Tahniah! Awak Dah Boleh DRIFT Sekarang!

Assalamualaikum!
HIP! HIP! HORAYYYY!
Mazeer dah boleh DRIFT sekarang!
Yup! Aku gagal test JPJ masa ambil kali pertama dua minggu lalu..
Jalan raya lepas, tapi parking tuh yang sangkut..
Sangkut kat bukit beb!
Kereta dia bagi aku macam hancing! Kenapa bagi aku kereta bermasalah macam tuh? Tengok, dah gagal dah!
(Setiap kegagalan mesti ada alasan kukuh2 sikit supaya dapat meyakinkan anda.. Anda yakin??)
Ye la! Ini Mazeer beb! Cakap kenderaan apa yang aku tak pernah bawak??
Kereta2 biasa tuh kacang je, kereta api? kereta kebal? lori? traktor?
Semua pernah beb!
Kapal? Cakap kapal apa aku tak pernah bawak!
Kapal selam? Kapal terbang? Jet? Kapal api pun aku boleh bawak la beb!
Mwakakakakakakaka!
Siapa percaya memang bangang la.. ups! Sorry! I tak sengaja..
Sebenarnya, aku tak nak ambil lesen2 neyh.. Sumpah! Aku tak minat!
Ayah aku paksa jugak! Paksa jugak!
Bukan nak cakap besarlah.. Aku memang reti bawak kereta sebelum neyh..
Aku pura2 tak reti je..

Musuh aku, adik aku, orang paling kuat mengolok, paling sayang sama aku jugak konon..


Gilo! Sini kereta slow2 beb!
Aku mana reti slow2! Macam mana nak DRIFT?
Aku nak bawak kat Tawau je! Sana memang terbaik nak DRIFT!
Ha! Ha! Memang aku tak reti pun! Aku tipu je!
Tapi, kalo suruh bongkar gearbox, ala.. small the pieces!
Ayah mekanik beb! Dulu, hari2 itu lah kerja aku..
Bermain dengan minyak hitam, simen kereta, ketuk2 kereta, banyak lagi la!
Cuma, aku malu nak tunjuk kat orang.. Sebab, aku dah khabar aku tak minat kat kereta kan..
Go to hell dengan kereta anda!
Sekarang, kalo nak suruh aku buat semua tuh, kirim salam!
Aku memang tak suka kereta lah!
Kalo aku dah keje kang, aku nak beli bas..
Boleh tumpangkan korang sekali! Masyhuk tak idea aku?

Okay, balik ke cerita asal..
Malam tadi aku banyak fikir tau..
"Alamak, macam mana kalo gagal lagik?"
"Matilah aku kene bahan/olok oleh mama ngan papa!"
"Aduhai! Kalo adik plak, aku tak dapat nak banyangkan macam mana dia gelakkan aku nanti.. Ayakk!"
"Mesti adik bagitahu satu kampung aku gagal lagi.. Aduh!"
Yup! Orang malu nak bagitahu dia gagal dalam sesuatu..
Tapi, buat apa aku nak malu bagitahu kalo aku memang takde malu kan?
Woah! Woah! Woah! 
Aku pun malu gak sebenarnya..
Tapi, aku beranikan diri untuk memberi semangat kepada member2 yang "sekapal" dengan aku..
Korang harus tabah! Yakin! Jangan nervous!
Sebab nervous tuh lah aku jatuh bukit!
Nasib baik test motosikal semua lancar je..
Biasa la beb! Mat rempit kot!
Ha! Ha! Ha! Ha!
My dwed! Handsomeboy! Single! Siapa berminat, inbox aku no. fon korang!
Baru teringat! Pagi2 neyh aku bangun dengan perasaan yang sangat telampau dan terlalu kecewa sekali!
Apa taknya, pakaian yang aku basuh penat2 semalam habis basah balik kena hujan!
Penat beb basuh! Sampai bengkak tangan aku! Keluar muscle aku! Keluar six pax aku!
Damn! Shit! Last2, basah jugak! Oh My Goat!
Ada member2 bangun pun tak nak tolong!
Apalah salahnya korang tolong alihkan pakaian aku tuh..
Ape pun tak bleyh! Takkan keluar pun muscle korang tuh kalo setakat nak alih pakaian..
Sedih Tau! :'{
Takpe la, mungkin dah takdirkan..
Dah tertulis dah dalam buku takdir Mazeer..
"...Malam ini, Mazeer basuh kain pastu, hujan pagi2 kang baju dia habis kene timpa ngan hujan, pastu, dia pegi test JPJ, dia lulus, pastu, dia tulis semua kat belog dia..."
MWAKAKAKAKAKAKAAKAKA!
Tapi, ingat janji aku.. Andai pakaian korang dalam situasi yang sama, aku akan alihkan dengan senyuman..

