Kerana Aku Yang Asing..

Assalamualaikum w.b.t.
Mazeer Is On Vacation Guys!
Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada member saya yang bernama Madzrun kerana sudi mengutip saya yang asing neyh..
Member saya tuh kerja sebagai seorang anggota polis yang berwibawa dan siap sedia setiap masa demi menjaga keamanan negara serta seorang polis yang amanah dan ANTI RASUAH!
Mengapa asing? Yup! Saya kadang-kadang suka mengasingkan diri daripada manusia-manusia lain.. Ya la.. Daripada borak benda-benda tak berguna, baik saya diam-diam dan lepak sorang-sorang..
Kasihan kan, takda family dekat sini.. Rumah kawan-kawan la jadi tempat persinggahan dan percutian saya..
Rumah sewa tuh bukan ada masalah.. Saya cuma memerlukan sesuatu yang baru untuk menyegarkan kembali minda neyh..
My Idol, My Dad! Abang Mohamad! He! He! He! Muda lagi beb! Terpaksa panggil abang.. Mengapa jadi Idola saya? Sebab, dari pengamatan saya, Ayah saya memang sangat cool! Semua benda dia boleh buat! Baik dari masak, mekanik, tukang paip, juru letrik dan banyak lagi! Cool! 
Apa yang saya nak kongsikan?
Saya ada jumpa lecturer saya 3 hari lalu..
Masa tuh, saya baru bangun tidur dan terus bertolak ke kampus untuk register..
Lecturer saya tuh memang peramah orangnya..
Sampai-sampai ja saya, terus disambut dengan senyuman..
Kemudian, tibalah sesi ceramah dia.. Lecturer saya tuh nama Miss Wann dan berbangsa cina..
"Mazeer! Apasal muka kamu macam tak bermaya wo?"
Dalam hati saya, "Memanglah! Saya kan baru bangun tidur.."
Kemudian, lecturer sorang lagi, yang berbangsa india menyampuk, "Muka kamu.. Baru bangun tidur!"
"Hehe! Macam tau-tau je kan Miss anita neyh!" Jawab saya tersipu-sipu..
"Muka kamu buat saya teringat seseorang la.." Kata Miss Wann memulakan perbualan.
Saya hanya senyap sebab agak blur time tu..
"Ya, muka dia macam Sudirman.. Saya pun selalu tengok dia.." Sambung Miss Anita sambil tersengih-sengih..
Adeyh!  Kena olok/bahan lagi! Saya terpaksa senyap ja la..
Saya hairan sangat.. Saya tengok kat cermin, langsung tiada samanya yaa.. Ntah apa yang sama.. :'{

Miss Wann memang banyak menyedarkan kami sekelas sebelum neyh..
Banyak nasihat berguna yang dia kongsikan kepada kami.. Baik pengalaman dia bekerja dan pengalaman hidup dia.. Maklumlah, kami sekelaskan semua peramah.. Kah! Kah!Kah! Pandai ambil hati..
Teringat saya pada soalan dia hari tuh, "Eh, apasal kamu semakin kurus neyh?" Soalnya.
"Macamlah saya pernah gemuk kan miss.." Jawab saya sambil tergelak..
Borak ngan Miss neyh buat saya teringat kawan saya yang saya cerita dekat "Rayuan Rindu" tu dulu..

Baru-baru neyh, Miss minta saya supaya selalu bersenam.. Saya pun tergelaklah! Dah la badan kurus macam tiang elektrik, suruh bersenam lagi.. Nanti, terbakar lemak-lemak yang saya kumpul penat-penat neyh..
Sebenarnya, dia cakap macam tuh ada maksud tersirat dia.. Dia tanya saya, "Rumah kamu dekat tak dengan Stadium Shah Alam?"
"Yup! Sebelah je!" Jawapan sepantas kilat saya berikan.
Rumah tepi stadium tapi tak pernah pun menyaksikan perlawanan bola sepak.. Kalo di Tawau, biar jalan kaki jauh-jauh, saya sanggup! Aura dia lain sikit la..
"Apa kata, kamu pergi jogging sana.. Tak kisahlah, pagi ke, petang ke, kamu try lepak sana sorang-sorang.." cadang Miss Wann.
Saya tertanya-tanya.. "Kenapa perlu lepak sana sorang-sorang? Nak usha awek erk? Kih! Kih! Kih!"
Miss suruh saya lepak sana untuk menyegarkan minda kot dan mungkin juga untuk menyaksikan keindahan  alam..
"Bukan apa, Miss tengok, muka kamu neyh macam ada banyak persoalan.." Katanya kepada saya lagi.
Saya agak terkejut.. Bagaimana Miss boleh tahu? Sesungguhnya, memang banyak persoalan yang bermain di benak ini.. Baik dalam bab-bab kehidupan dan bab-bab percintaan.. Ha! Ha! Ha!

Takkan la dia boleh baca riak muka saya kan.. Tapi, kita mana tahu, kadang-kadang ada manusia ada kelebihan seumpama itu.. Allah maha agung.. Hanya Dia yang berkuasa memberikan kelebihan-kelebihan seumpamanya kepada hambaNya..

