achok merupakan seorang pemuda yang taat kepada ibunya dan hanya menurut apa yang dikatakan ibunya~
Achok juga merupakan seorang perempit di usia remajanya dan pernah terlibat dalam satu kemalangan yang mengorbankan sebelah kakinya~
Kini, dia sudah bebas dari kehidupan yang tak bermoral itu dan sudah bertaubat dan berjanji kepada ibunya tidak akan mengulanginya semula~
Baginya, kemalangan itu mempunyai hikmah tersendiri dan memberi pengajaran kepadanya agar menjauhi perkara-perkara yang boleh merosakkannya walaupun kini dia terpaksa memakai kaki palsu~
"Ala.. Apalah sangat ada dua kaki! Orang ada dua kaki pun tak mampu menjawat jawatan CEO dalam syarikat neyh!"
Bisik hatinya sambil membelai janggutnya~

***Dipendekkan cerita...***
PAK! PUM! PAK! PUM!
Selesailah semua adat perkahwinan antara Achok dan Bechek~
Sungguh meriah majlis perkahwinan yang diadakan di hotel bertaraf 5 bintang itu~

Imaginasi Si Achok Terus Menusuk Jauh Ke Alam Perkahwinannya Dan Dia Seolah-olah Ingin Membayangkan Saat-saat Malam Pertamanya Bersama Isteri Tercinta Nanti~
(Gambar Sekadar Hiasan)

Kini, tibalah saat yang di nanti-nantikan~
Achok dan Bechek memasuki bilik untuk beraksi di malam pertama seperti semua dara dan teruna yang sudah sah berkahwin~
"Bang! Bechek gi mandi jap! Abang tunggu tau! Jangan tido plak!"
Bechek berkata dengan nada yang manja~
"Aduh! Tak selesalah nak beraksi ngan kaki palsu kan.. Baik buka je!"
"Tapi, kalo isteri aku tau, mesti dia sedih.."
"Ah, lantaklah! Keselesaan ketika beraksi adalah keutamaan bagiku!"
Bisik Achok di dalam hatinya~
Achok kemudian menanggalkan kaki palsunya dan menutup lampu bilik sambil berdiri berdekatan tingkap menanti isterinya~
Bechek keluar dari tandas dan seakan-akan terpegun dan tergamam melihat suaminya~

"Mak!! HELP! HELP!"
Teriak Bechek cemas~
Achok yang terkejut ketika itu hanya mampu melihat gelagat isterinya~
Mak Rogayah yang kebetulan melewati bilik anaknya ketika itu amat terkejut~
"Apa nak?! Ada apa?!"
Sahutnya dengan kadar segera~
"Satu kaki mak!! Satu kaki!!"
Dia amat terkejut rupanya melihatkan fizikal suaminya~
Kemudian, Mak Rogayah menyahut dengan selambanya sambil tertawa kecil~
"Bagus tu nak! Ayah kamu dulu dua kaki nak! Dua kaki!"
Malam itu, tiada malam pertama bagi mereka berdua~
Bechek ketakutan tidur di sebelah Achok dan Achok pula agak lucu dengan reaksi yang diberikan isterinya~
"Ala.. Nanti kamu biasalah.."
Katanya sambil menutup mata~

***********

Lesson Of The Session

Kejujuran
Walau seburuk manapun kekurangan anda, tunjukkan dan ceritakan kepada bakal isteri/suami anda atau makwe/pakwe anda~
Anda tak perlu risau kerana semua kekurangan itu datangnya dari maha pencipta~
Jujurlah pada pasangan anda okay~

Kefahaman
Kelihatan Mak Rogayah kurang memahami apa yang pengantin perempuan katakan~
"Satu kaki?"
"Dulu bapakmu dua kaki nak!"
Woah! Apa yang Mak Rogayah cuba sampaikan tuh?
Fikir-fikirkanlah sendiri okay~
Kah! Kah! Kah!

