Showing posts with label TAZKIRAH. Show all posts
Showing posts with label TAZKIRAH. Show all posts

Azab Meninggalkan Solat!

TUNGGULAH PINTU HATI TERBUKA UNTUK AKU BERSOLAT.."
Kata-katamu itu sudah lapuk dan ditelan zaman!
Jika menunggu masa untuk hatimu terbuka, memang takkan pernah terbuka..
Kita sebagai manusia harus berusaha membuka hati yang konon-kononnya tertutup itu..

"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan!"

Berwaspada 15 azab bagi orang yang meninggalkan sembahyang.

6 Azab di dunia!
1- Dihilangkan keberkatan umurnya.
2- Tehapus tanda-tanda orang soleh di mukanya.
3- Segala amalannya tidak dikurniakan pahala.
4- Doanya tidak dimakbulkan oleh ALLAH SWT.
5- Tiada doa daripada para solihin untuknya.
6- Keluar roh dari jasadnya tanpa IMAN.

3 azab ketika hampir mati!
1- Kematianya penuh kehinaan.
2- Kematiannya di dalam kelaparan yang hebat.
3- Kematiannya di dalam kehausan yang dahsyat.

3 Azab di dalam kubur!
1- Kubur menghimpitnya sehingga berselisih tulang rusuknya.
2- Dinyalakan api di dalam kuburnya lalu ia dibalik-balikkan di
     atas bara api itu.
    Datang seekor ular bernama Syujja' Aqra, suaranya laksana
    petir, ia berkata, "Hai manusia! sesungguhnya aku diperintahkan
    menyeksa kamu dari zuhur hingga asar kerana kamu meninggalkan
    fardhu zohor, dari asar hingga magrib kerana meninggalkan fardhu
    asar..'' Begitulah seterusnya dan azab ini berkekalan sehingga hari
    qiamat.

3 Azab ketika bertemu ALLAH SWT!
1- Datang malaikat dengan rantai panjang 70 hasta lalu membelenggu
   lehernya dan disumbat ke dalam mulutnya kemudian disentap keluar
   rantai itu melalui duburnya, lalu diseret ke Neraka Saqar.
2- Tiada rahmat ALLAH dan tiada keampunan untuknya.
3- Baginya azab yang amat pedih.

Akibat kepada sesiapa yang meringan-ringankan ibadah solat!
1- Hati cenderung kepada maksiat
2- Memandang ringan kepada perkara-perkara yang berdosa.
3- Suka berfoya-foya dan boros.
4- Terhindar dari berkat doa-doa orang yang soleh.
5- Hilang keberkatan usia.

Saya juga sedang berusaha untuk senantiasa menjaga solat saya..
Memang benar, iman manusia ni turun naik..
Kadang rasa nak solat kadang rasa tak solat pun tidak mengapa..
Di bulan ramadhan yang mulia ini, marilah kita bersama-sama meningkatkan ketakwaan kita kepada yang maha Esa..
Kepada yang tak pernah solat, cuba la ambil masa untuk solat.. 
Siapa tahu kamu akan mendapat kebahagiaan dalam beribadat..
Hadirilah solat tarawih jika berkesempatan..
Di situ kamu akan melihat dan merasa betapa indahnya agama..
Wallahualam..

Oh, Tudung!

Assalamualaikum W.B.T!
WBF(World Babbling Federation) Champion!
Ting! Ting! Ting!

"Comelnyer diriku ini!"
"Mesti penulis blog neyh jatuh chenta dengan aku! Confirm!"
"Jadilah awek aku wahai si penulis blog!"
Perlawanan antara wanita bertudung dan wanita yang tak pakai tudung!
Saksikan! Siapakah yang bakal bergelar WBF Champion!

"I tak suka la pakai tudung! Panas la!"
"Ups! Wanita kat Mesir sana selamba je?"
"Malaysia lagi panas la! I nak nampak HOT!"
"Ye ke? Tak malu ke nak tunjuk rambut yang menggerbang tu?"
"Lelaki suka la!"
"Saya yakin, mereka tersiksa melihatnya!"
Ting! Ting! Ting!
And the winner is..
WANITA BERTUDUNG!!