Actually, aku pegi test tuh dengan seorang member aku..
Budak sabah gak, dok Sandakan keje kat Giant.. Yup! Sama2 gagal dua minggu lalu..
Nama dia, Jali Bin Uta..
Macam mana aku tahu?
Biasalah beb! Dia tegur aku dulu.. Kalo orang dah tegur aku, rapat la kitorang tuh.. Aku kan peramah.. :'P
Ada satu perkataan dia buat aku tergelak.. Dia tanye aku, "Eh, Mazeer! Mana sudah Angkol??"
Aku gelak terbahak2 macam monkey magic beb!
Dia tanye, "Oit, ko kenapa ketawa??"
Ha! Ha! Ha! Ha!
Aku dah cukup lama, dah lebih setahun tak dengar perkataan "Angkol" tuh..
Angkol tuh bermaksud uncle dalam loghat bisayak phillipine..
Uncle yang dia cari tuh cekgu sekola memandu kitorang..
Power beb! Umur dah 70tahun++ tapi mata dia asyik melekat kat amoi je..
Aku yang tergelak tengok gelagat dia..

Ini pun single jugak! Siapa berminat, silakan cepat! Hot banana neyh! Ha! Ha! Ha!
Masa test tadi aku tak sempat nak withdraw duit dowh!
Aiyaa! Mampos aku kelaparan!
Aku ada 5rm je dalam poket..
Pastu, dengan penuh keyakinan pegi la test..
Kemudian, berkat usaha aku dan doa2 orang kampung dan mereka2 yang sayang kat aku, semua dapatku lalui dengan senyuman..
Yay! Lulus beb! Aku rasa nak sujud syukur je masa tuh!
Nasib baik asphalt tuh panas membakar.. Kang aku sujud kang, hitam plak dahi aku..
Nanti orang sangka pulak aku neyh warak..
Mwakakakakakakakakaka!
Pastu, call la mama ngan papa menyampaikan perkhabaran..
"Mum, sudah lepas mum! Mana kereta untuk saya?"
"Syukur, alhamdulillah.. Ada, kereta mainan!"
"Ayah, sudah lepas!"
"Syukurlah!"
He! He! He! He!
Mesti dalam hati ayah aku, "alamak! matilah kereta aku kene pow nanti! aiyaaa!" Hahaha! Sori3 ayah Mazeer tak macam tuh.. Aku main2 je pun.. Eish! Ape pun tak bleyh!