Ta'aruf
Jalan terbaik untuk menjalinkan suatu perhubungan~
Mampu mengelakkan diri anda terjerumus ke dalam kancah kemaksiatan~
Semoga kita semua di jauhkan dari segala maksiat dan dapat mencontohi Achok dan Bechek~

My Famous Last Words untuk malam ini ialah senyumlah dan bergembiralah bagaikan setiap masa adalah hari-hari yang indah untuk diri dan hidup anda serta seluruh orang yang berada di sekeliling anda~


Photobucket

Give Away Contest Dari Atok!


Trimas Buat Miera Kerana Tag Saya Contest Yang Hot Ini!
Sebelum Saya Mulakan, Saya Nak Tunjukkan Sikit Kepada Anda Post Yang Sangat Menarik Minat Saya Semasa Berkunjung Ke Belog Atuk!
Mari Kita Check Makwe/Pakwe Kita!
He! He! He!

Okay, Kita Akan Memulakan Enti Untuk Contest Yang KeBaBoom! Ini~

Ekslusif Untuk Contest Dari Atok!

<"Atok! Minta Duit!" Itulah Ayat Yang Sering Berkumandang Sekiranya Atok Berkunjung Ke Rumah~ Aku Masih Teringat Ketika Itu~ Kau Menunjukkan Ototmu Kepadaku Dan Berkata~ "Inilah Dia Jaguh!" Aku Dan Adik Amat Kagum Dengan Ototmu Itu~ 
Namun, Kini Kau Sudah Tiada~ Sungguh Ku Merinduimu~ Sesungguhnya, Tuhan Lebih Menyayangimu~ Masih Segar Di ingatanku Ketikaku Menjagamu Di Saat-Saat Terakhirmu~ Wajahmu Bercahaya Dan Berseri Walaupun Tubuhmu Kaku Ketikaku Memandikan Jenazahmu~
 Terpancar Senyuman Kegembiraan Di Wajahmu~ "Atok Dah Tiada, Jadi Kamu Dah Takde Tempat Minta Duit Dan Bermanja.." Berurai Air Mataku Dan Adikku Mendengarkan Kata-Kata Itu~ Kami Rindu Sayang Atok!>

Jadi, Kepada Sesiapa Yang Masih Memiliki Atok, Silalah Hargai Dan Sayangi Mereka~
Memang Betul, Terdapat Sedikit Perubahan Pada Perwatakan Mereka Pada Usia Mereka Itu~
Namun, Kita Harus Menunjukkan Kasih Sayang Kita Kepada Mereka Sebaik Mungkin!

Nasihat Saya, Hargai Dan Hormatilah Warga Tua~
Semua Warga Tua! Bukan Hanya Kaum Kerabat Anda~
Kerana, Suatu Hari Nanti, Anda Juga Akan Tua!
Layan Dan Sayangilah Mereka Sebagaimana Anda Ingin Dilayani Dan Disayangi Suatu Hari Kelak~

Al-Fatihah Untuk Atuk Saya Dan Semua Umat Islam Yang Telah Kembali Ke Rahmatullah~
AL-FATIHAH!

Jemput Menyertai Contest Ini Kawan-Kawan!

Natasha
Wan Tan Ho
SaveQ
Kamareyah
Linda Zain
Sabbrey Abbas
Gadis Gorgeous


Photobucket

PITIK!

Saban hari, saban minggu, saban bulan aku memikirkannya~
Tak lena tidur aku dibuatnya~
"Okay tak kalo aku dedahkan gambar neyh?"
"Orang tak rasa aku GANAS ke?"
"Sedangkan memiliki sebatang benda neyh, dah boleh masuk penjara.. Apalagi banyak macam neyh?"