"Woah! Woah! Woah! awek siapa neyh?"
"Saya tak tahu nak pilih dia ni atau yang kat atas pegang handpone tuh! Any suggestion?"
"Eh, lelaki kan boleh kahwin empat? Ambik je la dua-dua termasuk dua orang yang debat pasal tudung tu!"
"Oh, saya nak ambil tiga je la! Tak nak yang tak pakai tudung tu! Boooo!!"
"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?" (Ar-Rahman : Ayat 21)


Yup! Wanita sekarang ni ada yang pakai tudung sekadar untuk menyembunyikan tanduk mereka..
"Tapi takpelah, at least mereka pakai tudung.."
Kesimpulannya, anda jahat ke tak jahat ke, Anda baik ke tak baik ke, hukum Allah jangan dipertikaikan..
WAJIB TETAP WAJIB!
Jangan pernah mempersoalkan!
Memang betul, saya sendiri pernah berjumpa dengan wanita yang memakai tudung tapi selalu je lepak rumah pakwe dia..
Bila lelaki dan perempuan berada dalam satu bilik akan ada orang ketiga menemani mereka.. Yup! Syaitan laknatullah!
Dan di dinding bilik itu kami melihat ada kesan tapak tangan.. Kami tak tahu apa jenis skill yang mereka buat!
Bahahahahahahahahaha!

P/s : Mazeer suka dengan perempuan yang bertudug labuh.. Lagi labuh tudungnya, lagi suka la saya!
Kih! Kih! Kih!

Oh, Busana Muslimah!

Assalamualaikum W.B.T!
Sebelum kita mulakan, saya nak ulas sedikit pasal tudung!
Yup, zaman kini macam-macam benda boleh buat tudung..
Karpet, lapik meja, langsir dan sebagainya..
Tapi, andai tujuannya adalah untuk menutup aurat, memang kita tak dapat nak pertikaikan..
Tapi, kalau saja nampak stailo, dah melencong dah tu..
Stailo la sangat sampai dah nampak macam hantu pocong!
Make-up pulak nak tebal macam hantuk kopek..
Tujuannya? Nak nampak Menawan!
Mak aii! Menawan la sangat kan sampai jadi bahan umpatan orang..
Tengok, sebab korang lah orang lain mengumpat..
Mengumpat, mengumpat, mereka dapat dosa..
Sebab korang jugak mereka mengumpat!

"Oh no! Chanteknya! Tudung labuh beb!"
"Ko tengok sana pulak! Pakai tudung baju ketat, nampak susuk badan.. PERGH! Aku rasa nak ke toilet!"
"Mak aii! Teruk siyot pakai tudung macam tu! Ko tengok sana pulak! Pakai tudung macam Rahib Kristian! Nampak macam pocong dowh!"
"Pergh! Dah la muka buruk! Ada hati nak pakai tudung macam tuh! Blueekk! Geli seyal!"
"Aku kalau cari awek, aku nak yang tudung labuh je!"
Buat para Muslimah, perbaikilah cara berpakaian kalian supaya kalian dikasihi dan disayangi ALLAH.  Jika benar kalian mahukan redha ALLAH, mahukan kasih sayangNYA, mahu supaya ALLAH tempatkan kalian ke dalam Syurga, mahu supaya ALLAH jauhkan dari Neraka ; maka ikutilah cara yang ALLAH sukai.

Cara Yang Betul
Busana Muslimah yang betul dan tepat dengan kehendak ALLAH ialah :
  • Menutup semua bahagian tubuh melainkan muka dan tapak tangan.
  • Pakaian tersebut tidak mempunyai ciri-ciri perhiasan yang boleh menarik perhatian.
  • Mestilah kainnya tebal.  Mestilah tidak tembus cahaya dan tidak boleh nampak anggota tubuh.
  • Mestilah longgar (tidak ketat), supaya tidak menampakkan bentuk tubuh.
  • Tidak berwangi-wangian.
  • Tidak menyerupai pakaian lelaki.
  • Tidak menyerupai pakaian wanita kafir.
  • Pakaian tersebut mestilah tidak melambangkan kemasyhuran atau kesombongan.
Semoga dengan kalian menepati kesemua ciri-ciri berpakaian di atas, keredhaan ALLAH dan kasih-sayangNYA melimpahi diri kalian, amin…

Cara Yang Salah
Berikut pula disenaraikan beberapa kesalahan yang biasa dilakukan oleh ramai wanita-wanita Muslimah samada mereka sedar atau tidak :
  • Berpakaian ketat dan menampakkan beberapa bahagian anggota tubuh.
  • Menyerupai pakaian lelaki seperti berseluar panjang dan berkemeja.
  • Menyerupai pakaian wanita-wanita kafir seperti fesyen-fesyen terkini yang jelas bercanggah dengan cara berpakaian Muslimah.
  • Tidak menutup sebahagian anggota tubuh.  Ada yang nampak telinganya, nampak lehernya, nampak rambutnya, nampak lengannya, nampak kakinya dan sebagainya.
  • Pakaian tersebut penuh dengan perhiasan.
  • Kainnya nipis sehingga boleh dilihat walaupun kain tersebut menutup auratnya.
  • Pakaian yang dipakai mempunyai ciri-ciri kemahsyuran, ke’glamour‘an dan nilai-nilai kesombongan orang yang memakainya.
Mudah-mudahan dengan tersenarainya beberapa hal di atas, kita mendoakan agar saudara-saudara Muslimah kita semua dapat berubah dan mengambil tindakan untuk memperbetulkannya.  Bukan mereka semua sengaja mahu langgar, tapi kadang-kadang akibat salah faham dan pengaruh sekeliling, maka mereka keliru dan jauh dari petunjuk agama.

