Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5.
Perkahwinan seumpama ini hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga
biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak
pregnant luar nikah, cepat cepat kahwinkan.
Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak
hidup dalam zina sampai bila-bila... .
Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan
lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di
sini kerana ianya amat penting:
Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum
berkahwin didapati hamil anak luar nikah?
Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.
Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini
gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu
dilahirkan.
Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh
mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakan ayah kepada
bayi yang dikandung itu.
Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk
memperbetulkan keadaan?
Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga
melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh
bernikah sekali lagi, secara sah.
Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu
tidak sah.
Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk
menuntut apa-apa daripada ayahnya.
Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak
tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya
sendiri?
Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.
Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang wanita Muslim (atau
bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang
sewajarnya?
Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu sehingga
perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.
Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah
saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain
sendiri?
Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab
anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan
keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan
tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.
Tolong jangan abaikan perkara ini. Ini merupakan satu perkara yang serius
jadi, fahami dan dalami betul-betul dan bincanglah dengan Imam/ustaz
sekiranya perlu.
mafhumnya:
Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku,
hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam".
p/s : My Best Friend Suggest Me To Post This. Tiada Kena-Mengena Dengan Yang Hidup Mahupun Yang Sudah Taida~ Tiada Maksud Menyinggung Sesiapa~ Hanya Berkongsi Pengetahuan~ Semua Yang Silap Dan Tak Baik, Datangnya Dari Saya~ Yang Sempurna Hanya Datang Dari Allah S.W.T~ TY Syahril, 012009051545 (picked from ; Perkahwinan.Com)