"Bingungnya aku dibuatnya.. Aku tak lena tidur sebab benda neyh.."
Gambar neyh aku amek masa aku balik raya puasa hari tuh~
Aku bongkar punya bongkar, tetiba jumpa benda neyh~
Aku sangat terkejut dan rasa sangat terharu~
KIH! KIH! KIH!
Jangan terkejut kalau aku yang bermuka baik neyh pun pernah terjebak dengan benda gaduh-gaduh neyh suatu ketika dulu~
(Ye ke muka baik? HA! HA! HA!)
Kemudian, aku mengambil FINAL DECISION untuk mendedahkan benda neyh~
Kalo polis baca post aku dan tengok gambar neyh, aku cakap lah aku dah buang~
(Bijak jugak aku kan.. KIH! KIH! KIH!)
Korang mesti nak tahu kisah benar mengenai benda neyh kan?
Yup! Sumpah, saya pernah melaluinya~
Gaduh sana sini macam orang gila~
Siang malam lepak menanti musuh yang tak kunjung tiba umpama CHIPSMORE~


(click an image to enlarge!)
Masih ingat lagi.. Sebelum di namakan pitik, nama benda neyh PLEM PADEL(flying paddle) dan iya dikatakan berasal dari FILIPINA~ Mengapa saya tahu? Saya tahu la sebab masa kecik-kecik dulu saya dah terdedah ngan benda neyh~ Habis paku bapak saya beb!











PITIK kelihatan seperti anak panah dengan hujung yang runcing dan terbelah~
Hujung terbelah tuh macam mata kail yang membuatkan ia agak sukar untuk ditarik keluar~
Makin banyak belahan, makin terseksalah si kawan~


CARA NAK BUAT PITIK??

BAHAN-BAHANNYA ;
PAKU
TALI
GETAHPHILIPINE atau getah tayar basikal pun boleh pakai~ Kalau korang perasan, gambar kat atas tuh ada getah warna merah kan~ Itulah getah PHILIPINE dan sangat selesa daya lenturnya~>
KAYU PENYAPU
BAHAN-BAHAN LAIN

CARA-CARA MEMBUATNYA ;
1.Ketuk paku tadi sampai rata pada bahagian depannya yang tajam dengan menggunakan tukul besi sehingga rata~ Asah bahagian yang rata tadi sehingga tajam~ Dan buat sedikit belahan pada bahagian bawahnya dengan menggunakan kikir~
2.Ambil tali dan ikatkan pada bahagian belakang paku tadi dan ikatkan dengan menggunakan getah sayur~ Kemudian belah-belahkan dan urai-uraikan tali tadi sehingga kelihatan sepeti tali penari POM-POM~
4.Ambil kayu penyapu dan apa-apa jenis kayu lah yang panjangnya hanya sejengkal~ Ikatkan getah PHILIPINE ataupun getah tayar pada bahagian atasnya~
5.Siap! Pandai-pandailah korang untuk buat padel dia tuh selesa~ Balut pakai kain ke, getah ke, sebab iya mampu memberi persembahan yang terbaik dan mungkin memuaskan hati~

P/S : Oleh kerana ayah saya seorang mekanik, saya mendapat bahan yang diperlukan dengan sangat mudah~ Orang main asah-asah dan kikir-kikir, saya pakai GREN bai!

**MARI KITA IKUTI BABAK PERGADUHAN YANG PERNAH SAYA ALAMI..**

"OII!! BEJANGKARLAH KALAU BERANI!!"
*Berjangkar? Maksud seperti kapal laut yang membawa erti STAY di suatu tempat~
"K*M*KMU LA MANDUR!!! SINI KAU BAH! KO PIKIR AKU TAKUT??"
"SINI LA KAU KEMANG!"
Sambil makian dari kedua-dua pihak bergema umpama salakan anjing bagi menaikkan amarah si pihak lawan, terbanglah benda yang dinamakan PITIK ini~
"OI! UNDUR! ADA PARAK OI! PARAK!"
*PARAK membawa maksud polis~

Samurai? Parang? Pisau? Gerambit?
Itu belakang cerita!
Yang paling kuat, PITIK neyh la!
Sekali kena, kau akan rasa pening-pening lalat dan rasa nak pitam pun ada~
Sekiranya kau dah kena, senang untuk kau di tangkap untuk diKEROYOK dan diGERODOK dengan ganasnya~
*KEROYOK/GERODOK membawa maksud dipukul beramai-ramai tanpa belas kasihan~

**MARI KITA TEMU RAMAH BEBERAPA ORANG SAKSI YANG PERNAH TERKENA PENANGAN BENDA NEYH**

*SAMPEL 1*
"Kalo kenak kan, ko rasa macam mau pengsan woah.. Siapa kasi kenak aku? Kau kan hari tuh? Pitik pokok pisang konok.. Tengok, tembus suda pitik di kakiku!" Sham.