Atas dasar ukhwah Islamiyyah (persaudaraan kasih sayang dalam Islam) dan nasihat-menasihatilah, maka tulisan demi tulisan, teguran demi teguran dibuat.  Supaya saudara Muslimah kita faham dan seterusnya dipeliharai ALLAH Subhanahu wa Ta`ala.

Jika benar ALLAH yang kalian sayang dan kasih, ikutlah cara yang ALLAH sukai.  Janganlah kerana mahukan perhatian dan pujian orang ramai, kalian langgar perintah ALLAH dan membuatNYA murka.  Semoga ALLAH menyayangi kita semua, amin.

WAllahu Ta`ala A`lam.


Saya sebenarnya takde lah nak bising-bising sangat pasal aurat wanita ni..
Sebab, saya bukan wanita pun..
Tapi, kadang-kadang saya tak suka juga kalau tengok kawan-kawan saya mendedahkan aurat mereka.. Macam kita nak sangat tengok kan..
Yup! Saya ada adik perempuan! So, saya tak nak mereka terlalu mengikuti cara pemakaian zaman kini.. Post ini sekadar pesanan kepada adik saya agar tidak membeli pakaian di busana yang menyediakan baju/tudung yang entah apa-apa!
Saya pesan kepada adik saya, saya juga pesan kepada anda di luar sana!

Bersyukurlah!

Assalamualaikum W.B.T!
Setiap orang sangat memerlukan Allah dalam setiap aspek kehidupannya. Dari udara untuk bernafas hingga makanan yang ia makan, dari kemampuannya untuk menggunakan tangannya hingga kemampuan berbicara, dari perasaan aman hingga perasaan bahagia, seseorang benar-benar sangat memerlukan apa yang telah diciptakan oleh Allah dan apa yang dikaruniakan kepadanya. Akan tetapi kebanyakan orang tidak menyedari kelemahan mereka dan tidak menyedari bahawa mereka sangat memerlukan Allah. Mereka menganggap bahawa segala sesuatunya terjadi dengan sendirinya atau mereka menganggap bahawa segala sesuatu yang mereka perolehi adalah kerana hasil jerih payah mereka sendiri. Anggapan ini merupakan suatu kesalahan dan menunjukkan bahawa seseorang itu benar-benar tidak mensyukuri nikmat Allah.


 Anehnya, seseorang mudah menyatakan rasa terima kasihnya kepada sesiapa pun yang telah memberi sesuatu yang remeh kepadanya. Mereka menghabiskan hidup mereka dengan mengabaikan nikmat Allah yang tidak terhitung banyaknya di sepanjang hidup mereka. Bagaimanapun, nikmat yang diberikan Allah kepada seseorang sangatlah besar sehingga tak seorang pun yang dapat menghitungnya. Allah menceritakan kenyataan ini dalam sebuah ayat sebagai berikut:
Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Q.s. an-Nahl: 18).
Meskipun kenyataannya demikian, kebanyakan manusia tidak mampu mensyukuri kenikmatan yang telah mereka terima. Adapun penyebabnya diceritakan dalam al-Quran: Syaitan, yang berjanji akan menyesatkan manusia dari jalan Allah, berkata bahwa tujuan utamanya adalah untuk menjadikan manusia tidak bersyukur kepada Allah. Pernyataan syaitan yang menderhaka kepada Allah ini menegaskan pentingnya bersyukur kepada Allah:
Kemudian aku akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur. Allah berfirman, ‘Keluarlah kamu dari surga itu sebagai orang terhina lagi terusir. Sesungguhnya barang siapa di antara mereka mengikuti kamu, benar-benar Aku akan mengisi neraka Jahanam dengan kamu semuanya.” (Q.s. al-A’raf: 17-8).

Dalam pada itu, orang-orang yang beriman kerana menyedari kelemahan mereka, di hadapan Allah mereka memanjatkan syukur dengan rendah diri atas setiap nikmat yang diterima. Bukan hanya kekayaan dan harta benda yang disyukuri oleh orang-orang yang beriman. Kerana orang-orang yang beriman mengetahui bahawa Allah adalah Pemilik segala sesuatu, mereka juga bersyukur atas kesihatan, keindahan, ilmu, hikmah, kefahaman, wawasan, dan kekuatan yang dikurniakan kepada mereka, dan mereka mencintai keimanan dan membenci kekufuran. Mereka bersyukur kerana telah dibimbing dalam kebenaran dan dimasukkan dalam golongan orang-orang beriman. Pemandangan yang indah, urusan yang mudah, keinginan yang tercapai, berita-berita yang menggembirakan, perbuatan yang terpuji, dan nikmat-nikmat lainnya, semua ini menjadikan orang-orang beriman berpaling kepada Allah, bersyukur kepadaNya yang telah menunjukkan rahmat dan kasih sayangNya.


