FREEMASON

ASSALAMUALAIKUM!


HARI INI, MARI KITA BERBORAK SEDIKIT MENGENAI TOPIK YANG DI RAHSIAKAN KEHANGATANNYA~
TOPIK INI MENGENAI FREEMASON!
ANDA TAHU FREEMASON DAN ANCAMANNYA KEPADA NEGARA KITA DAN KEPADA DUNIA??
SAYA YAKIN, ADA ANTARA KITA YANG SUDAH MENGETAHUINYA~
POST INI BERTUJUAN UNTUK MEMBERI INFO DAN PENGETAHUAN KEPADA MEREKA YANG BELUM TERDEDAH KEPADA HAL INI~
















Freemason ialah pertubuhan persaudaraan yang muncul dengan asal usul yang kabur antara pada akhir abad ke-16 hingga awal abad ke-17. Pertubuhan ini kini wujud dalam berbagai-bagai bentuk di seluruh dunia, dengan keahliannya dianggarkan sebanyak sekitar lima juta (termasuk sekitar 480,000 orang di EnglandScotland dan Ireland sahaja, serta lebih kurang dua juta orang di Amerika Syarikat. Pertubuhan Freemason yang wujud dalam pelbagai bentuk berkongsi prinsip dan pandangan moral dan metafizik yang sama, lazimnya mereka berkongsi kepercayaan kepada satu Makhluk Agung (Supreme Being)

SEBELUM BERMULA KE ISI SETERUSNYA,
SILA TONTON VIDEO INI UNTUK KETERANGAN SERBA SEDIKIT TENTANG APA YANG KITA SEDANG LALUI KETIKA INI~



ETIKA FREEMASON
Freemason mengamalkan tiga etika-etika yang diikuti demi mengaburi pergerakan mereka

PERSAUDARAAN
Setiap pengikut-pengikut Freemason diwajibkan untuk bertoleransi, dan berfikiran positif sesama sendiri agar pendirian mereka mudah diterima.
MENDERMA DAN BERAMAL KEBAJIKAN
Pengikut Freemason melakukan pelbagai perkara kebajikan demi untuk menarik lebih ramai pengikut mereka.
KEBENARAN
Mereka berpegang teguh terhadap kepercayaan mereka. Mereka percaya bahawa prinsip yang mereka bawa membawa lebih kepada kemajuan dan mendapat kehidupan yang lebih baik



GERAKAN Freemason di Malaysia

Freemason pernah menjadi isu di Malaysia apabila Haji Sulaiman Palestin bertanding jawatan dalam UMNO. Ada dakwaan pemimpin tertentu ditaja atau menjadi ahli Freemason untuk melonjak naik dalam hierarki negara. Awal 1980-an isu ini kembali senyap dalam persidangan UMNO.
Di Malaysia, cawangan Freemason beroperasi sebagai Loji Besar Daerah Timur Tengah (District Grand Lodges of Middle East atau DGLME). DGLME secara rasmi bermula di Kuala Lumpur pada 20 Oktober 1916. Ia dipanggil Timur Tengah kerana pada awal kurun ke-19, setiap yang berada antara timur India tidak termasuk timur jauh (Hong KongChina dan Jepun) dikenali sebagai Timur Tengah. Hanya pada kurun ke-20, istilah Timur Tengah merujuk kepada negara Arab dan Teluk. Cawangan ini bagaimanapun tidak mahu mengubah namanya kerana sudah biasa dengan nama tersebut dan tradisinya.
DGLME ini meliputi bandar yang luas termasuk bandar lain di rantau ini:
  • Singapura: 3 loji
  • Kuala Lumpur: 3 loji
  • Pulau Pinang: 1 loji
  • lpoh: 1 loji
  • Kuantan: 1 loji
  • Kuching: 2 loji
  • Port Dickson: 1 loji
  • Port Klang: 1 loji
  • Kelantan: 1 loji
  • Taiping : 1 loji
  • Kota Kinabalu: 1 loji
  • Bangkok: 3 loji
  • Pattaya: 1 loji

GERAKAN FREEMASON JUGA AKTIF DI AMERIKA SYARIKAT DAN IRAQ



DALAM VIDEO INI PULA, ANDA AKAN DAPAT MEMAHAMI DAN MENGETAHUI DENGAN LEBIH LANJUT MENGENAI DUNIA AKHIR ZAMAN DAN KAITANNYA DENGAN FREEMASON!





Islam dan Freemason

Sesetengah ulama Islam menegaskan adalah tujuan utama Freemason ialah mengambil kembali tanah Palestin dan membina kembali Haikal Sulaiman di bawah runtuhanMasjid Al-Aqsa, kemudian akan melebarkan pemerintahannya ke SyriaIraqJordanMesir dan terus menuju ke Al Madinah di Arab Saudi. Pergerakan ini didakwa dibentuk bagi mengembangkan fahaman Yahudi dengan cara bergiat cergas di dalam bidang pendidikanpolitikbudaya dan sosial.

Kristian dan Freemason

Beberapa mazhab Kristian mempunyai sikap negatif terhadap Freemason termasuk mengharamkan atau tidak menggalakkan penganutnya daripada menjadi ahli Freemason.
Kristian Katolik mempunyai sejarah panjang dalam penolakannya. Penolakan Gereja Katolik berdasarkan dakwaan bahawa Freemason mengajar bahawa semua agama adalah sama yang bertentangan dengan doktrin Gereja Katolik. Terdapat banyak arahan paus yang melarang terlibat dengan Freemason. Pertama adalah daripada Paus Clemant XII pada 28 April1738 dan yang terbaru daripada Paus Leo XIII pada 15 Oktober 1890. Kanun Hukum Gereja tahun 1917 juga mengharamkan buka yang mesra dengan Freemason.


P/S : AYUH! SEDARLAH SEMUA! SESUNGGUHNYA KITA SEDANG DIPERBODOHKAN OLEH MEREKA PEMUJA DAN PEMERINTAH SYAITAN!!

Photobucket