HA! HA! HA! Teringat pulak hari tuh~
Aku dan abangku, orang yang aku mention kat atas ingin menghentikan kegiatan anjing liar yang semakin menular di kawasan rumah~
Kemudian, dua-dua asyik melepaskan PITIK pada sebarang benda konon untuk cuba,try,test dan ingin menunjukkan kehebatan melepaskan PITIK~
 Kemudian, aku melihat sebatang pokok pisang tumbang seakan-akan minta untuk diPITIK dan tanpa berlengah lagi, aku menarik getah pitik dengan angkuhnya dan melepaskan PITIK pada pokok pisang dengan harapan akan terpacak dengan mantapnya~
Malangnya, pitik itu seakan-akan melencong sebab batang pisang tumbang itu masih teguh dan agak kuat~
"ARGH!"
"Bodoknya ko! Ko tengok! Auw! Auw! Macam mana neyh, ndak mau tekeluar sudah!"
Jerit abangku dengan suara sedikit sebak~
Aku yang ketika itu terpaku dan agak KAGET hanya mampu melihat dan melakukan tindakan reflex secepatnya~
"Mari aku tarik! Sori, kenapa jugak ko tiba-tiba muncul di sana?"
Dengan pantasnya, aku menarik PITIK yang terbenam di kakinya itu~
Kemudian, kitorang pun baliklah~
Apa yang lagi menakutkan? Abang aku tuh jalan sudah tak betul bai~
Berapa kali jatuh teguling di bawah bukit~
Macam orang TELER pun ada~
Aku si adik bangang hanya melihat dan rasa nak tergelak pun ada~

Antara simptom yang dia rasakan pada saat kritikal itu ialah ;
1.PENING-PENING LALAT(kalo kena, ko terus rasa teler beb! Sebab benda tuh ada mengandungi karat~)
2.RASA PANAS SEJUK(intruder pada badan di mana antibodi badan aktif untuk melawan pathogen~)
3.BENGANG(bengang ngan orang yang kenakan ko!)
4.GERAM(mana mau rugi! Balaslah!)


(click an image to enlarge!)
Cakap pasal PITIK, aku memang malas buat benda neyh dan aku ada seorang kawan pakar besi~
Aku mintak buat ngan dia je! Tak pun, kalo ada gaduh, aku POW pitik budak-budak~
HA! HA! HA!
"SINI PITIKMU! KO KALO MEMITIK NDAK KENAK JUGAK!"


*SAMPEL 2*
"Masa aku kenak tuh, balik rumah terus tidur aku.. Familyku bawak pi hospital.." Eman.

Itu kata-kata member aku~~
Kalo anda terkena, baik anda cabut sendiri~
Jangan bawak pegi hospital sebab doktor akan potong paku yang terpacak pada badan anda dan kemudian mengoyakkan kulit anda dan menarik muncung paku tadi~
Parut akibat jahitan pun kelihatan~

*SAMPEL 3*
"Jahanam! Aku kenak PITIK oleh budak-budak!" Sabak.

Yup! Disebabkan kemunculan PITIK, budak-budak darjah tiga pun dah berani JOIN bapak budak pegi bertempur~
Bapak budak punya alasan, budak-budak, kalo MEMITIK lagi accurate ataupun lebih tepat~
Dorang tak sedar dorang menggalakkan lagi pergaduhan di masa-masa hadapan~
Si budak-budak pulak, buat benda gaduh-gaduh neyh macam suatu hobi~
Memang sangat bahaya~
Sebab sudah ada yang mati terbunuh akibat pergaduhan~
Geng-geng mereka yang terbunuh akan mencari orang yang membunuh~
Orang yang membunuh pula lari ke seberang untuk suatu ketika dan akan balik bila kes dah ditutup~
Then, kalau jumpa balik?
Konpem gaduh lagi tumpah-tumpah darah!
Memang takkan ada kesudahan!!