Sebagai balasan atas kesyukurannya, sebuah pahala menunggu orang-orang yang beriman. Ini merupakan rahsia lain yang dinyatakan dalam al-Quran; Allah menambah nikmat-Nya kepada orang-orang yang bersyukur. Bahkan, Allah memberikan kesihatan dan kekuatan yang lebih banyak lagi kepada orang-orang yang bersyukur kepada Allah atas kesihatan dan kekuatan yang mereka miliki. Allah juga mengurniakan ilmu dan kekayaan yang lebih banyak kepada orang-orang yang mensyukuri ilmu dan kekayaan tersebut.


Hal ini kerana mereka yang bersyukur adalah orang-orang yang ikhlas dan merasa puas dengan apa yang diberikan Allah dan mereka redha dengan kurnia tersebut, dan mereka menjadikan Allah sebagai pelindung mereka. Allah menceritakan rahsia ini di dalam al-Quran sebagai berikut:
Dan ketika Tuhanmu memaklumkan: ‘Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Q.s. Ibrahim: 7)

Mensyukuri nikmat juga menunjukkan tanda dekatnya dan cintannya seseorang kepada Allah. Orang-orang yang bersyukur memiliki kesedaran dan kemampuan untuk melihat keindahan dan kenikmatan yang dikurniakan Allah. Rasulullah S.A.W juga ada membahas masalah ini, Baginda bersabda:
Jika Allah memberikan harta kepadamu, maka akan nampak kegembiraan pada dirimu dengan nikmat dan kurnia Allah itu." (Ramuz el-Hadis, jilid 1, hal. 22)

Dalam pada itu, seorang kafir atau orang yang tidak mensyukuri nikmat hanya akan melihat kurnia Allah itu cacat dan kekurangan. Bahkan pada lingkungan yang sangat indah, sehingga ia akan merasa tidak bahagia dan tidak puas, maka Allah menjadikan orang-orang seperti ini hanya menjumpai pelbagai peristiwa dan pemandangan yang tidak menyenangkan. Akan tetapi Allah memperlihatkan lebih banyak nikmat dan kurnia-Nya kepada orang-orang yang ikhlas dan memiliki hati nurani.

Jika Allah menambah kenikmatan kepada orang-orang yang bersyukur, ini juga merupakan salah satu rahsia dari al-Quran. Bagaimanapun, harus kita terapkan ke dalam hati bahawa keikhlasan merupakan syarat agar dapat mensyukuri nikmat. Jika seseorang menunjukkan rasa syukurnya tanpa berpaling dengan ikhlas kepada Allah dan tanpa menghayati rahmat dan kasih sayang Allah yang tiada batas, tetapi rasa syukurnya itu hanya untuk menarik perhatian orang, tentu saja ini merupakan ketidakikhlasan yang parah. Allah mengetahui apa yang tersimpan dalam hati dan mengetahui ketidakikhlasan tersebut. Orang-orang yang memiliki niat yang tidak ikhlas boleh saja menyembunyikan apa yang tersimpan di dalam hati dari orang lain. Tetapi mereka tidak dapat menyembunyikannya dari Allah. Orang-orang seperti itu boleh saja mensyukuri nikmat ketika tidak menghadapi penderitaan. Tetapi pada saat-saat berada dalam kesulitan, mungkin mereka akan mengingkari nikmat.



Perlu diperhatikan, bahawa orang-orang mukmin sejati tetap bersyukur kepada Allah sekalipun mereka berada dalam keadaan yang sangat sulit. Seseorang yang melihat dari luar mungkin melihat berkurangnya nikmat pada diri orang-orang yang beriman. Padahal, orang-orang beriman yang mampu melihat sisi-sisi kebaikan dalam setiap peristiwa dan keadaan juga mampu melihat kebaikan dalam penderitaan tersebut. Misalnya, Allah menyatakan bahawa Dia akan menguji manusia dengan rasa takut, lapar, kehilangan harta dan jiwa. Dalam keadaan seperti itu, orang-orang beriman tetap bergembira dan merasa bersyukur, mereka berharap bahawa Allah akan memberi pahala kepada mereka berupa surga sebagai pahala atas sikap mereka yang tetap istiqamah dalam menghadapi ujian tersebut. Mereka mengetahui bahawa Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kekuatannya. Sikap istiqamah dan tawakal yang mereka jalani dalam menghadapi penderitaan tersebut akan membuahkan sifat sabar dan syukur dalam diri mereka. Oleh yang demikian, ciri-ciri orang yang beriman adalah tetap menunjukkan ketaatan dan tawakal kepada-Nya, dan Allah berjanji akan menambah nikmat kepada hamba-hambaNya yang mensyukuri nikmatNya, baik di dunia ini mahupun di akhirat kelak.