Macam saya pun ada kelebihan jugak! Tengok muka orang ja, saya boleh tahu, orang neyh boleh buat kawan atau tak.. (Mazeer tipu! Sebab, dia pun nak jugak ada kelebihan konon! :'P)

Saya cakaplah pada Miss.. Kitorang, orang islam Miss, kalo nak petunjuk, kitorang buat solat istikarah.. Tak pun, solat hajat memohon petunjuk dari Allah..
Tapi, memang betul cakap Miss, kadang-kadang petunjuk tuh bukan terus datang.. Mungkin juga petunjuk itu akan datang dari penglihatan kita..
Ya la.. Kita neyh khususnya saya bukan macam orang-orang yang warak yang mudah nak dapatkan petunjuk sekiranya perlu..
So, saya putuskan untuk praktikkan cara Miss tu.. Tapi bukan sekaranglah.. Selepas saya bercuti neyh..
Kalo kamu tengok saya tegap dan ber 8 pax, jangan tak kenal pulak ya!
Kak Rock! Mak saya nama Rukia.. Tapi ntah apesal orang panggil Rock.. Saya ada tanya jugak suatu masa dulu.. "Mama neyh Rock ka??" Mak saya gelakkan saya pulak.. Rupa-rupanya itu sekadar gelaran ja.. Begok jugak saya neyh.. :'P
Pastu, Miss tanya la apasal tak balik kampung.. Saya malu nak jawab yang saya tersekat sebab ambil lesen sebab tu tak dapat balik.. Ha! Ha! Ha!
Lagipun, saya tengok tiket mahal sangat kalo last-last minute neyh..
Miss tanya lagi.. Suka sangat la Miss neyh tanya kan.. Ha! Ha! Ha!
"Muka kamu memang tak bermaya je kan.. Kamu buat apa je cuti neyh?"
"Online.." Jawab saya singkat.
"Tidur pukul berapa?"
"Dalam pukul 6 selepas solat subuh macam tuh.."
"Woooo!" Jawabnya kagum dan mungkin jugak terkejut..
Saya pun terlupa nak cakap yang saya selalu tidur dalam pukul 9.30 p.m dan bangun seawal 2 a.m.. Perut berkeroncong beb!
Kadang-kadang tidur petang dan kadang-kadang memang tak tidur.. :'P
Ikut mood la!
Batman kan.. Kalo bukan saya yang jaga Gotham City, siapa lagi? Nak harap Robin yang pemalas tuh? No Way!
Pastu, dia tanya la saya buat apa ja kan.. Saya jawab la blogging, facebooking, reading, mengajiying, drinking, eating, bathing dan banyak lagi..
Dalam banyak-banyak tuh, dia tertarik dengan blogging..
"Mazeer ada belog? Pandai buat belog?"
"Yup! Ada.. Biasa je, takde la pandai sangat.."
"Apa url dia? Bagi saya baca?" Tanya Miss..
"Ayakk!!! Janganlah! Malu saya nanti.."
"Miss sebenarnya, nak buat blog.. Tapi tak pandai sangat.." Sambungnya lagi..
Kemudian, saya terangkan la benda-benda basic pasal blogging.. Saya pun main cakap ja.. Saya pun tak tau sangat.. Heh! Nanti dia dah ada belog, saya nak jadi follower pertama dia..
Pastu, sebelum saya balik, dia cakap, "Baguslah, Mazeer dapat lihat semua benda ikut persepsi yang betul.."
Sebenarnya, ada kes.. Tapi, saya malas nak cerita.. Biarkan ja la.. Nanti ada yang tak senang ngan saya.. Ha! Ha! Ha!
Apa yang saya nak cakap, "Allah Maha Melihat dan Maha Adil!"
Pastu, Miss jugak pesan.. Kalo marah, jangan post kat belog atau facebook.. Nanti aura-aura kemarahan merebak pada  orang lain..
Miss cakap jugak, jangan cerita banyak sangat pasal hidup kamu dalam belog.. Nanti ada orang yang rosak hatinya stalk hidup kamu dan mungkin akan berlaku jahat kepada kamu.. Bagi saya, lelaki okay ja kot.. Kalo gadis tu yang kena hati-hati sikit..
He! He! He!
Saya cuba, try, test ya Miss! Kadang-kadang ada orang yang perlu di sound secara tak langsung supaya mereka sedar.. Kalo tak, ntah bila nak sedar..
Ha! Ha! Ha! Saya HOMESICK neyh! Sorry yaa..Yang ini adik saya nama Reezuwan.. Kih! Kih! Kih! Saya sudah ngga' sabar mau ketemu sama dia neyh.. Mau berantem! 
Hebatnya lepak rumah member neyh.. Saya rasa tak nak balik ja..
Ya la.. At least, tak la saya bosan sangat.. Boleh borak-borak..
Boleh tengok TV..
Kalo housemate rumah sewa tu, cakap bila ada perlu ja..
Bukan nak cakap sangat dengan saya.. Ntah, mungkin kat dahi saya ada tulis "No Money No Talk" kot.. Kih! Kih! Kih!
Hm.. Mungkin juga saya baru pindah sana kan.. Susah sikit nak rapat..
Biarkan ja la.. Kadang-kadang hebat jugak jadi orang asing neyh..
Orang tak sibuk hal kita..
Ya la.. Kadang-kadang, kita juga diasingkan..
Contoh, kita nak berubah jadi baik.. Mesti ramai yang cakap-cakap itu ini..
Hipokrit la.. berlagak la..
Bukan nak bagi sokongan.. Buat down adalah..
Saya FCUK orang macam neyh! STAY OUT OF MY LIFE!
Yup! Ada manusia yang tak lari dari sifat cemburu dan hasad dengki mereka..
Jauhi orang macam neyh!

Sebelum saya berlalu, marilah kita layan lagu feveret saya neyh..
Tapi, macam lagu chenta la! Takpa la! Anggap ja la saya tujukan untuk peminat-peminat saya kat luar sana..
Ha! Ha! Ha! Macam la ada peminat.. Perasan!


"Andai aku tidak mendapatkan chenta manusia, cukuplah bagiku chentaMu ya Allah.."