HA! HA! HA! HA!
Kelakarlah kalo ingat balik~
Rasa seram pun ada jugak~
Kemudian saya mengambil keputusan untuk bersara dari alam pahlawan neyh~
Kenapa?

Sebab kejadian pertama di mana abang saya terkena sendiri PITIK buatan saya~


Kejadian kedua di mana saya hampir kena ketika mengejar pihak lawan~
Kelihatan percikan api yang sangat terang akibat geseran PITIK yang meluncur sangat laju pada jalan raya~

Dan kejadian ketiga di mana saya hampir, hampir dan sikit lagi hampir terkena PITIK member saya sendiri~
Bapak dia! Dah la tarikan PITIK dia sangat tegang dan jika kita bayangkan, boleh sampai ke Indonesia pada masa itu~
Kalau kena, konpem tembus ke sebelah!

HE! HE! HE!
Saya taklah jahat sangat pun~
Saya saja je nak join-join pada masa tuh~
Sementara menunggu result STPM~
Nasib baik saya tak pernah kena benda tuh~
KIH! KIH! KIH!
Professional beb!
Syukurlah sekarang saya dah berada di perantauan dan dah tak ambil tahu pasal gaduh-gaduh semua tuh~
Nasihat saya, "Jangan Biarkan Badan Anda Dihinggapi PITIK..!"


Photobucket

How to Become Famous on Facebook

Here in this post i have explained a way that can make you famous on facebook easily. Just within a few minutes.

Here it goes :

Step 1 : Log in to your facebook account and Click on " Account " at the top right corner of  your home page.

Step 2 : Click " Account setting "


Step 3 : Click Change Name 


Step 4 : Type " Famous " and click "Change name "


Done!!! You  are Famous now (Theoretically)  ! You can also be popular by typing "Popular" instead of "Famous". 

I know if a facebook dislike button would exist then this article would probably get a lot of clicks on that . But it does not exist . So i think its better to click "like" button. At least you can show that your mouse or touchpad really works !

AKU TAWAU ASLI BAH!

EHEM! EHEM! EHEM!
"KAMU MAHU AKU HANTAR TEMBUNI KAMU KE SANA KA?"
"BERGEGAR TEMBUNIMU DI SINI!"
"TEMBUNIMU HANYUT KE SANA KA?"
Sangat menyakitkan dan menyedihkan apabila orang kampung sendiri berkata begitu kepada kita kan?
Semua sebab kita tersasul LOGHAT sepatah kata yang ada bunyi ala-ala SEMENANJUNG~
Tapi, tak perlu ambil serius lah wahai perantau-perantau yang berasal dari TAWAU sekalian~
Mereka berkata begitu hanya sebagai gurauan dan jika ada motif pun, sekadar untuk mengingatkan agar tidak lupa dengan LOGHAT dan bahasa kita~
Post saya kebanyakan menggunakan SLANK semenanjung sebab pembaca juga hadir dari semenanjung~
Agar mudah mereka fahami dan sekiranya saya menggunakan 100% TAWAU/SABAH, mungkin terdapat ayat yang agak mengelirukan dan agak sukar difahami seperti yang akan saya selitkan sebentar lagi~
Ini dapat memberi cabaran kepada anda semua sama ada anda benar-benar terdedah kepada bahasa pasar yang wujud di TAWAU~
Sini kau, kita kaji-kaji sikit sama ada kau 100% atau 200% TAWAURIANS~

Confirm Orang-orang tawau yang merantau especially aku merindui tempat neyh kan~
Kih! Kih! Kih!
Abc? Nasik Lalap? Nasik Bambong? Bakso? Soto?
Adei~ Asi ka??