اللَّهُمَّ أَعِنِّى عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
“ Yaa Allah.. Bantulah hamba untuk (sentiasa ) mengingatiMu, bersyukur kepadaMu, serta memperbaiki (kualiti) ibadahku kepada-Mu.
Doa ini Rasulullah S.A.W wasiatkan kepada Muadz bin Jabbal agar sentiasa dibaca selepas solat. (HR. Abu Dawud, dengan sanad shahih –riyadhusshalilhin, hal 488)
 Anda masih tidak puas hati dengan apa yang anda capai sekarang?
Masih mengingkari nikmat keamanan dan kesejahteraan yang Allah kurniakan?
Nafasmu, Nyawamu, Ilmumu, hartamu dan semua yang dikurnikan Allah..
Tidakkah sedetik pun kau mensyukurinya?
Masih mahu menyalahkan takdir Allah atas segala kesusahan yang menimpamu?

Ingat, kita sebagai hambaNya dan khalifah di muka bumi ini harus sentiasa bersyukur dan jangan pernah menyalahkan takdir yang menimpa diri kita..
Selami hati, selami jiwa..
Renung-renungkan, selamat beramal!

Air Mata Aku Nak Mengalir...

Assalamualaikum w.b.t!
Ya Allah! Mengapa saya harus mengalami perasaan sebegini?
Mengapa hati ini begitu lembut terhadap manusia yang tak dikenali?
Mengapa? Mengapa? Mengapa?
Mengapa saya tak boleh keraskan hati untuk tidak mengambil berat pasal orang lain?

Hehe! Lepak ngan bestfriend sekampung!
I miss U pal!

Sungguh! Air mata ini hampir terjatuh melihat mat bangla yang mengangkut sampah hari ini..
(Saya gelar mat bangla itu sebagai uncle..)
"Kesiannya uncle neyh!" Bisik hati saya.
Peluh membasahi baju dan dahinya.. Ketika itu, saya menaiki lif untuk breakfast bersama member yang setia menanti di kedai makan berdekatan..
Bayangkan, lif yang kecil dimasuki pengangkut sampah.. Ruang di penuhi aroma yang kurang menyenangkan..
Uncle yang berusia setengah abad memikul sampah untuk dimasukkan sekali ke dalam lif..
Saya setia menanti sambil menekan butang "buka"..
"Huh! Huh! Huh!" Keluh uncle.
Kelihatan tong sampah besar itu tersekat..
Saya meringankan tangan membantu uncle menarik sampah memasuki lif..
Saya tak tahu nak berbuat apa lagi selain membantunya..
Keadaan lif yang kurang baik memanjangkan lagi masa perjalanan dari tingkat 5 ke ground floor..
Sungguh! Aroma sampah membuat saya hampir termuntah..
Namun, mengapa muka uncle yang tersenyum membuat saya sayu?
Semua aroma kurang menyenangkan hilang secara tiba-tiba..
Saya dah lama perhatikan uncle tu.. Selesai mengangkut sampah, saya selalu tengok uncle tu rehat berbaring seperti tidak bermaya..
Kadang, ada juga rasa hati untuk menegurnya..
Namun, apakan daya.. Diri ini malu untuk memulakan bicara..
Saya tak dapat bayangkan orang setua itu harus berkerja berat demi mencari sesuap nasi..
Korang jangan gelak saya panggil dia uncle.. Saya tak kisah pun kalo saya ada uncle asal bangla..

