Salam muhibbah sahabat blogger!
Hai ni kita nak cakap sikit pasal Bandwith untuk Blogger yang konon-kononnya dah ada limit..
Betul ke ada limit?
Sejak bila ada limit?
Tak syok la kalau ada limit macam ni!
Pudar semangat untuk blogging!
Betul ke ada limit?
Sejak bila ada limit?
Tak syok la kalau ada limit macam ni!
Pudar semangat untuk blogging!
Actually, takde limit lagi la..
Bayangkan kalau Blogger.com tetapkan limit untuk sesebuah blog?
Confirm semua blogger dah sibuk nak transfer blog mereka ke Wordpress, Xanga, Joomla dan sebagainya macam member saya yang membawa perkhabaran mengarut ini..
Dan blogger popular atau otai pasti ramai yang membeli domain semata-mata nak unlimited bandwith untuk blog mereka!
Apa itu bandwith?
"Bandwidth adalah unit untuk mengukur bilangan data atau maklumat yang dihantar dalam satu jaringan (network) dalam tempoh masa tertentu. Selalunya dalam unit bit sesaat (bit/s) atau kbps.."
Bandwidth akan digunakan sekiranya :
- Anda membaca blog yang dah hosting domain sendiri
- Pengunjung menulis komen
- Admin blog menulis artikel baru
- Dan banyak lagi
Kecurian Bandwidth!
Kejadian mencuri bandwidth juga boleh berlaku. Ramai blogger yang dah host domain dorang sendiri tak tahu mengenai hal ini.. Bila bandwith mereka dah exceeds limit, mereka berbangga.. Yup! Mereka sangka ramai sangat pengunjung lepak kat blog mereka.. Padahal?
Ini terjadi dengan proses hotlinking. Contoh hotlinking, membuat link secara terus kepada website orang lain. Katakan anda copy gambar dari sesebuah website, dan anda letak pula gambar yang anda copy pada website anda. Gambar itu masih ada link dari website terbabit. Dengan ini, bandwidth yang diguna pakai oleh pelawat website anda telah menggunakan had bandwidth tersebut.
Contoh mudah, curi bandwidth ni, orang lain gunakan plug elektrik anda untuk gunakan laptop. Yang perlu bayar bilnya siapa? Anda bukan? Jika terlebih dari had penggunaannya, apa yang terjadi adalah, blog mangsa tidak akan dapat dicapai (Page cannot be found) sehinggalah, bulan baru menjelma, atau admin blog upgrade pelan hosting mereka. Begitulah lebih kurang cerita tentang bandwidth ini.
Kasihan jugak bukan?
So, jika anda rasa blog anda menarik dan ramai pengunjung, ada baiknya anda beli domain dengan bandwith 5gb atau unlimited..
Bagi saya, kita ada benda free seperti Blogger dan Wordpress, buat apa nak bazirkan duit?
Kalau ada sponsor boleh la kot! Ada siapa-siapa nak sponsor saya?
Tapi, kalau setakat 2gb, tak nak la!
Takpe, mungkin advertisers lain kurang yakin dengan kemampuan blog kita yang baru mencecah setahun ni..
Kang tunjuk total page view kita, baru dorang nak kagum!
He! He! He! He!
Tapi, jangan risau, advertisers gergasi pun sangat yakin pada kemampuan blog kita..
Pedulikan advertisers lain okay!
Okay, jangan cakap Blogger.com tak letak sesuatu limit untuk blogger pulak!
Ada limit dia beb!
Limit dia adalah Picasa Web Album anda tu!Bagaimana nak check? Cara paling mudah, sign in Google > Setting > Google Account Setting > Picasa Web Album dan anda lihat la berapa muatan yang anda dah gunakan dalam 1gb yang google sediakan.. Cari kat bawah page okay!
Kalau tak jumpa, search je kat google, "Picasa Web Album" dan sign in kalau google mintak sign in..
Tapi, biasanya, bila dah sign in google, korang akan automatic masuk..
Rasa macam tak syok je bila tau ada limit kan?
Masa mula-mula saya tahu dulu, memang down la semangat saya nak blogging ni!
Yup! Bila dah exceeds limit, kena bayar Picasa Web Album pulak kalau nak upgrade!
Tapi, jangan risau, saya akan ajarkan anda cara untuk mengelakkan perkara bayar-membayar ni berlaku!
Bagaimana nak check Limit Picasa Web Album melalui Blogger.com?
1- Sign in Blogger.com!
2- Click setting.. Scroll down and select older post editor!
3- Save setting!
4- Insert posting, then click new post!
5- Click add image!
6 - Check at the bottom of post editor, you can see Limit Picasa Web Album there!
Anda faham bukan?
Kadang-kadang, bila saya edit blog member-member, saya pun kasihan melihat keadaan blog mereka..
Yup! Ada multiple images mereka dah upload! Kadang-kadang ada sampai 5 gambar yang sama mereka upload! Berlambak-lambak gambar yang sama!
Kadang-kadang, Blogger.com ni bangang jugak! Bila kita dah upload, gambar tak keluar dan mereka-mereka yang tak tahu tu, upload je la lagi sampai ada gambar terpapar!
Mereka-mereka yang tak tahu tu pulak tak sedar, gambar yang pertama mereka upload tu dah wujud dalam Picasa Web Album!
Okay, untuk masa kelak, sekiranya anda dah upload gambar pertama, anda jangan upload lagi! Anda Click Add Image > From This Blog > Select Desired Images > Add Selected!