Okay, apa yang saya nak umumkan di sini ialah, "AKU TAWAU ASLI BAH!"~
Kenapa kamu ketawa? Ndak percaya ka?
Baiklah, mari kita ikuti semua ayat-ayat yang saya selitkan di bawah neyh~
Harap anda tidak tergelak dan terketawa membacanya sebab ada ayat yang mungkin amat jarang didengari dan ditemui pada masa kini~
Memang saya tak mampu nak selit semuanya~
Jadi, terimalah seadanya okay~
Jika ada silap dan salah, sila betulkan~

"Mazeer, mana adikmu?"
"Ndak<tidak> tau mak! Mungkin di bawah kolong<bawah rumah> menangkap KAPITING<ketam>!"
"Uina! Kenapa pancut tayar SPEDA<basikal> neyh? Siapa punya kerja?"

"CICINDAK MAMAK BEGAK!<sorakan kegembiraan> Dapat TAMINDAK<tempakul> BENTOM!! "
"MATAI<mati> lah ko MAMAK!<emak> BELECAK-LECAK<becak/selut> sudah rumah!"
"Banyaknya nyamuk! Lan! Ambikkan bapak SOMPROT<spray> nyamuk tuh! Mana tahan begini!"
"Main TAPOK-TAPOK<sembunyi-sembunyi/hide and seek> kita bah!"
"Jangan ko SONDOL-SONDOL<tolak-tolak/langgar-langgar> bah!"

"Kalau malam jumaat, kita dapat pahala kan kalau bunuh TOKKEK<cicak>?"
"Eh, TOKKEK haram ka?"
"Mana ada! Jangan ko dengar cakap si OTOK<panggilan untuk budak lelaki-BAJAU> tuh! MEMBUYUK<menipu> JAK<saja> kerjanya tuh!"
"Ko memang penompel<penipu> bah!"
"Adoi! Nah! TABILAK<koyak/luka> sudah tanganku kenak kaca!"
"Waa....! Banyaknya KICAP<darah>....!"

"Wan, YOK<jom!> kita tangkap JURU-JURU<pepatung>?"
"Ndak mau lah! Susah bah ditangkap tuh HELIKOPTER<pepatung>!"

"Mak, mintak GABENG<biskut> boleh?"
"Ambik sikit jak ya.. Jangan ko GATAS<rakus>! Nanti ndak habis, ko buang jak tuh!"
"Banyaknya?? Ko mau ku SAPLAK<tampar/lempang> ka?"
"JEJAL<nakal tahap gaban> betul bah anak neyh!"
"Ko mau BUSUNG<ketulahan> ka? Ndak pandai mau mendengar cakap mamak!"

Beli! Beli! Beli! Basong 2ringgik! Bohlu 6ringgik satu kelo!
Ikang baru bah!
Baru sampai dari laut!
Masih benafas lagi!
"LANJIKnya<gatalnya> jugak ko!"
"Diam lah ko GETEK<gedik>!"
"Ko mau aku kasi BONNYOK<hancur/penyek>  ka mukakmu?"
"Sudahlah mukak JELEK<hodoh>, ada hati mau sama aku yang HANSAM<kacak> neyh!"

"KOMPEK<bakul plastik/bahai> macik?"
"Ambilkan BESKOM<besen> cepat! Menitik suda air neyh!"

"Apa cita-citamu nanti kalo sudah besar Antok?"
"Aih! Mau ikut macam bapak la! CAKKUNG<buruh binaan>!"
"Ku LESSING<terajang>  la jugak ini anak!"

"KILIK-KILIK<gila-gila/bodoh-bodoh> bah ko neyh!"
"Telinga EMBER<baldi> bah kau neyh!"
*Memberi maksud pekak badak~
"Asal habis makan, tidur! Bangun tidur, makan! Macam mana ndak TAMBUK<gemuk>??"

"Bah! Semalam si Lan tidur BEBEBENG<berliur>! Peta Australia dibuatnya!"
"TOLLE GAJAH<bangang tahap karma> bah ko kasi pecah rahsiaku!"

"Jangan bah balik-balik bejemur di panas! Nanti MALOTONG<hitam> ko tuh!"
"Dei, mentang-mentang rambutnya GONDRONG<panjang>, terus KUMPAU<temberang/berlagak> woah!"