"DING!"
(Lif terbuka.. Sori, lif pangsapuri tempat saya menyewa ni takde bunyi.. Saya buat-buat sendiri je! Heh!)
Uncle siap menolak sampah dan kelihatan, sampahnya masih tersekat..
Saya membantu menolak lagi..
Kotor tangan saya.. Terlupa pulak nak basuh masa makan roti canai tadi..
Nasib baik makan guna sudu.. America kan! Haha!
Sebelum uncle berlalu, beliau sempat menguntumkan senyuman sekali lagi kepada saya..
Sungguh! Bertambah sayu hati ini..
Mengapa saya rasa sayu?
Saya bayangkan andai ayah saya berada di tempat uncle tadi..
Dan anda bayangkan andai ayah anda berada di tempat uncle tadi..
Apa perasaan anda?
Manusia sekeliling seolah-olah memandang hina kepada golongan sebegini..
Tapi, mengapa?? Saya sangat hairan..
Cuba jelaskan secara terperinci kepada saya.. Biar saya memahami..
Sebab mereka pengangkut sampah? Sebab mereka warga asing?
Bukankah islam mengajar kita agar tidak memandang hina kepada manusia lain?
Bukankah kita harus memuliakan mereka yang melawat rumah kita, apatah lagi negara kita?
Kalau mereka tak angkut sampah yang korang buang tu, entah siapa lagi nak angkut..
Saya mendapat pengajaran dari uncle.. Saya berjanji kepada diri saya, saya takkan membuang sampah merata-rata..
Sampah seguni pun akan saya ikat agar memudahkan uncle untuk memunggahnya nanti..
Tiada lagi harapan untuk lipas-lipas dan tikus-tikus mencari rezeki andai sampah diikat ketat!
Semoga uncle dipermudahkan kerjanya..
Teringat pula post lucu tapi penuh mesej berguna dari member saya..
Dia cakap,
 Mata, akal, hati dan anggota badan ni seolah-olah berbicara sesama mereka..
Mari kita selami..

*MODE JAHAT*
Mata : Perghhhh! Najis! Busuk! Sampah! Angkut sampah! Badan! mesti busuk!
Hati : Uwekk!! Hinanyaa!! Alamak sampah tersekat!! Lantak ko la orang tua!
Akal : Yucks! Apesal dia angkut dengan sampah-sampah sekali masuk dalam neyh?? Gila apa!!
Anggota : I tak nak kotor! Shuh! Shuh! U blah la!!

*MODE BAIK*
Mata : Kesiannya uncle neyh! Sayu melihatnya..
Hati : Simpati dengan nasib beliau..
Akal : Rasa nak tolong je!
Anggota : Okay! Jom kita tolong tarik sampah masuk lif jom!

Jadi, terpulang kepada kita untuk menggunakan mana-mana mode yang kita suka..
Renung-renungkan! Selamat beramal!
Isk.. Iskk.. Iskkk.. (Tiba-tiba menangis..)
"Ko apesal dowh?"
"Sedih la!"
"Oh no! Datuk Fadzilah Kamsah menangis dalam siaran langsung!!"
Ha! Ha! Ha!
AMARAN DARI KERJAAN MALAYSIA : MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN!
Jangan contohi abang-abang kat atas neyh! Ini gambar masa muda-muda!

Hari ini, saya duduk lepak bersama seorang member..
"Ko apesal lambat dowh?" Soal member saya.
"Sori, aku transfer lagu MCR tadi untuk ko! Nah, dah lama ko nak kan?" Jawab saya.
"Oh! Thanx dwed!" Balasnya pantas.

Banyak benda yang kami borakkan..
Pasal agama, pasal movie, pasal lagu, pasal gitar, pasal member-member, pasal keluarga dan banyak lagi la..
Perbualan pun bermula..
"Mazeer, jom la ikut aku gi ceramah agama! Aku selalu pegi seminggu tiga kali.." Ajak member saya.
"Oh, ye ke! Sape yang bagi ceramah? Hebat tak?" Soal saya.
"Ada ramai ustaz.. Kadang-kadang Dr. Maza pun ada!"
Saya pun terdiam.. Siapa tak pernah dengar "La Tahzan" ceramah beliau?
"Okay, nanti kalo ko nak pegi, roger aku! Boleh aku dapat ilmu sikit! Boleh kongsi dalam blog!"
Member saya tersenyum dengar pasal blog.. Ha! Ha! Ha!
Actually, kepala saya agak hang masa ni.. Hope tak banyak la error typing dan error message untuk anda..
Banyak yang saya borakkan dengan member saya ni.. Kelihatan, disamping menjaga pelajaran dan agamanya, dia juga menjaga hubungan persahabatan..
Sungguh! Member saya ni lahir dari keluarga berada.. Saya juga ada rasa kekok dan segan untuk menjadi sahabatnya..
Namun, kata-katanya membuat saya tenang dan kelihatan dari sorot matanya, dia tidak memilih kawan seperti mereka-mereka yang lain..
Dan kata-katanya selalu bermesejkan kebaikan..
Semoga persahabatan kami kekal untuk selamanya.. Bukan hanya untuk di dunia.. Juga untuk di akhirat!
Insyaallah..
Member saya neyh adalah pemilik blog Arjuna Bermain Biola..
Yup! Antara satu lagi blog feveret saya!