Teringat pulak masa test jalan raya hati tuh!
Tuan JPJ yang menilai cara pemanduan aku tak habis2 cakap pasal agama..
"Eh, Nama kamu memang macam neyh ke?"
"Yup! Apsal bang? (Kene panggil abang nak bagi dia semangat sikit! Kih3!)"
"Sama dengan Tun Mahathir ler! Tapi dia dah tak guna nama neyh!"
"Owh! Ye ke? Saya pun tak tahu la!"
Padahal, dalam hati aku, nama tuh la yang buat surat lahir aku selamat dulu masa kebakaran..
Ye la! Nama pelik beb! Orang yang jumpa surat lahir aku dengan adik masa tuh suke2 mak bapak dorang je nak jual!
Tapi tak dapat pembeli sebab bangsa dia agak pelik dan nama dia pun ada pelik2 sikit..
Alhamdulillah, mak aku jumpa mangkuk2 pijar tuh lelong surat lahir kitorang adik-beradik kat hujung jambatan..
Mak aku beli la.. Dia jual 20rm je beb satu..
Anak haram!
Pastu, JPJ yang menilai tuh suruh aku jaga diri baik2..
Jaga solat.. Jangan sosial sangat..
Jangan ikut budaya budak2 sini.. Seks suka-suki (3S)!
Alhamdulillah, aku masih terpelihara di sini..
Pastu, dia tanye aku, "eh! Mazeer rukun islam kalo tolak satu jadi berapa?"
Aku tekejut masa tuh sebab dia tiba2 cakap depan muka aku..
Aku pun terlepas clutch!
Mwakakakakaakakaka!
Matilah kereta itu.. Menjawab la aku untuk cover malu..
"4-1=0 la bang!"
Aku lihat dia senyum2 je, macam menyindir2 aku.. Aku dah sejuk gila masa tuh, terus bajet bukak cerita pasal politik..
Mawakakakakakaka!
Okay, kamu dapat 19/20! Tahniah tau!
"Trimas bang!"
Selepas salam "abang" tuh, aku pun berfikir sejenak dengan apa yang dia cakap..
Memang betul apa yang dia cakap.. Budak2 sini.. Astaghfirullahalhazim..
Bukan semua la.. Yang syaitan tuh syaitanlah perangai dia..
Dia ada tanye gak! "Mazeer dah ade awek?"
Aku jawablah dengan jujur! "Takde lagi bang!"
Tersengih2 pulak dia tuh..
"Takkan takde kot??" Tanyanya lagi..
Dia cakap, couple2 neyh memang tak baik dan tak digalakkan di sisi agama..
Tapi, kalo nak jugak, carilah perempuan yang betul2 boleyh jadikan bini kamu..
Jaga batas2 pergaulan tuh..
Taubat sekejap beb!
Memang syoklah "abang" tuh!
Mazeer single tau, tapi hati dah kena curi.. So, maaf tak layan mana2 perempuan selain si pencuri hati..
Alamak, ayat ko.. Macam kriminal plak perempuan tuh.. Ha! Ha! Ha!
Tapi, malangnya, aku dah buat dia bengang dengan aku sampai macam lost contact dah..
Takpelah! Chenta tak seharusnya memiliki.. Aku terima..
Aku pun cukup malu dah menebalkan muka asyik kacau dia..
Insyaallah, kalo hati dia dibukakan untuk aku, ada la..
Kalo tak, "lupakanlah saja diriku! bila itu bisa membuatmu! Kembali bersinar dan berpijak seperti dulu kala!"
Ayakk! Jiwang beb! Lagu "Dan" dendangan "Sheila on 7"! My feveret!

Muka masa bambongan dulu! Memang betul2 mukak bambong bah kesian! Kalo single pun ndakda orang mau sebab jelek! Mwakakakakakakaka! 
Kemudian, dengan izin Allah jugak, member aku pun lulus!
Alamdulillah.. Dia sangat happy.. Dia nak belanja aku dengan cekgu makan..
Aku yang sedang darurat apa lagi? Ketawa tersengih2 macam kerang busuk la..
Ngeh! Ngeh! Ngeh!
Kemudian, makanlah kami dengan lahapnya..
Syukur2! Rezeki kita neyh ada di mana2 ja..
Bukan apa beb! Budak Sabah yang aku kenal semua baik2 belaka!
Kecuali.. Ada kecuali beb.. Kecuali mangkuk hayun yang aku ceritakan sebelum neyh..
Ntahlah, dia je rosakkan reputasi budak sabah..
Sepatutnya, Sabah+Sabah=bestfriend
Mangkuk hayun neyh pelik sikit! Kalo jumpa dengan dia,
Sabah+Sabah=meluat!
Cukup3! Malas nak cakap dah! Aku pun dah penat melalut neyh!
Boleh tuju lagu?
Yes! Boleh!
Aku sangat HAPPY! wuuwuuwuuwuuwuu! (HAPPY style Jambul Maharaja Lawak)
Nah, terimalah lagu yang aku chepta dan dinyanyikan olehku bersama housemateku dulu..
Aku jadi rapper tau kat sini.. Rapper yang tak menjadi~ twink2!
Oh, aku ingat, malam neyh terhakis3 kuku aku sebab main gitar takde pick.. Ayakk!!


Last but not least, terimalah kata2 semangat dari aku..
"If you nobody, don't act like somebody..."

Photobucket