"Bikin BACCHAT<geram> bah anak neyh!"
"Sudahlah! Mengasi PEGAL<bengang> jak ko sana!"

"Uina RAYANG<sayang-Bajau>, pandainya kau!"
"Oi ACHOK<budak lelaki-Bugis> si BECHEK<budak perempuan-Bugis> kirim salam!"

"Arai, SEMMATnya<lawa> la bah!"
"Ko makan KIAMPAU<pari kering> ka ndak?"

"Mazeer, tolong bapak alih GELEDER<jentera merata jalan raya/tar> tuh! Letak disebelah pokok sana! Lepas tuh, buangmu sampah di bawah KOLONG tuh!"
"Naa.. Banyaknya la bah sampah tuh! Macam mana mau diangkat!"
"Pakaimu GEROBAK<kereta sorong>!"
*Padahal, kalau disuruh, terus begerak! Ndak berani membantah~ KIH3!


"Jangan minum MENTAKOK,TUAK ngan TUBAK! Nanti ko TELER!" 
*MENTAKOK,TUAK&TUBAK<minuman keras>
*TELER<mabuk>
"Ha! Ha! Mati kenak BAMBAK<pukul> bapaknya! Baru ko tau! Kedapatan MENYIGUP<merokok>!"

"Lan, apa ko buat?"
"MENGAMBAU<menjerat ketam> jo!"
"Ada dapat BOHLU<sejenis ikan> ka?"
"Mau la ku SAPLAK neyh!"
*Memberku sentiasa bengang dengan lawak bodohku~

Gambar hanya sekadar hiasan dan takda kena mengena ngan mamat kat tepi tuh~
Sebenarnya mau ambil gambar hotel tuh~
Tapi, demi menjaga hati mamat neyh yang mau jugak ambil gambar, biarlah dia posing kat tepi tuh~

"Putunganmu<penipuan yang dapat dihidu/trep/bajet> Syarafie! Bukan kau ka yang aku jumpa pungut tin di SIRING-SIRING<tepi-tepi/berhampiran> Parkwell?"
"C Doy memang begitu! Macam BANTUT<pondan/bapok>! Diajak beJAB<begaduh/betumbuk> ndak berani!"
"MAAKKK! C Onn neyh! Di kasi pecahnya guliku!"
"Hah? Macam mana?"
"DiBOUURnya! Sudahkan perjanjian! Mana ASI<aci> main BOUUR<style membaling guli menggunakan jari tengah yang menghasilkan momentum yang sangat kuat sehingga mampu memecahkan guli yang lain>!"
"Nah! GICCAK<kalah>! Baru ko tau! LAMBAI<putus> suda layang-layangmu!"
"Muuaaaa! Isk.. Iskk.. Kasi tau kau LATOKku<datukku>! Suda aku kasi tau tadik kan! Aku ndak mau main SONTENG<perbuatan menggeserkan benang layang-layan di antara dua atau lebih pihak>! Aku belum beli LENCUR<sejenis bahan seperti getah pokok dan berwarna perang gelap> untuk GELASAN<perbuatan meletakkan kaca pada benang agar tajam dan mampu memutuskan benang lain> bah!"
"Uina.. Kenak TINDIS<tindih> aku semalam jo...!"

WaKaKaKaKa!
Kebanyakan, semua bahasa tuh saya gunakan semasa saya masih kecil~
Memang agak becampur aduk antara bajau dan bugis dan sedikit bahasa tak diketahui asal usulnya~
Apabila bahasa digabungkan dengan loghat bangsa itu sendiri, di situlah matinya!
Bahasa dan loghat tak dapat dipisahkan~


Saya ada banyak lagi mau kasi tau neyh!
Kamu suda bekerut kening baca!
Bah, kasi habis di sini jak la!
Jadi? Amcam? Iyakan? Kan? Kan?
"Aku Tawau Asli Bah!"
Mana boleh lupa Tawau pok~
Siapa orang Tawau lupa sama Tawau, ndak la aku tau apa mau cakap sudah~
Photobucket