Sungguh rancak kami berborak tadi..
"Mazeer, kalo orang buat taik kat ko, ko relax je! Allah tu adil! Hari neyh dia buat taik kat ko, esok lusa, dia pulak kena taik dengan orang!" Kata member saya tu.
"Yup! Insyaalah, aku bersabar.. " Jawab saya dengan wajah kurang bermaya.
Yup, banyak sangat orang buat taik kat saya ni.. Nasib baik saya reti bersabar.. Kalo tak, dah lama perang saudara berlaku! Hehe! Saya melawak je!

"Mazeer, ko suka gadis yang macam mana?" Soal member saya.
"Mestilah yang pakai tudung..." Jawab saya pantas.
"Eh, eh, tapi, ko kena hati-hati jugak! gadis sekarang, pakai tudung pun naik turun hotel dengan lelaki! Aku pun tak tau apa nak jadi la!" Katanya sambil tersengih.
"Yup! Ramai orang cakap gadis sekarang bersembunyi di balik tudung. Bertudung pun mungkin sebab menyembunyikan kelemahan.. Tak pun, mak bapak paksa!" Sambung saya pula.
"Yup! Jadi, cari la yang baik-baik.. Yang tak pakai tudung tuh kita boleh didik.. Ye la! Dorang bukan nak pun dedah rambut.. Mungkin dah persekitaran dorang macam tuh.. Mak bapak pun kurang beri penekanan.." Katanya lagi dengan wajah serius.
Hehe! Nampak cool tak, saya guna perkataan "gadis"? Hehe! Yup! Sekarang, tudung tidak lagi menggambarkan keperibadian seseorang gadis..
Insyaallah, jika saya mencari chenta, saya akan melihat telapak tangannya, matanya dan bibirnya! Tidak hanya berpandukan tudung dan purdahnya, baju labuh dan jubahnya serta cantik dan ayunya!
Kenapa? Check sini! Dah check, datang balik tau!
Jangan risau untuk klik, kami berblog bukan untuk mencari keuntungan.. Sekadar berkongsi ilmu..

Perbualan diteruskan lagi..
"Semoga Allah jodohkan kita dengan gadis yang baik-baik je! Insyaallah!" Kata saya.
"Lelaki baik untuk perempuan baik, perempuan baik untuk lelaki baik, dan sebaliknya! Itu janji Allah!" Sambung member saya.
"Ko pulak, ko jangan banyak sangat mencarut! Bapak power ko mencarut! Lagi power dari aku!" Kata saya sambil tersengih.
"Haha! Biasa la beb!" Jawabnya singkat.
Kita digalakkan nasihat-menasihat sesama sahabat.. Insyaallah hidup kita akan jadi lebih bermakna..
He! He! He!

Okay, sekian sahaja post dari saya.. Semoga kita semua mendapat manfaat dari cerita yang saya kongsikan.. Insyaallah, ada masa nanti saya pegi ceramah. Saya bawak kertas dengan pen! Dengan laptop sekali! Direct update! Hahaha! Kalo ada ilmu yang patut dikongsikan, saya kongsikan.
Maafkan saya andai ada yang tersinggung! Dan maafkan saya andai post ini agak membosankan! Sesungguhnya, yang baik semua datangnya dari Allah s.w.t dan yang buruk semua datang dari kelemahan saya sendiri.

Woot! Woot! Woot!
Ada bakat jadi penceramah tak?
Kah! Kah! Kah!
Actually, saya ada hajat nak buat post bersuara..
Apa? Macam mana?
Saya record je la suara saya baca post saya nanti..
Hahaha! Confirm korang mimpi ngeri nanti..
Takpun, mana tau ada yang enjoy..
Maklumlah, yang baca post saya pun member-member saya je!
Dorang tak kisah punya la!
BTW, thanx all!
So, nantikan!
*COMING SOON!!*

Hari Akhirat


✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.





✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.



✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber: Amar Sufi 

CREDIT TO ; NATASHA!
Photobucket

10 gangguan syaitan semasa solat

MEMANG TIDAK DAPAT DIPERTIKAIKAN BAHAWA MEMANG AGAK SUKAR UNTUK MENDAPATKAN KHUSYUK DALAM SOLAT~
MELAINKAN MEREKA YANG BENAR-BENAR MENGHAYATI SOLAT MEREKA SERTA AYAT-AYAT AL-QURAN YANG DIBACAKAN~
DAN MEREKA YANG TIDAK TERPENGARUH DENGAN PEMIKIRAN MEREKA DAN HAL-HAL DUNIA MEREKA~




1. WAS-WAS SEMASA MELAKUKAN TAKBIRATUL IHRAM

Saat mulai membaca takbiratul ihram “Allahu Akbar” , ia ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sudah sah atau belum sah.
Sehingga ada yang mengulanginya lagi dengan membaca takbir. Peristiwa itu terus menerus terulang, terkadang sampai imamnya hampir rukuk.
Ibnul Qayyim berkata, “Termasuk tipu daya syaitan yang banyak menggangu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwudhu) dan niat atau semasa takbiratul ihram dalam solat”.