Gambar yang anda baru upload tu ada kat bawah.. Anda scroll down dan cari la gambar yang anda baru upload tu okay!
Senang bukan? So, takde dah kes multiple images!
Saya sendiri pun ada banyak multiple images! Tapi, saya tak berani nak delete!
Sebab, bila kita delete, kita tak sedar mana satu yang kita dah post!
Akibatnya, gambar yang kita dah post pulak yang kita terdelete!
Biasa la kan, saya juga bermula seperti anda.. Masa tu ilmu tetang blog betul-betul zero!
So, kisah lalu biarkan berlalu, kita mulakan hidup baru..
Selepas anda baca post ni, anda berjaga-jaga la dalam upload images okay!
Ada satu lagi..
Anda tahu kan Google +1? Yup! Google +1 juga gunakan Picasa Web Album!
Album yang sama! So, jangan gatal-gatal nak upload banyak-banyak images!
Jangan terlalu excited okay!
Hope google perbetulkan Google +1 mereka tu dan gunakan cara nak upload images macam yang facebook lakukan!
Tak perlu nak limit-limit!
Itu adalah satu kelemahan nyata Google +1 yang orang dok gebang nak kalahkan faceook tu!
Mungkin dapat.. Tapi tunggu la dalam 10 tahun! Tak pun, kalau facebook ditutup secara tiba-tiba!
Bagaimana nak elakkan Picasa Web Album limit? Macam mana andai Blogger dah exceeds limit?
Hehe! Chilax la okay! Semua masalah ada jalan penyelesaiannya!
Cara paling mudah, Beli domain dan host sendiri blog korang!
Cara orang miskin macam saya? Anda tahu kan Photobucket, flickr dan images web hosting yang berlambak-lambak tu!
Korang sign up dan upload je images korang yang berlambak-lambak kat sana dan bila dah nak exceeds limit, korang buat akaun baru..
Buat dan buat terus macam tu! Ala, macam la banyak sangat images kita nak upload kan!
Cara ni sangat berguna untuk blogger yang addict sangat share images!
Cara lain, copy je url images dari website lain dan masuk dalam blog anda.. Senang bukan?
Caranya, korang Add Image > Click "from a url" > Copy image url you desired > Paste an image url > When desired image shown, just click on Add Selected!
Senang bukan?
So, saya sarankan anda yang membaca post ini akan menyebarkan post ini untuk teman-teman anda..
Saya tak kisah la, korang nak copy bulat-bulat ke, korang nak edit ikut cara korang ke, as long as message saya ni tersebar untuk kawan-kawan bloggers semua!
Korang tak nak credit bawah nama saya pun saya tak kisah!
Sebab, memang dari dulu saya nak cakap benda ni semua pada member-member..
Siapa-siapa blogger yang rajin chat dan lepak komen post saya kat facebook even saya tak kenal sangat tu, kebanyakan dah tahu..
Tapi, ramai jugak kawan-kawan saya yang belum tahu..
Bukan sebab saya tak nak bagitahu..
Saya agak sibuk sikit dengan komitmen saya sebagai seorang pelajar yang matang dan budiman!
Ha! Ha! Ha! Ha!
Renung-renungkan, selamat beramal!
Lagi satu, saya nak kongsikan berita ni..
Siapa-siapa yang komen blog korang dan drop link mereka tanpa teknik yang saya ajar kat "Tips Yang Sangat Berguna Untuk Blogger Baru" tu, jangan approve!!!
Maksud saya, kamu kena on moderation sekarang.. Bagi saya, blogger antara blogger takde hal..
Tapi, ada pihak spammer yang tak bertanggungjawab yang tinggal link jual Viagra, produk membesarkan itu ini, produk elektronik la, dan macam-macam ada..
Disebabkan mereka, Blog anda akan dipenuhi dengan link spammer! So, even anda tak on moderation, anda kena selalu check komen-komen yang masuk atau anda on email notification.. Kalau ada anonymous komen dengan link entah apa-apa, delete je komen mereka untuk selamanya..
Bukan apa, jika keadaan ini berlaku, Blog anda akan di mark as spam blog dan blog anda akan deactivated oleh Google!
Tak percaya? Betul, benda ni dah terbukti!
Last but not least, Siapa-siapa yang tinggal jejak kat shoutbox/cbox anda dengan sepatah perkataan dan asyik ayat yang sama tu, korang jangan layan..
Mangkuk tu guna software untuk blogwalking..
Anda rasa adil tak? Kita penat-penat masuk blog mereka yang penuh dengan iklan tu..
Iklan sana, iklan sini, klik sikit keluar iklan! Korang tak perlu masuk dan support blog macam ni!
Kalau anda bijak, anda block je IP Address mereka!
Dah la post sampah dan takde manfaat, blog berat macam nak mati, ada hati nak tambat hati blogger budiman macam saya ni!
Nak saya sebut nama blog mereka?
Rasanya tak perlu la!
Kasihan blogger yang tertipu tu.. Saya simpati dengan korang!
Anda patut tumpukan blogger yang rajin komen post korang!
Saya juga blogger yang masih belajar seperti anda..
Apa yang saya tahu, saya share.. Yang saya tak tahu, saya tanya..
So, malu bertanya sesat jalan! Adios!
Sharing is simple! Make sure, drop some comment here! Thanks me if you had benefit from this post! If you have anything in mind, feel free to drop some comment here.. Just ask me if you have any problem with this post.. Happy Blogging Guys! Follow me for the latest post and hacks!