2. TIDAK KHUSYUK SEMASA MEMBACA BACAAN DALAM SOLAT

Sahabat Rasulullah SAW Iaitu ‘Uthman bin Abil ‘Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu,”Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan telah hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah”.Rasulullah SAW menjawab, “Itulah syaitan yang disebut dengan Khinzib. Apabila kamu merasakan kehadirannya, maka meludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah SWT. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT menghilangkan gangguan itu dariku”. (HR. Muslim)


3. LUPA JUMLAH RAKAAT YANG TELAH DIKERJAKAN

Abu Hurairah r.a berkata, “Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda, “Jika salah seorang dari kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggodanya sampai ia tidak tahu berapa rakaat yang ia telah lakukan. Apabila salah seorang dari kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) semasa masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam”. (HR Bukhari dan Muslim)


4. HADIRNYA FIKIRAN YANG MENGGANGU

Abu Hurairah r.a berkata, “Rasulullah SAW bersabda, “Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari sambil terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan tersebut. Apabila muazin telah selesai azan, ia kembali lagi. Dan jika iqamah dikumandangkan ia berlari. Apabila telah selesai iqamah, dia kembali lagi. Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya, ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat! Sehingga orang tersebut tidak tahu berapa rakaat ia solat”. (HR Bukhari)


5. TERGESA-GESA UNTUK MENYELESAIKAN SHOLAT

Ibnul Qayyim berkata, “Sesungguhnya tergesa-gesa itu datangnya dari syaitan, karena tergesa-gesa adalah sifat gegabah, yang menghalangi seseorang untuk hati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya.”
Tentu saja bila solat dalam keadaan tergesa-gesa, maka cara pelaksanaannya asal boleh. Asal boleh mengerjakan, asal selesai dan asal jadi. Tidak ada ketenangan atau tukmaninah. Pada zaman Rasulullah SAW ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah SAW memerintahkannya untuk mengulanginya lagi karena solat yang telah ia kerjakan belum sah.

Rasulullah SAW bersabda kepadanya, “Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah dari Al-Qur’an yang mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk, lalu bangkitlah dari rukuk sampai kamu tegak berdiri, kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu”. (HR Bukhari dan Muslim)


6. MELAKUKAN GERAKAN-GERAKAN YANG TIDAK PERLU

Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud. Ia membolak-balikkannya. Melihat hal itu, maka Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat: “Jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan tersebut berasal dari syaitan. Tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan Rasulullah SAW”. Orang tersebut bertanya, “Apa yang dilakukannya?” Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya diatas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud. “Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan Rasulullah SAW”, kata Ibnu Umar. (HR Tirmidzi)


7. MELIHAT KE KANAN ATAU KE KIRI KETIKA SOLAT

Dengan sedar atau tidak, orang tersebut melihat ke kiri atau ke kanan, itulah akibat godaan syaitan penggoda. Kerana itu, setelah takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik. Yaitu tempat sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan tidak mudah dicuri oleh syaitan.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a, ia berkata, “Saya bertanya kepada Rasulullah SAW tentang hukum melihat ketika solat”. Rasulullah SAW menjawab, “Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba”. (HR Bukhari)


8. MENGUAP DAN MENGANTUK

Rasulullah SAW bersabda, “Menguap ketika solat itu dari syaitan. Oleh itu bila kalian ingin menguap maka tahanlah seboleh mungkin”. (HR Thabrani).


9. BERSIN BERULANG KALI SAAT SOLAT

Syaitan ingin menganggu kekhusyukan solat dengan bersin sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas’ud, “Menguap dan bersin dalam solat itu dari syaitan” (Riwayat Thabrani). Ibnu Hajar mengulas kenyataan Ibnu Mas’ud, “Bersin yang tidak disenangi Allah SWT adalah yang terjadi dalam solat sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi Allah SWT. Hal itu tidak lain karena syaitan memang ingin menggangu solat seseorang dengan berbagai cara”.


10. TERASA INGIN BUANG ANGIN ATAU BUANG AIR

Rasulullah SAW bersabda, “Apabila salah seorang dari kalian bimbang atas apa yang dirasakan di perutnya apakah telah keluar sesuatu darinya atau tidak, maka janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia yakin telah mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya”. (HR Muslim)

P/S ; Berbahagialah orang-orang muslim yang selama ini terbebas dari berbagai macam gangguan syaitan dalam solat. Semoga kita semua dibebaskan oleh Allah SWT dari gangguan-gangguan tersebut…..Aminnn

Photobucket